PENTAS
by lokanbertepuk ~ January 25th, 2010. Filed under: Tradisi.Disember 2009 sudah genap 3 tahun saya menjadi penyumbang kepada majalah PENTAS di dalam siri penulisan saya yang mencangkupi dalam dunia seni persembahan, terutamanya yang perkara-perkara berkaitan dengan seni persembahan tradisional melayu negeri Kelantan.
Walaupun saya tidak mempunyai pendidikan yang formal dari mana-mana institusi pengajian tinggi berkenaan dengan bidang penulisan dan juga bidang yang saya tulis ini, tetapi Alhamdulillah dengan berbekalkan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya warisi dari orang-orang tua dahulu yang pernah membimbing saya, dan pengalaman mengenainya yang telah saya lalui selama lebih 40 tahun, telah saya manfaatkan kembali melalui artikel-artikel di dalam kolum Masterclass majalah ini kepada generasi kini yang mungkin menjadi satu pengetahuan baru dan rujukan kepada mereka-mereka yang memerlukannya.
Terima kasih kepada Istana Budaya, editor lama dan editor barunya, Abang Sutung Umar Rs, Adik Rahimidin Zahari dan semua yang terlibat di dalam penerbitan majalah ini kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya dulu kini dan selamanya untuk terus memberi sumbangan…
January 25th, 2010 at 9:19 pm
pak lokan bagi..pasti yg terbaik.
January 26th, 2010 at 12:31 am
kita borong semua keluaran belan belan gi tengok Makyung Anak Raja Dua Serupa di Istana Budaya baru nih… artikel2 masterclass ayahmat memang tidak akan ada di mana mana tempat dale dunia ni.. ambo simpan kejap wat khazanah… habuan pengetahuan ambo dan mereka2 yang berminat dalam dunia Seni Tradisional Melayu Kelantan khususnya..
terima kasih ayahmat
January 26th, 2010 at 8:08 pm
Salam, terima kasih kerana sudi menulis untuk majalah kami!
January 26th, 2010 at 10:58 pm
Teruskan berkarya dan mendidik anak-anak muda dengan kekayaan pengetahuan dan pengalaman ayahanda.
January 27th, 2010 at 4:09 am
puak kita kena pakat fikir cmana nak luaskan peminat ‘PENTAS’ ini..mengikut pemerhatian hamba, majalah ini seumpama seorang wanita cantik sedang tersenyum di dalam kegelapan…ramai orang yang perlu tapi tak sedar..
apa pun tahniah khas untuk lokan bertepuk..
January 27th, 2010 at 4:59 am
teruskan menulis utk santapan anak2 muda yg sgt memerlukan bhn yg sebegitu…kdg2 kalu tanya dpn2 payah jgk nak tubik srupo dgn hok tulih dlm pentas tuh..
ambo dan jgk jd model utk artikel dia tuh…bukan calang2 tuh..kalu sapo2 lagi nak jadi model, sila bgtahu pak lokanbertepuk…hehehe..
January 31st, 2010 at 9:14 am
Supo ore g bejalan umoh kita la…kalu g dgn tak beroyak gak bulih mkn beskut tawar nga kopi o jah la…tp kalu demo aci royak dulu, bulih la kita pitas anak aye dogel semeleh jamu nasi…
February 5th, 2010 at 8:20 am
nok make getek..nok make getek..aye dogel pon kalu masok syedak jugok…
February 8th, 2010 at 1:05 am
lih gak…toklih bbunyi gulai aye dia gak..
February 15th, 2010 at 1:12 pm
Stuju….!
February 19th, 2010 at 12:30 pm
Ambo kalu ado tetamu g drumoh,ambo angkat kayu 2-4 jah…. ha2
March 18th, 2010 at 2:19 am
hahahah alohhh heh…mafaka pon jadi model doh eh tulung gesek rebab…po la ore xtau