Naga Ulik Ciptaanku
by lokanbertepuk ~ July 8th, 2008. Filed under: Serunai.Sewaktu mula-mula Pak Lokan belajar tiup serunai dulu, Pak Lokan diberi sebatang serunai yang tak berapa betul dari skilnya. Orang tua kata kalau kita belajar dengan menggunakan serunai yang suara yang tidak elok, skilnya tidak betul. Apabila kita tiup serunai yang elok, skilnya betul dan mudah. Oleh kerana Pak Lokan tidak tahu apa-apa masa itu, maka Pak Lokan pun mengiyakan akan segala petua yang diberi. Pada masa itu nak tiup kat rumah tak boleh kerana menggangu ketenteman awam, jadi pagi-pagi Pak Lokan bawa serunai pergi seberang sungai tempat yang sunyi dan terlepas dari manusia lalu lalang. Pada masa itu tiup seorang diri dengan tidak berguru betul-betul lagi, cuma ada sedikit sebanyak tunjuk ajar dari orang tua kampong sahaja. Lebih kurang pukul 11.30 pagi baru balik kerumah kerana tengaharinya Pak Lokan nak pergi mengaji sekolah pula. Begitulah saban hari kecuali hari jumaat.
Rupa-rupanya petua yang Pak Lokan pakai selama ini memang tidak boleh dipakai setelah Pak Lokan beralih belajar keguru lain. Kata guru Pak Lokan yg baru “Kalau diberi kepada kamu sebuah basikal yang breknya tak ada, handle pula bengkok, apakah basikal itu sesuai untuk dibuat belajar?” Beliau menasihatkan kepada Pak Lokan dan juga orang lain, “Kalau mahu belajar sesuatu, gunakan asas yang betul pada permulaannya dan peralatan yang sempurna, kalau kita sudah terikut-ikut dengan asas yang salah maka agak susah untuk diperbetulkan kemudian hari”. Selepas itu beliau mengambil sebatang serunai kepunyaannya sendiri lalu diberi kepada Pak Lokan untuk belajar dan serunai itu Pak Lokan simpan sehingga kehari ini sebagai kenangan hadiah dari guru.
Bermula daripada itu Pak Lokan sudah mula berangan-angan, suatu hari nanti Pak Lokan akan meniup serunai yang Pak Lokan buat sendiri. Pada tahun 80an Pak Lokan berulang alik pergi ke Pengkalan Datu kerana di situ terdapat seorang pembuat serunai berbangsa Cina (cina kampong). Beliau bernama Wee Beng Chen atau nama melayunya Pakcu Abu. Beliau juga adalan pemain serunai kepada kumpulan wayang kulit Dolah Baju Merah dari awal tahun 60an sehinggalah beliau bersara tahun 70an atas sebab-sebab kesihatan. Dengan beliaulah Pak Lokan banyak bertanyakan kaedah-kaedah pembuatan serunai ini.
Boleh dikatakan bentuk serunai ini terdapat di seluruh asia tenggara dengan ciri dan cara bermain masing-masing. Kalau di Thailand ia dikenali dgn nama Pi Nai, Pi Nok dan Pi Cawa. Kalau di Syria dipanggil Surnaya. Di parsi dipanggil Surnay, di Turki dipanggil Zurna, di India dipanggil Sanayi. Sedangkan dikepulauan nusantara sendiri pun berbagai nama selain dari serunai seperti Sarinai, Sona, Sruni, Srune dan bermacam-macam lagi mengikut daerah masing-masing. Bagaimanapun serunai dipercayai berasal dari timur tengah dan termasuk dalam kategori alat-alat muzik yang dipanggil Aerophone.
Di Kelantan sendiri, selain dari nama serunai, ia mempunyai satu nama timang-timangan yang disebut Naga Ulik. Huraian mengenainya ada Pak Lokan tulis di dalam artikel bertajuk ‘Takta Wayang Kelantan’ yang akan disiarkan dalam Pentas sedikit masa lagi.
Sebelum ini, Pak Lokan sudah pun membuat beberapa batang serunai biasa, tetapi pada suatu masa saya terpikir untuk membuat sebatang serunai yg tekniknya belum pernah dibuat orang sebelumnya. Dengan menggunakan kayu-kayu pendek yang Pak Lokan ambil dari rumah Pakcu Abu, Pak Lokan mula membuat sedikit demi sedikit sehinggalah siap sebatang serunai yang Pak Lokan idam-idamkan pada tahun 2000.
Antara bahan yg digunakan untuk membuat serunai ini ialah.
1. Kayu Sira tanduk.
2. Gewang (mother of the pearl)
3. Batu delima masak
4. Gading gajah.
5. Perak
6. Stainless steel
- Sebenarnya idea Pak Lokan untuk membuat serunai ini ialah apabila Pak Lokan melihat alat muzik barat seperti Oboe dan Clarinet yang boleh dibuka pasang dan dapat di simpan dengan selamat dengan harapan ianya dapat ditiup dengan sempurna.

Naga Ulik ku setelah dicantum
July 9th, 2008 at 10:45 pm
assalamualaikum…
lawa serunai ni…berkenan saya..
saya juga bergiat dalam bidang ni. baghu cuba-cuba. Serunai yang saya main adalah dari aliran utara. Serunainya pendek skit. soranya nyaring. mungkin ada perbezaan dengan serunai permainan paklokan
salam ziarah
July 10th, 2008 at 12:08 am
Waalaikumussalam cikgooden.
Memang ada byk perbezaan antara serunai utara dgn serunai pantai timur dar segi bunyi, skalanya dan penjariannya. Tp yg saya buat ni pun sudah agak terpanjang dari ukuran biasa.
July 13th, 2008 at 11:33 pm
comel weh temin gading tuh..kalu bulih bubuh sikit di rebab kita pon takpo doh…hehehehe
July 14th, 2008 at 12:15 am
Kalu nk buat rebab nga kayu nako baik taksah bubuh gading lah.
Kalu kemuning hitam tu baru sesuai sikit.
July 16th, 2008 at 10:47 am
assalamualaikum ayohda..
comel nyo nago ulik dio… berkilat molek tuuuu… brapo lamo doh Nago ulik duk nga ayohda… sajo jah nanyo..
July 17th, 2008 at 5:47 am
Alaikumussalam…
Naga ulik ni berumur dale 8 tahun doh. tapi jare wat tubik.
August 6th, 2008 at 6:07 am
abe lokan ambo rasa nk belajar jah serunai…brp eh hrga serunai tuh… nati tlg turun ilmu ko ambo sikit..
August 6th, 2008 at 7:49 pm
Nak belajar sengoti ko mu nih…. harap ko?
August 7th, 2008 at 5:34 am
SENGOTI..bincang dh dgn senok nk tubuh group nati,,,,nk wt persidangan nati rumah mafaka dengan sifu2 nati
August 7th, 2008 at 11:16 pm
Nk tubuh group main dekcok nga main selambut ko?
August 8th, 2008 at 2:45 am
ai blh jgk kalu ada hok nk belajar…lama dh x main
April 4th, 2009 at 1:52 pm
Bilo buleh trai tiup srunai nye ? Saya buleh jugok skit2….. Ngakok2 jah…. Telor lagi,tak panda nak tegok angin…. Pipit pun suruh ore buat…