Penyakit Angin.
by lokanbertepuk ~ June 15th, 2009. Filed under: Tradisi.Angin yang dimaksudkan di sini ialah satu unsur yang ada di dalam setiap diri manusia untuk menentukan pembawakan peribadi sesaorang itu. Angin ini juga menentukan keenderungan dan minat sesaorang dan berbeza pula antara satu sama lain kerana angin ini dikatakan mempunyai 190 macam (Jumlah ini ialah untuk merujuk kepada banyaknya jenis2 angin). Ada yang mempunyai angin bersilat, dikirbarat, mak yong, berjoget, menyanyi dan bemacam2 lagi. Bahkan kalau ada yang suka duduk berbual di kedai kopi setiap hari pun dikira sebagai angin juga. Yang demikian jika sesaorang itu jatuh sakit atau rasa tidak tenteram, maka salah satu cara pengubatan untuk memtenteramkan anginnya atau jiwanya ialah dengan mengadakan sesuatu, sesuai dengan keenderungannya, InsyaAllah akan sembuh penyakitnya dan kembali tenteram jiwanya. Bagi orang-orang melayu di Kelantan, Trengganu dan Selatan Thailand, main peteri adalah salah satu cara pengubatan yang menggunakan kaedah psikoterapi. Ianya masih diamalkan sehingga kehari ini, terutamanya untuk mereka-mereka yang terkena penyakit angin.
Kelihatan seorang yang mempunyai angin pendekar.
Berhubung dengan inilah kalau aku balik kampung atas urusan tertentu atau bercuti dua tiga hari, maka lebih baik aku berdiam diri saja, janganlah pergi melapur diri kepada kawan-kawan penggiat dalam permainan peteri yg masih aktif lagi. Kalu pergi jugak, alamatnya ada lah aktiviti yg diminta supaya aku ikut serta bersama mereka. Ini terjadi semasa aku pulang bercuti sempena dgn cuti persekolahan baru ini. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa dgn seorang penggiat dlm permainan peteri, aku telah pergi ke rumahnya untuk berjumpa mata dengannya. Kebetulan pula dia tak ada di rumah kerana bawa beruk gi naik nyor. Setelah dia balik, kami berbual agak panjang juga mengenai kegiatan main peteri, beliau meluahkan perasaan kepada ku bahawa sekarang ini sudah tidak ada lagi anak muda kampung kami yg berminat hendak belajar bermain rebab. kalau hendak main peteri maka terpaksalah kesana kemari mencari pemain rebab, tapi nasib baik juga sekarang ini zaman mudah untuk berhubung antara satu dengan lain, kalau zaman sebelum ini terpaksalah mengahabiskan masa, tambang atau minyak motor untuk berhubung dgn sesaorang pemain rebab yg lain. Itu pun kalau pemain rebab itu belum ditempah oleh orang lain, kalu tidak, terpaksalah menukarkan tarikh sesuai dengan masa kekosongan pemain rebab tersebut.
Abe Nor Jaafar menjadi pemain gendang peteri pada malam tersebut.
Dalam perbualan antara aku dan Pak Long Awang, beliau meminta aku meluangkan masa pada malam esok kerana katanya ada main peteri hendak mengubat orang sakit yg datang dari Gua Musang. Aku telah memenuhi permintaannya kerana kami berdua sama sekampung dan sudah pun biasa main peteri dengannya sejak 25 tahu yg lalu, lagi pun aku mempunyai angin jugak, sudah lama aku tak jamu angin aku dengan kesenian ini. Yang ketiganya, aku mahu melihat setakat mana kebolehan anak-anak muda di sekitar kampung aku yg dikatakan sudah mula belajar dalam bidang kesenian ini sejak beberapa tahun kebelakangan. Sewaktu aku dan beberapa kawan2 yg sebaya denganku meninggalkan kampung hampir 40 tahun yg lalu, kamilah dianggap pelapis terakhir pada waktu itu kerana selepas itu tidak ada lagi orang muda yg ingin mewarisi kegiatan kesenian ini di kampung kami, hanya tinggal golongan orang2 tua sahaja yg masih meneruskan tradisi ini. Tp apabila aku balik sekali sekala kebelakangan ini, aku mendapat berita mengatakan ramai juga dari kalangan anak muda kampung kami yg sudah mula belajar, bahkan sudah pun diperlimaukan.
