Puja Pantai

by lokanbertepuk ~ June 21st, 2010. Filed under: Tradisi.

Kadang2 datang juga kenangan lama yang mengembalikan aku ke zaman kanak2. Sampai ke hari ini pun masih segar dan jelas tergambar dalam kepala aku, yang mana semasa umur aku kira-kira  4 tahun, aku telah dibawa oleh emak saudara aku bersama dengan beberapa orang jirannya sekampung menaiki bas ke satu destinasi yang terletak di tepi laut. Di kawasan tersebut terdapat banyak bangsal2 untuk orang berjualan dan juga tempat orang membuat persembahan dan orang-orang di peskitarannya cukup ramai sekali.  Kebanyakan orang2 yg aku lihat, kalau yang perempuan boleh dikatakan semuanya berkelumbong dengan kain batik lepas, begitu juga dengan kaum laki2, sebahagian besarnya bersemuntar dan berkain pelikat. Di sana sini terdengar bermacam-macam bunyi muzik tradisional dan sesekali terdengar sorakan orang berarak dengan membawa panji-panji. Aku tidak tahu apakah yang menyebabkan orang begitu ramai di situ. Yang aku ingat ialah aku meminta emak saudara aku supaya belikan sebiji belon gas yg berharga 10 sen untuk aku. Yang lain-lainnya semua telah hilang dari memori aku.

10 tahun kemudian setelah aku masuk ke sekolah menengah, barulah aku tahu bahawa tempat yang dibawa oleh gemulah emak saudara aku itu ialah keramaian yang diadakan sempena dengan puja pantai di Bachok pada tahun 1958. Itupun nasib baik aku bertanya kepada orang yang kebetulan terlibat dengan permainan wayang kulit untuk puja pantai tersebut. Sampai sekarang pun gambaran suasana pada waktu itu masih tebayang di dalam ingatan aku.

Aku ingat nak duduk senyap jah. Biarlah ingatan masa kecik aku datang sekali sekala sebagai kenangan hidup aku masa lampau, dan selama ini pun aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pun mengenai upacara ini. Biarlah upacara puja pantai itu pergi jauh meninggalkan kita semua dan biarlah cerita2 begini hanya diwarisi setakat generasi aku sahaja.

Tapi aku tersalah sangka tedengan jangka. Rupa2nya masih ada lagi generasi sekarang yang berangin dan berminat untuk mengetahui akan cara-cara  yang dibuat oleh orang tua kita dahulu mengenai upacara puja pantai ini. Sebenarnya aku tidak dapat hendak memperjelaskan dengan terperinci mengenai bagaimana cara2 yang dibuat oleh orang tua kita dahulu dalam hal puja pantai ini kerana seumur hidup aku belum sekali pun melihat bagaimana upacara ini dijalankan, kerana apabila aku sudah mengenal erti hidup di dunia ini, upacara tersebut sudah tidak dibuat lagi sehingga sekarang kerana dikatakan mendapat bantahan dari ulama2 dan juga kesedaran masyarakat tempatan sendiri, kerana upacara puja pantai ini bertentangan dengan ajaran islam.

.Cuma apa yang ada dalam pengetahuan aku sekadar cerita bari dari orang2 tua dan mereka2 yang pernah terlibat dengan acara tersebut, itu pun bukan detail sangat dan juga sedikit sumber dari pembacaan. Bagaimana pun ada juga sesetengah perlakuan dan aturan yang terdapat dalam upacara puja pantai itu mempunyai persamaan dengan upacara lain yang  aku pernah terlibat sekadar untuk mengetahui dan mencari pengalaman sahaja.

Sebenarnya tulisan ini adalah sebagai memenuhi hajat anakandaku Adiatsauri yang telah menghubungi aku memohon supaya aku menulis sedikit sebanyak mengenai perihal puja pantai yang dilakukan oleh orang tua kita dahulu. Aku pun tidak tahu dari mana anakanda mendapat info mengenai hal ini.

 

Diringkaskan cerita, terdapat tiga jenis perkataan puja yang dilakukan oleh ore melayu kelate pada zaman dahulu, iaitu;

1.  PUJA UMUR atau sambutan hari ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan. Bagi sesetengah ore tua kelate menyebutnya dengan perkataan JANEWOGHI. Adakah perkataan ini berasal dari bulan januari, aku tidak pasti. Tidak dapat dikesan bilakah tarikh puja umur dibuat di Kelantan, tetapi berdasarkan keterangan dari buku ‘Detik2 Sejarah Kelantan’, upacara puja umur ini telah pun ada dizaman pemerintahan Sultan Muhammad IV.

2.  PUJA KAMPUNG.

3.  PUJA PANTAI…. Tentang bilakah tarikh mula2 diadakan upacara ini oleh orang tua dahulu tidak diketahui, cuma apa yang mendapat maklumat ialah upacara puja pantai yang terakhir dibuat di kelate ialah pada bulan april 1960 di Pantai Cinta Berahi (Pantai Cahaya Bulan sekarang). Dikatakan temasya puja pantai secara besar-besaran di Pantai Cinta Berahi ialah pada tahun 1947 yang dikendalikan oleh Mejar Tengku Mahmud Mahyudin. Kemudian, pada 22hb april 1960 telah diadakan sekali yang dikendali oleh Yang Mulia Tengku Zainab. Sementara temasya puja pantai besar-besaran dan terakhir di Bachok pula ialah pada tahun 1958. Mengikut keterangan gemulah Pak ngah Kob, temasya ini dikendalikan oleh pegawai jajahan Bachok pada ketika itu Mohammad Yaacob. Adakah acara seperti ini pernah dibuat di pantai-pantai lain yang banyak nelayan seperti pantai Sabak, aku tidak pasti.

