Silibus Pengajaran Peringkat Asas.

by lokanbertepuk ~ September 28th, 2009. Filed under: Wayang Kulit.

Dalam masa 100 hari pembelajaran, sukatan pelajaran akan dibahagi kepada tiga peringkat. Ini bermakna setiap peringkat akan mengambil masa lebih kurang sebulan. Pada bulan pertama calon dalang akan ditekankan kepada asas bermain, secara ringkasnya. mengandungi:

1.  Posisi letak tubuh dari pinggang ke kaki sebagai tapak dan panggung kecil. Dari pinggang ke bahagian atas pula ialah bahagian yang akan digerakkan  -  Latihan yang bersangkutan dengan letak tubuh dalang akan membantu kekuatan bahu, pergelangan tangan dan tangan semasa pelari wayang dari wayang yang bersaiz kecil hingga kepada wayang yang bersaiz besar. Palajar juga dilatih menggerak/pelari wayang dalam tiga tahap iaitu pergerakan perlahan, sederhana dan cepat.

2.  Teknik memegang wayang -  yang mengandungi saiz wayang, pergerakan wayang berdasarkan status watak dan takta kedudukan di batang pisang berdasar kepada status watak. Ini termasuklah teknik memegang cempurit, penuding dan kemudi wayang.

3.  Asas pelari wayang di kelir -  yang melibatkan keluar masuk wayang, pergerakan transisi, peperangan, kawasan lakonan dan latar tempat.Arah keluar masuk wayang dibahagi kepada pecahan lapan penjuru mata angin.

4.  Teknik menghasilkan bayang di kelir  -  yang mengadungi teknik menghasilkan bayang terang dan bayang kabur, atau pun close up, medium close up, full short. Ini semua tergantung kepada jumlah berapa banyak wayang berada di kelir dimasa yang sama. Imej dissolve (imej kabur), in focus (imej terang), out of focus (imej kabur), super impose (gabungan imej terang dan kabur). Semua ini akan dipraktikkan didalam babak dalang muda yang menjadi asas latihan wajib bagi dalang yang baru belajar.

Pada bulan kedua, guru akan mengajar teknik ucap, pengucapan dan juga berbari 29 episod dalam cerita pokok wayang Kelantan iaitu cerita Bota Mahrajawana yang bermula dari pengkisahan cerita dikayangan sehinggalah Sri Rama dapat membunuh Mahrajawana di negeri Kuala dua derdap muda pasir mayang tanah berdap perbuangan sari, di bawah kaki gunung ganang wanang seberang lalut benua langkapuri. Oleh kerana episod-episod ini terlampau banyak, maka ia akan tamat pada bulan ketiga. Di dalam latihan pengucapan pula, guru akan mengajar teknik ucap iaitu ucap tetap, ucap improvisasi dan kerangka ucap kerana didalam cerita Mahrajawana mengadungi ibu dan kunci segala ucap.

Pada bulan ketiga, tumpuan akan ditekankan kepada teknik persembahan secara menyeluruh. Murid dikehendaki memainkan episod dalang muda yang mengandungi dua segmen iaitu Dewa Panah dan Sri Rama keluar (peratur rakyat). Murid juga dikehendaki seboleh2nya menamatkan seluruh cerita Mahrajawana dalam masa sebulan yang menjadi cerita pokok dalam wayang kelantan. Cerita2 lain seperti cerita tanggam dan saduran tidak digalakkan lagi dimainkan masa ini.

Dalam menjalani latihan persembahan ini, pelajar juga akan diajar cara pelari wayang, menyusun wayang, menyimpan wayang. Guru juga akan memberitahu watak yang tidak sepatutnya diletak atas lantai dan sentiasa terpacak di gedebok (btg pisang). Bagi teknik pengucapan pula, murid dikehendaki mengetahui watak yang hendak dibawa dan pengucapannya sesuai dengan sifat watak dan bentuk fizikal watak tersebut.

Sebenarnya kalau hendak dibandingkan antara silibus yang diberi dengan jarak masa 100 hari itu memang agak sukar untuk murid dapat mencapai dengan sepenuhnya kecuali murid tersebut sudah mempunyai pengalaman sebelumnya atau mempunyai bakat dan minat yang untuk menjadi seorang dalang. Lazimnya apabila memerhati dalam sesi latihan selama 100 hari itu, guru akan dapat meramalkan bahawa murid tersebut layak atau tidak menjadi seorang dalang. Jika didapati layak, guru akan memberi nasihat kepada murid supaya meneruskan latihan diperingkat lanjutan jika ingin menjadi dalang yang mahir.

 

bersambung……………

12 Responses to Silibus Pengajaran Peringkat Asas.

  1. datuk d

    hah… ni dia baru sebetul sebenarnya main wayang… … satu soalan.. adakah setelah peringkat awal ini habis dalang berkenaan diberi gelaran seperti mana yang digunapakai oleh dalang2 ternama contohnya Allahyarham Dollah Baju Merah? terima kasih

  2. Lokanbertepuk

    Selalunya nama gelaran tidak diberi lagi pada peringkat asas ini kerana dalang itu belum boleh berdiri sendiri lagi, atau dlm bahasa orang kampung disebut “Belum boleh bawa perkakas lagi”.

    Seperkara lagi, tentang gelaran ini biasanya diberi oleh orang awam kpd dalang, bukannya dalang yg menggelarkan kpd dirinya sendiri, kecuali dalam bab memberi nama kumpulan…itu tak apa..

  3. arjunasukma

    kalu belum apa2 nak letak yie anak serama xlih ko?jadi guano?

  4. Lokanbertepuk

    Kalu takdirnya masa beranak tu buleh bekecek selalu, nya pakat buboh nama sediri belaka puok nih…tak hirau doh ko nama ore tua bui…

  5. arjunasukma

    apakah yang dimaksudkan dengan lapan penjuru mata angin?

  6. Lokanbertepuk

    Lapan penjuru mata angin yg digambar pada kelir iaitu arah yg menjadi tempat keluar masuk dan turun naik wayang…utara (atas), selatan (bwh), timur (kanan), barat (kiri)..timur laut (penjuru atas kanan), barat daya (penjuru bawah kiri), barat laut (penjuru atas kiri), tenggara (penjuru bawah kanan).

  7. mafaka

    alooohh…sampai staro tu nah dih nak blajar woye kulit nih..
    maknanya setiap kelakuan dalang blkg kelir tu diambik kira blako..
    toklih main koksir kokdan..baru bulih panggil tok dalang, dok keneh?
    kita tak tahu mugo kita panjak datok aseng dulu..hehehe

  8. arjunasukma

    demo anak murid haji koha kawe anak murid ayah pin..hahaha..datok asim plimau mmano weh…hahaha

  9. Lokanbertepuk

    Mafaka -> InsyaAllah bab yg tuan tanya tu akan diceritakan pada episod yg ke 5.

    Arjunasukma -> kalu ore mengaji tarekat, dia disuruh cari guru yg mursyid, bukannya cari guru yg bbunying nngesit..

  10. arjunasukma

    hahaha..ramai hok keliru antara mursyid nga ngesik tu..pasal bunyi sebutan tu dekat2..

  11. Lokanbertepuk

    Ho tekpon…

  12. arjunasukma

    guano mohd tekpon xmasuk nyapuk ssini

Leave a Reply