Lebih kurang setahun lepas, aku pernah melihat beberapa orang anak muda sedang asyek berlatih paluan lagu2 dikirbarat. Didalam beberapa buah lagu paluan yang dimainkan oleh mereka, ada sebuah rentak yang aku rasa dipinjam dari rentak lagu makyong / puteri. Apabila aku tanya mereka apakah nama lagu tersebut, katanya lagu tersebut ialah lagu Hala. Aku membalas, setahu aku rentak tersebut bukannya berjudul Hala. Bagi mereka yang tidak tahu nama lagu akan menyebut ‘Lagu Gong Dua’. Bagi mereka yang tahu akan menyebut ‘Lagu Gulongan’. Tetapi nama sebenar rentak tesebut ialah ‘Lagu Gunungan’.
Minggu lepas telah diadakan pertandingan dikibarat festkum 2010 di tempat aku, dan kebetulan pula ada diantara jurulatih dan pegawai pengiring dan awak2 kumpulan2 dikirbarat yang ikut serta memang aku kenal. Dalam kesempatan itu mereka datang ke bilik aku untuk bersantai sambil nak pesegar angin. Maka dalam kesempatan yang ada, aku telah bertanya kepada Paksu Agil yang menjadi salah seorang pakar rujuk dikirbarat dan juga pernah terlibat dalam permainan wayang kulit, puteri dan makyung berkenaan dengan mengapa lagu tersebut dipanggil lagu Hala dalam dikirbarat. Tujuan aku bertanya soalan tersebut ialah untuk mendapat pandangan dari beliau dan juga supaya dapat didengar oleh semua penggiat2 muda yang hadir pada masa itu.
Mengikut keterangan Paksu Agil, kesilapan menyebut nama lagu Hala ialah perpunca dari pertandingan rebana ubi suatu masa dahulu. Selain dari lagu2 tradisional rebana ubi itu sendiri, ada juga beberapa lagu/rentak yang dipinjam dari lagu2 wayang kulit untuk dimainkan dalam paluan rebana ubi sebagai lagu tambahan untuk memperbagaikan rentak di dalam pertandingan. Dan apabila rentak gunungan ini dimainkan maka ianya disebut dengan judul ‘Lagu Hala’. Kemungkinan daripada sinilah rentak tersebut diambil oleh pemain2 rebana dikirbarat untuk dimasukkan ke dalam permainan mereka kerana rentak ini sesuai dengan sesetengah lagu ciptaan dalam dikirbarat. Maka berkembanglah paluan rentak tersebut dengan paluan rentak yang betul tetapi sebutan judulnya sahaja yang salah sehingga ke hari ini.
Aku bukan berniat untuk menyalahkan sesiapa dalam membuat kesilapan atau melarang lagu ini daripada dimainkan. ‘Nak palu gak palulah’. Cuma aku berharap apabila kita sudah mendengar penjelasan daripada Paksu Agil sendiri mengenai lagu ini, maka selepas ini sama2 kita menyebut nama lagu dengan betul. Itu saja harapan aku. Bahkan pada masa penjelasan itu, Paksu Agil telah menunjukkan cara membunyikan lagu Hala dan lagu Gunungan dengan menggunakan gendang dan ternyata memang berbeza antara kedua2 lagu tersebut.
Seperkara lagi dalam pemerhatian aku baru2 ini, ialah didalam memainkan rentak lagu hulubalang untuk mengiringi awak2, tukang karut dan tok jogho masuk ke pentas. Ada diantaranya (bukan semua kumpulan) bermain dengan tidak tentu hala. Harkat lagunya melebihi dari lagu asal, bahkan ada juga yang bermain dengan bunyi yang terbalik. Aku dan Paksu Agil hanya mampu tersenyum dan berpandangan antara kami berdua sahaja, dan aku pasti mereka ini hanya meniru tanpa belajar. Sebab aku berkata begitu kerana apabila salah seorang kawan aku bertanya apakah nama lagu yang anda main, mereka menjawab itulah ‘Lagu Gong Lima’.
Nasihat aku kepada penggiat muda, apabila kita belajar sesuatu rentak paluan, maka janganlah hanya sekadar belajar paluan rentaknya sahaja, tetapi tanyalah kepada orang yang mengajar anda itu nama rentaknya sekali supaya anda tahu.
MAJULAH SENI BUDAYA BANGSA