Sebenarnya antara puja kampung dengan puja pantai ni tak ada beza sangat, cuma yang berbezanya ialah kalu puja kampung, upacara tu dibuat di kampung untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan di kampung. kalau bercucuk tanam, nak minta segala tanaman menjadi. kalu menternak binatang, biar jadi gemuk dan mudah biak (bersemah kampung).

Kalau puja pantai pulak, nk mintak selamat apabila pergi cari rezeki kelaut. Minta babas segala mara merbahaya dan ribut taufan sewaktu berada di lautan. Kalu mmukat nk minta buleh ikan banyak. Aku rasa yang terjadi begini kerana tok nenek kita dulu percaya bahawa laut ni mempunyai puakanya tersendiri. Kalau ada orang mati lemas di laut pun dikatakan akibat dari puaku laut yang sudah lama tidak dijamu dan bermacam-macam lagi. Kepercayaan lagu ni lah yang kadang2 kita dengar ada orang sebut apabila berlaku orang mati lemas di pantai, “Pantai ni tokleh buat main-main, makan orang sokmo2”, ..padahal nya tidak sebab tu pun..Untuk mengambil hati puaka laut ni supaya tidak mengamok, maka perlulah dijamu setahun sekali, atau tiga tahun sekali, atau tujuh tahun sekali tertakluk kepada ghalibnya (semah pantai).

Kita royak cerita selingan pasal puaka laut dulu sikit…..Mengikut satu cerita benar mengenai hantu laut yg diceritakan kpd aku oleh gemuloh guru aku yg terjadi kepada dia sendiri pada awal tahun ‘50an dahulu. Dia dari rumah bapak sedara dia di Kuala Besut pergi ke rumah sesaorang yang aku malas nak sebut nama di sini yang terletak di Pulau Redang. Semasa tinggal di sana, beliau bersungut nk makan telur penyu kepada tuan rumah. Maka orang tersebut pergi ke tepi pantai dan seolah2 memberitahu kpd sesaorang minta tolong  carikan telor penyu kerana katanya anak angkat dia dari Kuala Besut teringin nak makan telur penyu. Pada keesokan paginya sudah ada selonggok telur penyu di tepi pantai di hadapan rumahnya.

Semasa hendak dihantar balik ke kuala besut pula berlaku pada waktu malam, kerana siang hari sangat panas, orang tersebut menyuruh beliau tidur di dalam perahu seorang diri, kalau terdengar apa2 bunyi pun hendaklah diam sahaja dan apabila sampai di Kuala Besut, nanti ada orang akan kejutkan. Beliau memberitahu, perahu tersebut bergerak laju bagaikan ditarik sesuatu, tp tiada sesiapa pun diperahu tersebut melainkan dia seorang diri sahaja, yang terdengar ialah kicahan air laut yang menempuh perahu sahaja sehingga lama kelamaan beliau tertidur. Beliau terjaga apabila terdengar seperti orang menggerak supaya bangkit dari tidur kerana sudah sampai di Kuala Besut..berdiri bulu roma sekakloh aku dengar…Razli Ayub Istana Budaya mungkin tahu jugak cerita ni sbb peristiwa itu dialami oleh gemulah ayah dia sendiri.

Sebenarnya yang dikatakan temasya puja pantai itu kerana sempena dengan upacara puja pantai akan diadakan segala jenis permainan seperti wayang kulit, mak yong, menora, peteri, bersilat, kertok, rebana dsb lagi untuk memeriahkan suasana. Dan pada masa inilah sekelian orang jauh dan dekat dari hujung negeri sampai ke pangkal negeri akan turun untuk bersukaria sambil berhibur, bahkan ada di antara orang yang datang dari jauh berkampung di situ. Tentang
jarak masanya pula tidak ada ketetapan yg tertentu, terpulanglah kepada jawatankuasa penganjur itu sendiri, tapi yang paling singkat pun tiga hari tiga malam.

     kerbau_0005 

Upacara menepung tawar kuba balar sebelum di arak keliling kampung.                                        Sumber gambar: KATHLEEN CLARK : Puja Pantai – The Straits Times Annual For 1960. ms 72

 