Dekat dengan kampung aku sekarang ini telah dibina sebuah bangsal tetap yang dibiayai oleh kerajaan. Yang demikian, orang sakit boleh membuat pilihan untuk bermain peteri di mana dia suka, di rumah pesakit atau di bangsal tetap. Bisanya kalau pesakit itu orang jauh, ia akan memilih bermain di bangsal itu sahaja. Tentang bayarannya pula dibuat secara pakej, iaitu pihak Tok Teri akan menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan dan pesakit hanya datang sehelai sepinggang sahaja. Pada malam tersebut, pesakit langsung tidak ada menunjukkan tindak balas di dalam semua keadaan. Bermacam2 cara jgk Tok Teri angkat angin dia pada malam tu, tapi pesakit buat bodo je. Jadi kesimpulannya pesakit tersebut bukan dari kalangan penyakit angin. Kalu pesakit yang mempunyai penyakit angin, sudah pasti dia akan bertindak apabila beteri jiwanya sudah dicas, sekurang2nya dia akan menangis.
Pesakit yang bukan dari kalangan penyakit angin.
Pada malam keesokannya pula, atas pelawaan Paksu Agil, aku pergi pula ke kampung Wakaf, Pasir Putih tempat bermain peteri oleh kumpulan Paksu Agil pula. Tujuan aku kesana juga ialah untuk mengenali dengan lebih dekat seorang Tok Peteri yang selama ini aku hanya mendengar namanya sahaja, iaitu Datuk Deraman Polis dan memang pun beliau adalah seorang polis. Kata Paksu Agil, orang yg nak main peteri ni penyakit angin. Setiap 3 tahun sekali dia akan main peteri utk menyegarkan anginnya. Ternyata memang benar apa yg dikatakan oleh Paksu Agil, anginnya memang kuat sungguh, pantang dengar muzik dia terus bangun dan menari dan melompat sepuas2nya sehingga jatuh terduduk kerana kepenatan. Begitulah kelakuanya beberapa kali dan ada kalanya terpaksa dipicit dan diurut badanya utk mengelak dari sesak napas.
Abe Nor Jakpar yg duduk bersebelahan aku pada masa itu membisik ditelingaku, katanya dalam satu kejadian, ada seorang pesakit yg lebih kurang beginilah keadaannya, tidak dapat kontrol anginnya, menari dan melompat sehingga menjadi sesak napas. Pada keesokan harinya dia mendapat berita pesakit itu telah meninggal dunia. Betul juga pesanan orang-orang tua kita dahulu supaya segala tindak tanduk yang kita lakukan janganlah telampau ikut angin sangat. Lakukanlah hanya sekadar untuk pelepas angin sahaja.
Pesakit dengan ayam panggang ketika angin Hala sambil diperhati oleh Datuk Deraman.
Apabila disambut dengan lagu Hala, pesakit terus menghenjutkan tubuh mengikut rentak muzik lagu Hala yg dimainkan oleh Abe Nor Jaafar. Kadang2 pesakit menghadap kepada ayam panggang yg disediakan seolah2 seperti seekor harimau yg hendak menerkam sesuatu. Oleh kerana aku sudah biasa sangat dengan perlakuan pesakit seperti ini ketika lagu Hala dimainkan, maka perkara2 begini sudah tidak menghairankan aku lagi.
Tetapi apa yg lebih mengahairankan aku pula ialah macam manakah ada satu rentak yg dimainkan dalam dikir barat sekarang ini dipanggil lagu Hala, sedangkan rentak tersebut langsung tidak sama dengan aku, Abe Nor Jaafar dan pemain2 gendang peteri lain mainkan?… mengapa terjadi demikian?..Adakah mereka “Pakai Sebut Sesuka Hati” tanpa merujuk kepada lagu sebenar…..Betullah apa yg diucapkan oleh Abe Nor kepada aku. Katanya “Apabila kita masuk belajar dan main sendiri, barulah kita tahu bagaimana payahnya muga ni”.
