Silibus Pengajaran Peringkat Lanjutan.

by lokanbertepuk ~ October 1st, 2009. Filed under: Wayang Kulit.

Proses pengajian peringkat ini juga akan mengambil masa 100 hari juga, sama seperti sama seperti peringkat asas, cuma pada peringkat ini latihan lebih ditumpukan kepada latihan persembahan sahaja. Bagaimana pun teknik berbari masih ditekankan juga dengan tujuan untuk mengasah minda murid supaya lebih kreatif dalam membawa lelakon. Murid juga didedah dengan cerita-cerita ranting, cerita tanggam  yang berteraskan cerita-cerita pokok, kecuali dalam membawa cerita saduran dan setiap cerita yang dibawa hendaklah dilaonkan dari sampai ke akhir walaupun mengambil masa yang agak panjang.

Pada masa menjalani latihan peringkat lanjutan ini, jika sekiranya murid itu ingin mempersembahkan permainanya dikhalayak ramai di panggung yang lain, murid tersebut perlu mematuhi beberapa syarat dibawah ini kerana masa ini status murid sama seperti status dalang tiru iaitu dalang yang belum lagi mendapat ijazah pendalangan.

1.  Tidak boleh lagi mempersembah permainannya kepada khalayak ramai kecuali terlebih dahulu    mendapat perkenan dari gurunya atau pun mendapat jemputan dari dalang yang telah diperlimau (dalang asli). Itu pun guru atau dalang asli mesti ada bersama semasa murid membuat persembahan.

2.   Tidak boleh mengajar murid2 baru secara formal, kerana belum mendapat tauliah.

3.   Dilarang bermain wayang kulit berjamu atau yang bersifat ritual.

4.   Tidak boleh menjalankan upacara-upacara ritual secara sendiri kecuali dengan menggunakan khidmat gurunya atau dalang lain yang telah diiktiraf (dalang sudah perlimau).

 gemulah pa 

  Latihan peringkat asas  (Gambar hiasan)

Proses latihan lanjutan ini sebenarnya untuk memberi peluang kepada murid supaya mendalami apa yang telah diperaktikkan semasa latihan asas dahulu sehingga layak untuk diperlimaukan. Bagi murid yang sudah mempunyai asas kerana telah lama berkecimpung dan belajar tidak secara formal melalui penglibatannya yang sudah bertahun-tahun di dalam kumpulan wayang kulit, maka beliau bolehlah terus masuk bangsal peringkat lanjutan. Selepas tamat latihan lanjutan, murid diberi pilihan oleh gurunya untuk menerus belajar peringkat lanjutan lagi atau diperlimau. Biasanya kalau kemahiran murid sudah mencapai tahap piawaian yang difikirkan sesuai, guru akan menasihat kepada murid supaya diperlimau terlebih dahulu. Ataupun jika murid memilih untuk tidak diperlimaukan terlebih dahulu kerana ingin menyambung pelajaran kepada guru yang lain maka upacara tamat latihan akan dibuat sebagai menghomati guru tersebut. Di sini dapat disimpulkan bahawa upacara tamat latihan dan upacara perlimau adalah dua upacara yang berbeza.

 

bersambung………….

7 Responses to Silibus Pengajaran Peringkat Lanjutan.

  1. datuk d

    penuh info.. secara umum..

    ada ko lagi oghe muda cari benda ni sesungguh2 hati?

  2. Lokanbertepuk

    carilah ilmu merata riti
    supaya sesuai kehendak hati
    pandang dengar tengok perhati
    jangan janda disangka sunti

    Ada berhati tidak berhati
    kenalah kita perhati teliti
    supaya kita akan mengerti
    yg mana kek yg mana roti

  3. datuk d

    insya Allah….

  4. pok se

    kalo ore penuh ilmu..serba serbi menjadi
    yaa kannn…pak lokannn

  5. pok se

    tgk persembahan pak lokan dlm ni…semua ore rasa teringin nak tahu..
    sudah terlambat..rasanyer umur pun dah 30-an…seni kg halaman
    tahu serba sedikit sajaa..

  6. lokanbertepuk

    tak apa lah…sikit cara sikit, byk cara byk…
    tp jange x tahu langsung jah…

  7. Tepuk Ama - Ama

    Ambo tok rajin tengok woye kulit…. Braso darat jah.

Leave a Reply