Letak Kija

Pada hari pertama yg dipanggil hari ‘letak kija’, tok bomor akan memulakan dengan jampi mentera dan menepung tawar pada sekor kuba balar jantan yang sudah bersalin gigi doh, ore putih sebut albino buffalo, tok bomor sebut unta putih. Lepas pada tu akan berbunyi tembakan bedil sebagai isyarat upacara telah bermula. Aku rasa tembakan bedil tu bukan apa, hanya sekadar nak bagitahu kepada semua kumpulan permainan hok ada tu supaya pakat bertaboh serentak belaka2. Mugo takdak pembesar suara dan walkie-talkie tu gak, dan jarak antara satu bangsal ke satu bangsal tu agak jauh, agak2 kalu melaung pun tak berapa nak dengar. Dalam masa ni la kuba balar tadi di araklah kok keliling kawasan pantai hingga ke sebelah daratan ni sikit dikirakan tempat yang berlangsungnya temasya tu diiringi oleh tok bomor, tok jeragan, jong selam, puok2 kelaut dan orang ramai sambil membawa bendera tiga warna, putih hitam merah. Adakah warna2 bendera ini melambangkan apa, hoktu aku tak tahu. Atau pun adakah warna kain2 tersebut ada mempunyai hubungan dengan kain yang orang buboh celah tutup tiang masa nak pediri rumah baru, aku tak tahu jugak, sebab kain ni pun tiga warna ni jugak. Pada sebelah malamnya pula, segala permainan yang ada, akan memulakan persembahan masing2.

Pada hari kedua pula diadakan upacara belarak replika balai tujuh tingkat yang biasanya dibuat dari pelepah sagu kering,(dalam bahasa begoni kadang2 disebut Agung Bertukup Balai Bertulis atau Balai Bali Panca Persada Dewa) dan sebuah replika kapal layar kecil ‘Jong Kecik Lancang Bermas’. Kesemua barang2 ni akan diletak dihadapan bangsal wayang kulit. Disamping itu ada beberapa kelengkapan lain lagi yang diletak dihadapan bangsal wayang kulit. Antaranya ialah sangkak (sakak), tabak, pacabali, beberapa buah tempayan untuk nk buboh air pancalogam, air pudi mas pudi perak, andung jejuang dan ada segala macam lagi yg aku malas nk tulis ssini.

 

Memadah

Pada malam kedua, sebelum ‘pecah cerita’, wayang kulit akan memulakan lakon acara memadah. Lakon ini dimulai dengan atas pekerjaan menyemah pantai ini, iaitu dimulai dengan Raja Serama memanggil Pak dogol supaya pergi memadah.

Raja Serama:   Ya kakak persanta mas manis gerga jiwa. Pada silam malam esok tok dalang nak berjamu semah unta putih di hadapan panggung pantai sini.  Maka loni ambo nak mintak kakak pergi memadah segala jisi seribu empat puluh empat, jisi kelaparan empat, jisi yang mampat dan jisi yang tidak mampat. Kakak kena turun ke olak tanah gudaran bumi, kakak padah segala jin tanah jembalang di bumi. Olak  kampung suok dusun, di padang luas sejana padang , di selaba  kecik lahar yang luas, tasik merabang pancowilaha. Kakak padah sekelian puok juok hantu air jembalang selaba jangan bui meninggali. Sinar naik sinar runduk, hulu bani, hilir bangsawan…… Kakak pergi padah jugak jong dapur, jong kako, jong hidang,,

(dan beberapa tempat lagi yang aku malas nak sebut disini takut terlampau panjang sangat. Tujuan memadah ini ialah untuk memberitahu kepada hantu dan jembalang di kawasan taklukkan seperti yang aku sebutkan di atas supaya datang pada malam besok untuk menerima hidangan pada tempat yang telah dikhaskan mengikut protokol yg telah ditetapkan masing-masing).

Pak Dogol:   Baiklah tuanku, segala titah perintah tuanku ni, hamba tua ikutkan saja, sikit tetapi patek mohon kecerapan dari duli tuanku terlebih dahulu.

Raja Serama:   Kecerapan semacam balahmana pengasuh?

Pak Dogol:   Apabila patik hamba tua ni sudah memadah sekelian puok juok jisi yang mampat dan jisi yang tiada mampat tu, dimanakah patik nak suruh dia menanti pada malam esok?

Raja Serama:   Mu suruh masing-masing tunggu di hujung lidah tanah gegelang sari medang kulon permatang layat. Apabila berbunyi gunungan tujuh, mu suruh dia mari menerima hidangan bapak dalang dihadapan panggung (sebut nama tempat).

Setelah memadah sekelian alam empat tapang tujuh jerung lapan deksa, akhirnya barulah Pak Dogol  pun berdirikan kaki tunggal, mendakapkan siku lenggang serta membacakan aja aji persongo menutup babahan songo lalu melating naik ke pintu jabalawung seketeng anak tangga duabelas di kayangan untuk memadah Betara Guru dan sekelian jisi kelaparan empat di kayangan untuk menerima hidangan bapak dalang di alam dunia. Apabila tibanya Pak Dogol berdiri di pesiban agung hadapan Betara Guru, dan bila Betara Guru terpandang akan cahaya Agung Senohon Betara Sang Hyang Tunggal, lalu ia pun turun dari takhta kerajaan kerusi gading kencana serta menyembah di kaki Pak Dogol lalu memimpin tangan Pak Dogol serta diletak atas tahkta kerajaan, Betara Guru pun mengangkat tangan sembah seraya berkata;

Betara Guru:   Lah muuuu babu raden nnisa ni….ya yi kakak ku persanta….kakak ku persanta jujuhan saudara yang tua ni kakak. Apa sabit tedengan sebab yang kakak boleh mengawung-ngawung naik ke nenggoro suralaya ni kakak?.                                                                                              