Pada malam itu bukan sahaja melibatkan pesakit seorang sahaja, tetapi penyakit angin telah menular kepada orang luar kecik besar tua muda yang datang menonton, menyebabkan bangal peteri dipenuhi oleh orang luar yang masuk menari bersama dengan pesakit, termasuk ahli keluarga pesakit sendiri.
Penonton dan orang luar yang sama-sama masuk menari kerana sudah ttijok angin.
Setelah pesakit sudah berpuas hati dengan acara pada malam tersebut, akhirnya ia pun dipersenangkan anginnya oleh Datuk Rahman Polis yang menjadi Tok Peteri pada malam tersebut. Main Peteri tamat lebih kurang jam 3.15 pagi. Ketika melangkah keluar kira-kira 10 meter dari bangsal untuk pulang , aku terserempak dengan seekor anak ayam mati dalam keadaan terpenyet. Sahlah anak ayam itu mati akibat dipijak oleh orang ramai yang datang menonton main peteri…kesian kat anak ayam yang menjadi mangsa penyakit angin..
June 15th, 2009 at 8:12 am
Berangin wei….
June 15th, 2009 at 12:37 pm
weiiiii..
angin nok begendang sangat doh nih..
eheehehe
lama dok palu ngan dinding ..
hehehe
tokleh palu .. buleh tengok takpo doh..
heheeh
June 15th, 2009 at 10:10 pm
org tua2 kata ikut rasa binasa, ikut hati mati…itupun ada kaitannya dengan angin..cuma dlm artikel pak lokan ni, ikut angin, anak ayam mati…
org yg bersilat dlm gambar pertama tu pon, bulih tahan jugok angin dia tuh…kalu dlm aircond, lagi kita bulih rasa kekuatan angin dia…hehehe…jgn dimaross..ambo nak panggil dia sekali utk jadi ore sakit utk persembahan main pteri di UM nih..
bulih main gendang rupanya abe nor jaafar nih…pahtu lagumano yie wei…bila bulih make gulai aye nyohh..
June 16th, 2009 at 11:46 am
kuat2 berangin,lamokeng tubek ketuk….. heheheheheh…
June 16th, 2009 at 10:04 pm
napki abis penuh panggung nya bjoget.. berangin sugguhhhhh..
June 17th, 2009 at 12:07 am
aaaaa….make gu puak ni wehh..nyo gomo dalam senyap nih..
merujuk kepada lagu hala…sejak ambo celik mata dalam muzik dikir barat..paluan cak cak dong dong ni mmg dh dipanggil dgn lagu hala..xtahu jgk sapo yang ltak nama ni..jadi menjadi tugas generasi baru utk betulkan balik…
abe nor dia biso lama dah..xtunjuk jah..ore beranak dalam gende jgk tu..tp dan lagi kita litah..kalu kita blajar..haha..kelas bila nak start weh..kkarat dah tange nih..
June 17th, 2009 at 2:53 am
Kawe rasa nama tu dia paka buboh jah, kerana bukan semua pemain bano dan orang dikirbarat yg berkecimpung secara langsung dlm main peteri….
dia tidak sedar benda2 begini akan jadi rujukan sampai bila2 oleh generasi kemudian.
Soalnya macamana pula rentak hulubalang buleh dimainkan sama dgn muzik wayang kulit tanpa tidak ada silap, walaupun bunyinya sudah disesuaikan dgn apa yg ada pada bunyi bbano ibu. Adakah lagu hulubalang ini lebih famous dari lagu hala??
Cuba kita cari balik bila rentak2 ini disadur masuk kedalam dikirbarat dan permainan rebana ubi…
Kalu xdan litah abe nor pun, bulih berseiringan nga dia pun tak apa doh…
June 17th, 2009 at 5:00 am
sebabnya ramai ore hok tak tahu daripada ore hok tahu benda2 mcm tu…
blatih jgn tak blatih…
June 17th, 2009 at 5:35 am
Mana gambo anak aye mati tu abg lokan?