Pak Dogol:   Hei Guru, aku naik ni kerana kerja aku belum habis, gawai aku belum selesai lagi. Aku mari ni kerana membawa sakda Raja Seri Rama nak bagitahu kepada diri mu, kerana pada silam malam esok bapak dalang nak berjamu semah unta putih di pantai (sebut nama pantai) di atas pekerjaan (sebut nama tuan kerja) kerana nak semah lanak pantai (sebut nama pantai), nak angkat seri di bumi, maya di kampung, teruna di dusun, tembeling di padang, dia nak bayar hasil tahun cukai bulan, hasil mahsul cukai kerajat beras kapit padi gajah. Jadi aku mari ni nak tanya kepada mu, siapakah yang padan patut manis bangun boleh menerima indahar jamuan bapak dalang yang  menimbali gambar di tengah fajar mentaram di pantai (sebut nama pantai).

Kerana dia siap takta halir menanti dengan balai bali panca persada. Sarat bermuat dengan sulok lambong kadang gerga, beras kapit padi gajah, ayam itek lembu kuba kambing bebiri, masak mentah, dengan tepung kendung, cukup lengkap dengan lemak manis masin masam pedas, nasi tujuh bangsa sayur pitor tujuh jenis. Dengan borak belum bersifat, darah dalam daging lemak dalam tulang, otak dalam kepala, cukup lengkap dengan roma kulit, yu pari ud
ang ketam, siput jarat pisang tebu, katong katang aja perol wilok bebek. Jikau lebih, aku tak ambik balik. Jika kurang, aku tak tambah. Jika sisa pun aku tak ganti dah. Aku tahu ke baik saja, hok jahat aku tak terima.

Betara Guru:   Bilakala kakak hendakkan orang yang menerimai?

Pak Dogol:   Silam malam esok.

Betara Guru:   Waktu mana?

Pak Dogol:   Waktu silau ngenger memecah, waktu mindong berkukok murai membaca, gajah membalik tidur. Waktu fajar sidik..waktu tu lah yang aku nak nya.

Betara Guru:   Tidak apalah kakak, orang yang padan patut manis bangun turun menerima jamuan bapak dalang ialah anak ku Sang Kala Awal.

Pak Dogol:  Tapi mu kena pesan kepada anak ku Sang Kala Awal, jangan dok bawa dengan gasang gorok sangat, sebab  Anak dalang tu babok bertambah bodo lagi, senjata pun belum lekat dipinggang lagi.

Betara Guru:  Tak apalah kakak

Pak Dogol:   Tapi mu sendiri pun, aku nak minta mu turun juga menjadi kerajaan di atas balai bali panca persada dewa, kerana aku takut terpelik oleh wong lebur, wong kecekalan, wong perang sesak, wong tanding-tandingan oleh lewong sura geder tengah malam dinihari di tengah andalu sibang melata. Mu hisab biar baik kokma biar molek. Saf dewa bersama dewa, saf jin bersama jin, saf mambang bersama mambang. jangan sapo ada berebut beretok, berbaloh cekoh. Mu kena denga biar baik pesanan aku nih. Lama kan esok kelak hari kemudian lusa mu kata aku tak panggil, mu kata aku tak lambai pulak. Kerananya aku tidak bertating nama membilang huruf, seratus lapan seribu makna sepekmo dua pekmo seketi lima laksa, mu kena bagitahu semua, tidak terkecuali  sekali dengan tepok tempang, buta rengga, bisu tuli, kena turun pergi semua.

Betara Guru:   Nuwun la kakak, titah kakak tidak akan patik bantah sama sekali. Sikit akan tetapi patik nak mintak kecerapan daripada kakak. Jika segala dewa2, bidadari dan segala puak juak jisi patik ni turun pada malam esok, di mana tempatkah hendak suruh dia menanti?

Pak Dogol:   Hoktu mu jangan syak menaruh bimbang. pada malam esok, bapak dalang akan siap dengan pohon sembong bidadari, cemara beduan, cemara dacita, katong gunung, canggai puteri, sunting galoh, mayang pinang, bapak dalang akan siap belaka.

Betara Guru:  Tak apalah kakak kalu begitu gak.

Pak Dogol:   Baiklah Guru, aku tidah boleh berlaung lengah anum cerita bari di sini. Kerana aku nak mengabah turun ke alam dunia sakin mulong mercapada bumi lemang tanah yang rata2 nak balik mengadap raja Seri Rama Seri Perkam Raja Bersedang Rakna.

Setelah selesai pekerjaan memadah ini, maka bolehlah dimula denga apa2 cerita. Bagaimana pun jika pekerjaan memadah belum selesai, maka boleh juga disambung balik pada malam ketiga. Cuma perkataan ‘malam esok’ hendalah ditukar menjadi ‘malam ni’.

Ada juga satu versi lagi yang tidak guna Pak Dogol, tapi diguna watak Tok Peran Hutan untuk pergi memadah.

 

Sembelih Kuba

Pada hari ketiga, unta putih ni di arak pulak diiringi dengan gong gendang indrawangsa, bendera tiga warna, tok bomor, jong selam, tok jerangan dan orang ramai pun buleh ikut sekali hingga sampailah ke tempat nk menyemah. Kemudiannya tok bomor pun membaca jampi mentera kepada kuba dan kuba pun dimandikan dengan air limau campur beluru dan bermacam campuran lagi. Bilakala begitu sakni, kuba tu pun ditutup pada bahagian belakangnya dengan sehelai kain putih. Lepas tu lah baru kuba di pegheboh utk disembelih. Tok bomor baca pula jampi sambil memegang pelepas daun nyor. Apabila dia sebut pertama sabit, kedua sebab, ketiga kuong, keempat cendeng, kelima badi, keenam seroka, ketujuh lepas..atau pun disebut so, tiga, lima, tujuh, lepas…maka barulah kuba sakni disembelih….Upacara supo ni aku dan tengok masa ore nak pelepas niat sembelih kambing dekat umoh aku masa aku budak2 dulu, kebetulan pulak bomor yang menjalankan upacara pelepas niat ini, dia juga yang menjadi cheif bomor semasa upacara puja pantai di Bachok pada tahun 1958 dahulu. Dia nama Setapo, Mubin Sheppard tulis dalam buku dia Mustapha, tapi aku panggil ‘Poksu Po’, kebetulan pulak dia duduk 500 meter alik jjatuh umah aku (meninggal tahun 1970). Dan sempat juga dia heret aku g main tteri sekali dua masa aku buleh hudoh2 dulu.

Lepas tu kuba dilapah untuk diambik daging. Pekerjaan melapah ni kenalah berhati2 sebabnya kulit kuba tokleh carik, tulang kuba tokleh patah. Apabila sudoh soliroh begitu sakni, tempat anggota kuba yang di amik daging tadi akan disumbat dengan sabut nyor supaya napok terik semula seolah2 napok cukup sifat se ekor kuba semula. Dan pulak apabila kuba tu diletak dalam air, dia tak akan tenggelam disebabkan sabut penuh dalam perut kuba.

 

Mengisi

Sebelum mengisi ni, tok bomor akan membaca jampi mentera sama dengan masa perasap keduri jugak Apabila tok bomor mula saja baca Bismillah, maka muzik wayang hendaklah bermain lagu bertabuh. Jadi kira2nya ada dua kali baca kenduri lah, baca kenduri pertama masa mula2 masuk bangsal malam pertama, baca kenduri yang kedua masa nak mengisi. Tentang begapo dia hok dia sebut dalam bacaan tu, telah aku cerita didalam majalah Pentas  2009 dalam tajuk ‘Takta Wayang Kelantan’. selalunya upacara ni dibuat antara lepas asar dgn sebelum maghrib.

Maka segala tempat2 yang disediakan itu pun diisikan dengan barangan jamuan yang sudah disediakan. Ada yang dibuboh dalam temalong daun pisang dan ada yang di letak begitu sahaja di tempat yang sudah pun berlapik.. Antaranya ialah 1.nasi tujuh warna, 2. bermacam2 jenis sayuran yang telah dimasak, 3. umbut nyor, 4. rebung buluh, 5. siput kecai, 6. ikan yu dan ikan pari, 7. udang dan ketam, 8. telur ayam mentah, 9. seekor anak ayam yang disembelih, 10. darah ayam, 11. air tuak, 12. berteh 13 tepung beras, 14. nyor muda, 15. sireh pinang, 16. rokok daun dan ada lagi yang aku pun terlupa habis licin doh. Aku dan jugak sekali jadi jong gotel tepung beras untuk buat replika tahun 1975 dulu, tapi bukan untuk puja pantai la..

Biasanyanya ada tiga jenis replika yang kita boleh buat dengan tepung beras ni, 1. orang  2. permainan/peralatan  3. binatang. Namun begitu ada dua jenis replika binatang yang tidak boleh dibuat untuk tujuan ini, iaitu bewok nga ular, kerana dua jenis binatang ini ada kuwong.

mengisi_0002          

Kerja mengisi hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tahu  ‘caro baso’ sahaja.                                                                              &#
160;                   Sumber gambar: Mohd. Fauzi Yaacob – Main Puteri: Persatuan Muzium Malaysia, ms 23

 

Peraja

Pada sebelah malamnya pula, melalui lakon wayang kulit iaitu setelah habis main dalang muda, dalang tua akan melakukan upacara peraja terlebih dahulu. Maksud peraja disini ialah dalang akan menyebut nama semangat satu persatu, sebagai contohnya setiap tempat yang disediakan seperti sakak satong tiang satu, tabak kecik dulang bermas dll mesti dilantik raja sebagai pemantau dan jong kako untuk memastikan jamuan itu dibuat mengikut rankin masing2. Tujuannya ialah untuk memantau supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti berebut makanan antara mereka dan lain2, walau pun pada masa memadah lagi bapak dalang sudah berpesan kepada semua yang dipadah, “Jika lebih aku tak ambik, jika kurang pun aku tak tambah dan jika bersisa tidak akan ganti..aku nak dengar perkara yang baik2 belaka, kalau ada perkara yang tak baik, itu diatas tanggungan engkau sendiri”. Begitu juga dengan panggung yang biasa disebut dengan ‘peraja bangsal’, siapa yang jaga di atas panggung dan di bawah panggung, kesemuanya mesti diberi mandat terlebih dahulu.