June 17th, 2009 at 5:57 am
Ambo tak amik gambar anak aye tu…
June 18th, 2009 at 3:58 am
Lagu aye didik sedas…… Ayoh mat tiup…
June 18th, 2009 at 6:51 am
mari nak bgende..bbasoh pipit tuh..nk lawe abe nor jakpar skalih..hahaha
June 18th, 2009 at 10:26 am
Kalu dudok dengan tangga ni gak, dok rasa tiga tahun lagi pun tak tahu aloh
kuano lagi nih.
puok demo ni hanya ada keinginan saja, tp takdak kehendak.. taksah dok royak la begoni, kalu takdak kehendak so kkara jah, pah ko bila pun tak
jjadi bare..
June 18th, 2009 at 7:21 pm
Ayoh Mat murih ko ?
June 19th, 2009 at 6:18 am
Angin : semacam satu unsur spiritual dalam gerak intuisi, seniman diasak dengan tenaga yang besar, bersungguh-sungguh diransang oleh respon intuitifnya- terpulang dalam situasi yang dituangkan ( main puteri, lokan,buka panggung,ritual,mantera dll. ).Seluruh pancaindera berpusat kepada pengalaman batin yang baru dan diperluas dalam separuh sedar, muncul dan kadang-kadang terpisah.Biasanya tenaga kuat melekat sehingga seniman itu sendiri merangkai dan menciptakan gerakan ilusi yang dilepaskan tanpa arahan minda.Gerak boleh di bawa ke mana sahaja, emosi bercampur baur memasuki medan dan hamparan subconscious. Salam seni blogger Che Mat, saya sudah punya rumah di maya, jemput bertandang- SENIBAYAN
June 19th, 2009 at 8:31 am
ayahmat..
apa beza antara keinginan dengan kehendak?
lagu mana nok tahu individu itu ada keinginan dan ada kehendak?
terima kasih
June 19th, 2009 at 12:12 pm
Terima kasih tuan haji Senibayan kerana sudi mencemar duli menjengok
ke maya angin saya yg tidak sepertinya ini. InsyaAllah nanti saya akan datang berkunjung ke rumah maya tuan…
June 19th, 2009 at 1:00 pm
Bagi ambo la secara ringkasnya, keinginan ini lebih kurang sama dengan mengidam atau bercita-cita, kalu ore tua dulu dia panggil “Beraso nok”. Apabila cita-cita sudah ada, barulah dia naik kepada tingkat yg kedua iaitu kehendak, itu pun kalau disertai oleh “angin”.
Apabila kehendak sudah bertapak di dalam jiwa kita maka pada masa itu pikiran kita hanya tertumpu kepada benda tu semata…kita akan berikhtiar atau berusaha dengan apa cara untuk mendapatkannya. Zaman sekarang zaman mudah. Gunakanlah segala kemudahan yg ada
utk memenuhi kehendak tersebut.
Tentang lagu mana kita nak tahu individu tu ada keinginan atau kehendak, hok tu kita buleh tengok sendirilah.
Ada seorang saing ambo dulu yg belajar main muzik. Dia beso kata kakmbo…
Saing : Aku, kalu dan aku belajar begoni, aku akan gi belatih kot
mana2 pun aku tak tinggal doh”.
Suatu hari ambo tanya dia sebab dia tak gi belatih lamo doh,
Ambo : Guano mu tak gi belatih banyak hari doh nih??
Saing : Doh ayah aku malah gi hantar, cekat dok gi eh aku!!
June 20th, 2009 at 10:03 am
Adakah angin dipengaruhi juga oleh nafsu ?
June 21st, 2009 at 10:01 pm
ho…lebih kurang begitu lah secara umumnya..
cuma kalu angin yg tak molek ni, orang melayu kata dipengaruhi oleh hawa nafsu..