 

Mengambat

Lepas tu barulah wayang kulit akan memainkan apa2 cerita sehinggalah lebihkurang pukul 1.00 pagi. dari pukul 1.00 hingga pukul 3 atau 4.00 pagi  upacara akan berehat seketika. Kemudian, persembahan wayang kulit dimula semula dengan membawa lakon Kosi Serawi @Perhantuan Mahrajawana.  Bo sedang molek fajar sidiq terbit, maka Betara guru keluarlah ke peseban agung memberitahu kepada Betra Nerada. Katanya oleh Betara Guru, pada masa sekarang ni sudah sampai dah tempoh perjanjian kita  dengan kakak persanta di alam dunia diatas pekerjaan (sebutkan nama tuan kija) kerana dia nak berjamu semah unta putih., silalah kakangku Betara Nerada pergi gerak anak ku Sang Kala Awal yang sedang bertapa supaya turun ke dunia di pantai (sebutkan nama pantai) untuk menerima indahar hidangan bapak dalang yang sedang menimbali gambar. Cerita mengenai ini telah aku muat di dalam majalah Pentas 2008 bertajuk Episod Sang Kala Awal, atau ada juga disebut ‘Mengambat Mak Babu Kala Dermi’.

 

Tolak Balai

Apabila selesai permainan wayang kulit pada sebelah pagi, maka barulah upacara tolak balai dan menghantar balai dilakukan. Tolak balai di sini bermaksud menyerah balai dan segala isi kelengkapnya serta bangkai kuba tersebut kepada puaka laut. Segala kelengkapan itu di usung ke dalam perahu2 yang sedia menunggu di tepi pantai. Upacara menghantar balai dan kuba ke tengah laut hendaklah diiringi dengan bunyi muzik dari semua kumpulan permainan yang membuat persembahan sempena puja pantai, dan tidak boleh kurang salah suatu. Kemudian, rombongan menghantar balai bersama dengan bomor pun bertolak menuju ke tengah laut dengan beberapa buah perahu. Biasanya untuk mempercepatkan perjalanan, perahu2 tersebut akan ditarik dengan menggunakan bot berenjin.

Apabila sampai ke tengah laut yang kira2 jarak 3 hingga 5 kilometer dari daratan, peralatan2 tersebut diletak atas permukaan air dan bomor akan membisik sesuatu seolah2 memberitahu supaya menerima segala persembahan tersebut. Kemudiannya rombongan menghantar balai pun bertolak balik semula ke pantai.

Pernah diceritakan kepada aku dalam satu peristiwa menghantar balai dan kuba balar pada sebelum tahun 1958, apabila rombongan yang menghantar ini sudah meletak kuba balar dan balai di air dan balik semula ke pantai, didapati kuba balar dan balai tujuh tingkat bersama dengan jong kecik tadi balik semula  ke tepi laut. Setelah mencari penyebabnya mengapa berlaku demikian, maka didapati puok menora tidak bermain muzik semasa mengiringi upacara mengahar balai dan kuba balar ke laut. Untuk menyelamatkan keadaan supaya perkara yang tidak diingini berlaku, maka upacara menghantar kuba balar terpaksa diulang sekali lagi dengan memastikan semua kumpulan bermain muzik…wallahualam..

               DSC02915               

            Balai bali panca persada dan kuba balar sudah tersedia untuk dibawa ke laut.

                                                             Sumber Gambar: Mastika Bulan Jun 1960

                                 

Perang Buah Anjung

Sampai sahaja orang-orang yang menghantar balai dan kuba balar di pantai, Orang2 di pantai yang sudah sedia menunggu untuk ‘memekong’ puok2 rombongan menghantar balai tadi dengan buah anjung dan berlakulah pekong memekong antara orang di laut dengan orang di pantai. Ia menggambarkan sebagai satu perlambangan untuk menghalau kuasa jahat supaya tidak naik ke darat. Jika buah anjung tidak ada, maka boleh juga digantikan dengan pasir pantai yang basah dan dikepal2 untuk buat ‘hmekong’.

 

Makan Gulai Kuba

Apabila selesai dah belako2, masing pun pakat pergi makan nasi dengan berlaukkan gulai kuba yang disembelih petang kemarin di tempat yang disediakan. termasuklah kumpulan permainan yang membuat persembahan selama tiga itu serta mereka2 yang membantu menjayakan puja pantai tersebut. Sayangnya aku takleh nak upload gambar puok2 ni tengah makan nasi belan betinggong alik belakang bangsal wayang kulit, kerana aku cari gambar tu tak jjupo….mmg napok kelasik sggh.

Dan bermula dari hari menolak balai sehingga hari ketiga, biasanya nelayan tidak akan pergi ke laut untuk tujuan menangkap ikan.  Apa sebabnya aku tahu, cuma apa yang diceritakan ialah sudah menjadi pantang larang dari datuk nenek zaman dahulu lagi.

                                         

Sekian

36 Responses to Puja Pantai

  1. Adiatsauri

    Setinggi2 penghargaan buat Ayah Mat, memenuhi hajat ambo. Adapun, perihal puja pataa dan juga kaitannya dgn puaka laut, ambo pernah terbaca dlm sbuah buku oleh Amran Kasimin. Tidak pula diceritakan secara detail mgenai puja pataa,spt yg Ayah Mat tulis tu. Cuma yg lebih ditonjolkan,seingat ambo adalah perihal puaka laut,yg mana sesetgh nelayan zaman ritu ‘memèrönya’ utk tujuan2 tertentu,spt cari org hilang di laut & tunjuk tempat hok byk ikan. Juga ada diceritakan cara2 nk memanggil puaka laut ni.

  2. arjunasukma

    aaa…hari luruh pusat bokali..menyakut molek..

    pandangan abe sdiri…sepatutnya perlukah diteruskan acara-acara besar begini pada zaman ni..seandainya tidak ada halangan dari pemerintah?

  3. adleenn

    jutaan terima kasih buat ayahmat kerna menerbitkan cerita ni.dulu2 duk dengar jgk ore2 tuo duk cerito benda ni..tapi ni buleh baca sediri baru rasa puashati…..sayang ayahmat….hehehe

  4. munkyG

    5 kali bereti baru habis baca.

    Tapi ada teringat, dalam pembacaan artikel mana tahu, ada yang jenis heret kuba bala tu masuk terus dalam pantai. Rasanya puja pantai ni dilakukan di pantai sabak. mungkin ayah mat boleh rungkaikan.

  5. dian nais

    puas hati sengoti nih.. tapi hok kita dapat bahawasanya Pok Dogol tu .. bila naik ka kayangan suralaya pun batara guru sembah lagi.. nok oyaknya sakra sungguh pok dogol tuh..

    p/s: lambat mat G bbaca.. kawe 4 kali bereti… haa.. tapi kena ule dua kali …

  6. Lokanbertepuk

    matjei ni dan bbini sikit lg gak, keno 10 kali bereti baru habis, tubik butir mata la pahni gak..hehehe

  7. dian nais

    :D :D :D :D :D :D

  8. rid

    ambo skali baco habih slalu hehehe…
    tp meme puah ati sngoti, siap nge dialog ayoh tulih… bbelit lidoh2 nok pghabih dialog…
    skalo dok denga oghe sebut namo jah pujo pata ni… kkali ni, blh tau habih start awal sapa akhir… trimo kasih ayoh…
    kalu ayoh x tulih x tau ni… puah hati sngoti nah… trimo kasih skali lg…

  9. radenlakjuno

    Buleh ayoh mat ceritakan dengan terperinci berkaitan dgn silat puncuk nyor….

  10. Lokanbertepuk

    Silat puncuk nyor aku tak tahu,
    tp kalu orang bersilat di atas pucuk pohon nyor aku beso siup suna doh sekali dulu2 tepat orang pelepas niat di kampung seneng.

  11. radenlakjuno

    Lagumano pulok dengan `LENJO`…. Bleh terangkan ape peranan @ simbolik yang ado dalam LENJO ? Kalu tak dok,tok les ko ayoh mat ?
    Takut nya brona habis ore atas bangsal ko,misalannyo…. Bisao ado pat ore main teri…. Letok pulok kena bahagian atas….. Lagumano tu ayoh mat… Ejas wie kito pehe gak….

  12. Lokanbertepuk

    Lenjo ni berfungsi sebagai alat nk gantung pinggan nasi guru jah. Pahtu dlm ucatan masa perasap nasi guru tu dia mohon kpd guru supaya memberi keselamatan. Dalam islam dipanggil tawassul, yg mana ada setengah kaum kata takleh krn dok minta kpd org yg sudah mati. Tp ada jgk yg kata buleh.

    Tentang simbolik tu, kalu kita tgk dia ada pulut kuning sepinggan nga telut sebutir. Telur tu melambangkan benih, benih ni melambangkan manusia. sbb tu telur takleh nk letak terbalik, kena kepala dok alik atas.

    Tentang bakpo telur tu dok dlm pulut kuning tu nati kita bincang semula lah..hehe

  13. radenlakjuno

    Nasi guru ni lagumane pulok ? Guru tu di maksudkan sapo ?

  14. rid

    aaa… sdak kaklos ni hehehe…

  15. radenlakjuno

    Oyak la ayoh mat………… nak tahu ni……

  16. Lokanbertepuk

    hok dok gantong dale lenjo tu, nasi guru la tuh..

  17. nyetok

    Alik besut ni kepercayaan laut make nyawo ado lagi hehe.. kalu ado ore mati musim boh ombok kucoh, 2,3 ari lagi air laut linang la tu.. rajin dengar ore tuo duk kecek atah wokah

  18. arjunasukma

    nyo nyampuk ko tok lebai gak..panjang cerita ni..hehe..

  19. Lokanbertepuk

    Tak apa… nyetok royak hok sengoti tu..
    kepercayaan pesen ni masih ada lagi saki baki peninggalan dulu2..
    lapis kita loni jah hok jd parti pembangkangnyo.

    ada sekali tu saing kawe sakit..tok bomor g siup pn x jjadi bare..
    ambik bwa g kelinik, doktor nyo cocok..balik dumoh koho sakit begulong2, mungkin x kena ubat bakali…mokwo dia kata “ni kes bwa g cocok di kelinik la ni, hantu marah”…

    kawe lari turun ttanoh nok ssuko..hahaha

  20. arjunasukma

    hantu marah la nga jarum nih..pasal ore dok pocok atas ppalo nga paku jame tok nenek dia dulu..haha..

    ambo tertarik dgn soalan radenlakjuno tu..nak jawab kan xkena..xjawab kan nampak nak bsungguh dia tanya tu..jawab la tuan rumah..haha..guru tu sapo?