June 22nd, 2009 at 11:15 am
nyakit angin ni keturunan jugok kalih..tokpun meme stiap ore ado tapi tok keno asuh jah.ambo nok kato ado angin tok tahulah.kalu dikir tu sero sing,sing jugok.cumo tok dale jah.ore pgil angin tohor.nok kato keturunan xdop dale family ambo..
jange bui keno angin ahmar sudoh la weh..xleh dikir keno mugo tu hehhe
June 23rd, 2009 at 3:13 am
angin leloh pun tok leh main..
June 23rd, 2009 at 6:01 am
kalu kehendak tinggi dan macam2 beban nak tanggung pun kelembapan akan mempengaruhi jgk…sebagaimana hamba..anak celik mata bapak takdok depan mata, anak nak pejam semula bapak belum pulang..semata bergerak kepada dua pecahan iaitu beban kerja harian dan kerja seni..masa untuk belajar lagi…bayangkan jika saudara di tempat saya..hanya waktu tidur saja ada dirumah..
bayangkan jika orang lain, apa kata keluarga??.tp orang lain tak akan rasa sampai tahap ini.bercakap mungkin mudah…lalui sendiri baru tahu..dilema antara persimpangan tanggungjawab tugas hakiki, tugas penggiat, pengembang dan pelajar seni..semua ini dalam satu masa yang sama…batin ini meronta tiada siapa yang tahu…
abeyie@arjunasukma
June 24th, 2009 at 1:08 am
Kalau angin juga dipengaruhi oleh nafsu,bermakna angin juga dipengaruhi oleh syaitan…. Kerana nafsu adalah dipengaruhi oleh syaitan durjana… Apa pandangan Ayoh Mat ? Molek ko dok angin ni ?
June 24th, 2009 at 3:57 am
mengikut fahaman hamba..nafsu ada dua..baik dan jahat..jika nafsu atau keinginan baik tu juga dipengaruhi syaitan..sembahyang pun kena ada nafsu..atau keinginan..bagi saya tidak adil nafsu semua dipengaruhi syaitan..dan angin@nafsu@keinginan utk ketenangan jiwa terkandung dalam kategori baik kerana tanpa jiwa yang tenang..bagaimana kita mahu beribadat dengan jujur dan khusyuk..
ini pandangan hamba semata…
June 24th, 2009 at 10:37 am
Bukan semua nafsu ni dipengaruhi oleh syaitan. kalu tak silap ambo, nafsu ni ada 6 tingkatan. Nafsu yg dipengaruhi oleh syaitan ini ialah nafsu yg berada ditangga terbawah sekali dan sehina2 nafsu, iaitu nafsu amarah. Nafsu ni lah yg mendorong kpd melakukan segala kejahatan. Kalu tidak sembahyang dan puasa sekali pun tidak pernah rasa runsing renyah, menyesal atau takut kpd pembalasan tuhan.
Tp apabila naik kpd tingkatan nafsu lawwamah, maka sudah ada perasaan takut apabila berbuat dosa dan mencela kpd kesalahan diri sendiri. Bagaimana pun kadang2 tidak terlepas juga dr melakukan kesalahan2 sprt riak, ujub dll.
Abeming bakali pandailah hurai benda2 begini..ambo tak pandai goni…
June 24th, 2009 at 7:01 pm
Tapi kebanyokan ore mudo lowney berangin alah ko benda tok paka….
June 24th, 2009 at 9:20 pm
Angin beginilah yg sudah dipengaruhi oleh nafsu amarah…. itu pasal tuhan kurnia akal kpd kita supaya kita bulih pikir hok mana molek hok mana hudoh. Akal ni lah yg membeza antara kita dgn binatang..
Sebab itu kalu ore yg tidak berakal sprt bdk kecik atau ore gila…tuntutan syariat tidak wajib keatas dia.
June 24th, 2009 at 9:52 pm
angin nok belajar main gende ambo kira angin ppakai..
saing2 hok lain banyak dok pelago melopat dale keda jual arok!
contoh ni buleh pakai ayoh mat?
June 25th, 2009 at 12:49 am
Atas iman masing2 la pulok ye…..