  21. Lokanbertepuk

    Paka wokil ko demo tlg jwb jah la..

  22. arjunasukma

    aaa..sah ko kira wakil nih…

    bagi ambo hok bodo serta babuk lagi tak reti ni..beso dgr tok guru royak mula..nenek awal tu tok adam kita..pah tu guru yang mula tu jibril..aaa..kena ko dok wakil jawab nih..haha

  23. radenlakjuno

    Oyak molek ayoh mat……… Ambo x kheti ni…. Tok tahu beraso nak tahu… Dan tahu beraso puah hati… Dan puah hati,jenero tido… He3.. Kalu guru tu dimaksudkan sbgai jibril… maknonye nasi guru tu nasi jibril ko ? Terang molek gak…. Wat keluar tubek gak hok mano ado woh2 kilah tu ayoh mat…..

  24. dewa muda

    byk idea sungguh radenlakjuno ni

  25. rid

    ambo x lawe ni… kelah mano ni radenlakjuno ni… abe yie toowww… oyak bui jelah la hehehe… ambo pong nk tupe 2,3 kaki hehehe…

  26. cm_abelanun

    umur kito , ni baru dengar kisaoh nih..timo kaseh lah ayah mat..

  27. cm_abelanun

    Ayah mAt . apakah maksud perkataan ‘menyemah pantai ‘??

  28. arjunasukma

    cocok wi panas skit…baru tuan rumah bbuka mulut..pah kita nati kutik la..haha..

    ‘menyemah’ ni kalu tak silap makna dia…mencuci..

  29. Lokanbertepuk

    demo nak kata ggapo kata lah,
    tp jgn bui betukar antara ‘menyemah’ dgn ‘menyembah’
    dlm sesetengah penulisan ada byk terjadi…supo nga sebutan mokyong
    hok dok royak sokmo tu lah..

  30. tongkatali

    Menarik…teringat cerita orang dulu-dulu…PUJO PANTAI. Tapi lo ni tadok doh. Apabila tengok gambar-gambar teringat macam di BALI dan Jawo…SAMO jah kito nih. Jadi mungkin benar kito yakni Kelate dan Jawo ni serupo tulo jah.

  31. lokanbertepuk

    Ambo rasa pn ada kemungkinan jgk, sbb kalu kita tgk sesetengah budaya ore bali dan jawa nge ore kelate dulu2 lebih kure jah. Asah gigi la, pijak tanah la, ccayo ko semangat padi la, dll.

    Pahtu, ada beberapa tempat di jawa sama nama dgn tempat di kelate..

  32. radenlakjuno

    Limau bali pun samo jugok………. he

  33. pok nik

    Assalamualaikum..

    Bila baca kisah puja pantai ni teringat ko cerito ayah dan datuk ambo..
    Ayoh ambo saloh sorang hok jong ngata balai ko laut tuh.. kalu tok silap ngata balai tu di PCB.
    Tok nenek ambo ketua seribo mainan bagi istana la.. Tok ambo dio main wayang jawa. Ayah dgn Tok ado lagih.. byk jugok dok dgr cerito bari dari dio..

    Terima kasih lah ayah mat tolong royak cerito ni..ko budok2 zaman lonih.. ambo pun budok benar lagih baru 30 tahun umurnyo

  34. Lokanbertepuk

    Waalaikumsalam pok nik.

    aaa betemu doh la..

    pok nik ni anak cucu ‘Pok ndor wayang melayu’ hok dudok alik belakang kota ko?..

  35. pok nik

    Buke..ayah mat,

    Ayah mat kenal ko Poknik Man..dio hok jadi dalang Wayang Melayu depan istana balai besar dulu dekat dengan pohon celagi.. lepas dio Hassan lepas Hassan adik dio Hussin.

    Ayoh kato ko ambo..wayang jawa ni takdok serunai..dia ada rebab. Ayah jong main canang jah..tok dio main gengdang. buleh belako anok dan ibu.

    Kalu dengar cerito ayoh gak.. nok wak kulit wayang tu pun buat dengan kulit kuba balar hok panah litar..

    Cumo ambo tok pasti ado lagi dok dalam simpanan sepupu ayoh hok duk di chica kubang kerian. Nanti ambo kelik kg ambo ajok ayoh gi jale rumoh dio tgk ado lg ko dok. sebab gambaran dio buke semua ore beso kelih..lagu mano rupo sema turas, bentara guru dan lain-lain lagi.

    maaf la ayah mat banyok kecek pulok ambo…nok wak guano dale rama2 anok cucu ambo sore jah hok berangin.. hahaha.

  36. poknal

    sebelum ni dengar kok ore tua kecek jah..timo kaseh ayah mat..
    rupo2nyo lagu ni puja pata

Leave a Reply