June 25th, 2009 at 2:45 am
kalu kelih ko ore main hmene supo teri,bageh ni xnapok angin tu sero nok.Seolah-olah perbuatan tu di luar kawalan.Joget nari tok kaba ingat.Ado angin luar ko??
June 25th, 2009 at 2:45 am
ambo kalu tak gilo ko angin bgendang..mungkin loni ambo dok pusat serenti…hehe..fikir ambik la bakpo ambo pilih kok ni dan bakpo ambo tulis ayat di atas..
June 25th, 2009 at 8:25 am
Kalu kita perati budaya ore kelantan dlm main hmene dia napok bersungguh dan hasil drpd bersungguh ni lah kita nampak kadang2 mcm hilang kawalan. Hokni lah yg kita panggil bertijak angin ni. Dia akan buat apa saja pergerakan sesuai dgn bunyi rentak muzik untk nk lepaskan tekanan/perasaan yg kita panggil nk pelepas angin.
Puok demo biasa dok dikir barat tu mesti sudah melalui suasana begini… kadang2 sapa serok suara dok laung…pasal apa yg jadi mcm ni????… sbb apabila sampai kpd satu tahap kemuncak yg payah nk royak dgn perkataan, hanya perasaan saja yg dpt merasainya. masa tu dia tak kira apa dah…dok kira nk pelepas angin supaya dapat merasai kepuasan..
June 26th, 2009 at 6:58 am
kalau saya che mat…teater kira angin gak ka…
June 26th, 2009 at 12:40 pm
Angin jgk la tu….
June 27th, 2009 at 3:00 am
Pakat2 la pulok berangin ko mengaji,ngatik pulok…. Agok2 lagu mano ?
June 28th, 2009 at 11:10 pm
hoktu bulih kira wajib tuh..toklih nak wak angin koksir untuk perkara2 mcm tuh..
June 29th, 2009 at 5:17 pm
Masaloh lowney dok berat ko angin duniawi….. Akhirati berangin jgk tapi sepoi2 bahasa jah…Tiko berangin gak berangin,tapi kalu dok gak tok berangin langsung…Alah ko duniawi,berangin semace… kadang2 ribut taufan… Haaaa… Ko guane gamok demo ? Betul ko dok hok ambe oyak ni…..
June 30th, 2009 at 5:22 am
ada satu ketika dulu masa main teri arwah datuk hamba dulu…xtahu la tok minduk atau tok teri tapi bila datuk ambo tu jijok angin,nyo angkat tok minduk atau tok teri tu nyo ghembah pah tanah…gege atas rumah nak pegang datuk ambo tu…haa..datuk ambo tu nyo pulas gitu jah…ehe
June 30th, 2009 at 10:33 am
Tu bkn jijok angin tuh… baso pesen tak kena angin tuh..
June 30th, 2009 at 7:09 pm
Kalu baso nak rembah ore,bukan tijok angin…. Tok blago angin…. Buleh jadi tok minduk @ tok teri nyanyi supo kambing belit tengoh huje…. Haaaa… ha….. ha….. Gendang pulok bunyi srupo ketut puako…. Ore sakit mula nak rembah ore kokser la…. Kalu ambo,ambo rombok ngan bangsal2…. Surupo jgk ngan kito tiup suna,kalu gendang mace palu beledi,canang pulok sumbang….. Brase bedera bulu roma….. Kelit demam kediri,ayoh mat…..
June 30th, 2009 at 8:55 pm
ye kot…mlm tu meme payah tok ambo nak jijok angin..ksian jgak tengok ko dia…brair mata2…tapi dia meme bekeng la orgnya….ambo sore jah cucu hok buleh masuk dkt…hu3
July 1st, 2009 at 12:07 am
kita deme 3hari doh ni…kena ajok main tteri baru segar angin bkalih….ehehehehehe
July 1st, 2009 at 1:47 am
kepada abelanun,
angin nok bbining la tuh! Suruh ayohmat kiro nuh…
July 1st, 2009 at 11:34 am
Kalu nak bebini keno cari hok belago angin jgk….. Lamo keng rembah kok ser…. Ko guane ayoh mat kito ?