Sireh Pulang ke Gagang

by lokanbertepuk ~ July 18th, 2008. Filed under: Personal.

Setelah sampai kat Aswara pada jam 8.30 pagi 15hb ogos yang lepas, aku terus pergi ke kaunter untuk mendaftar namaku sebagai seorang peserta Seminar Seni Muzik 2008 anjuran Aswara. Aku, Dr. Jason dan Prof. Madya Razif adalah wakil dari institusi tempat kami bertugas.

Tepat pada jam 9 pagi acara perasmian pun di jalankan dan diikuti dengan satu pembentangan kertas kerja. Lebihkurang pukul 10.30 pagi kami semua keluar minum di sebuah khemah yang disediakan bersebelahan dengan Orkestra Hall tempat seminar diadakan. Semasa minum itu aku didatangi oleh beberapa orang peserta yang juga bekas muridku yang masing-masing sudah pun menjadi guru muzik di sekolah di Melaka, Perak dan selangor. Kami berborak sakan juga sambil bertanya khabar kawan-kawan yang lain yang mengajar di negeri Pahang, Kelantan, Trengganu dan Johor.

Di celah-celah perbualan kami tiba-tiba datang seorang sahabat lamaku yang kami panggil Bob Khalil. Aku dan Bob Khalil ni pun baru berjumpa kembali pada awal tahun 2008 setelah kami berpisah pada tahun 1978. Dia adalah tiga dari sahabat lamaku yang  menjadi pengajar di Aswara sekarang ini termasuklah Pak Nik Mustapha dan Rahbeni Mutaal yang kebetulannya semua berada di situ pada hari tersebut. Apabila aku pandang muka-muka sahabatku ini, teringat aku sewaktu kami membuat rakaman piring hitam muzik untuk mengiringi tarian pada tahun 1971 dahulu.

muzik-tarian

Bersila dari kiri: Aku dan Allahyarham Shaari Abdullah.

Duduk dari kiri: Allahyarham Roslan Sarno, Pak Nik Mustapha, Bob Khalil.

Berdiri: Esbat Sudar.

Bob Khalil bertanya kepada aku, adakah aku pernah bertemu denga Esbat, kerana dia selalu saja menyebut aku. Aku menjawab tidak pernah berjumpa selama aku meninggalkan KL pada tahun 1978 hingga sekarang. Beliau menghubungi Esbat melalui hansetnya dan dihulur kepada aku supaya bercakap dengan Esbat. Setelah aku memperkenalkan diri dengan mengatakan bahawa aku ini adalah Mat Usop, Esbat dengan ketawa mengatakan BUKAN. Katanya lagi, Mat Usop bukan bercakap macam ni. Kemudian Bob Khalil pula menyokong aku, tetapi Esbat tetap juga tidak percaya. Akhirnya Bob Khalil menyuruh Esbat datang ke Aswara pada keesokan harinya.

Pada 15hb, lebih kurang jam 12 tengahari, aku mendapat talipon dari Rahbeni mengatakan bahawa Esbat sudah berada di Aswara. Aku bergegas keluar dari bilik Tujeri dan pergi ke depan Orkestra Hall. Bila terpandang saja Esbat yang sudah memakai tongkat, air mataku sudah mula berderai kerana inilah pula pertemuan kami setelah berpisah 30 tahun yang lalu. Rupa-rupanya kedatangan Esbat bukan keseorangan tetapi  dibawanya juga seorang lagi kawan seperguruan denganku semasa kami di kampung dahulu. Beliau ialah adik kepada gemulah Tok ngah Seman Wau Bulan. Dalam kesempatan itu macam-macamlah kenangan lama dicungkil kembali untuk mengenangkan peristiwa silam kerana kebetulannya kami berada di situ kecuali dua orang sahabat kami yang telah pulang kerahmatullah.

sahabat pak lokan

Bersama-sama sahabat-sahabatku yang telah lama berpisah

21 Responses to Sireh Pulang ke Gagang

  1. senok

    terharu bc entri nie…jejak kasih saing2 lamo…

    kebanyakan saing pak lokan aktif lg ker main muzik lani??

  2. Lokanbertepuk

    Boleh dikatakan semuanya masih aktif lagi menjadi tenaga pengajar dan

    pemain. Kecuali sore bedua jah yang berhenti rehat atas sbb2 kesihatan

    dsb.

  3. adleenn

    sebaknya bila baca entri nie…..x sangka ayahanda boleh jupo nga saing2 lama….bukan setahun duo berpisah…tapi berpuluh2 tahun…..

  4. Lokanbertepuk

    ambo tak sebok guano gak, masa2 kita dok wowa2 nga dio dulu cergas molek. tiba2 jupo kali ni napok belain sakan doh. Yg sedihnya dio dok tanyo saing2 lamo doh nk bejupo nga ambo.

    Tanjung katong airnya tenang
    Tmpt nak dara membasuh kain
    Tempat jatuh lagi ku kenang
    Inikan pula tempat bermain.

    Tanjung Katong airnya biru
    Tmpt nak dara membasuh muka
    Sama sekampong lagi ku rindu
    Inikan pulak jauh di mata

  5. Ahmad Ridzuan Roslan

    Assalamualaikum Pak Lokan
    Terkejut jugak bila tengok gambar arwah bapa saya ada dalam senarai album piring hitam tu.(Roslan Sarno which supposed to be Roslan b Seronoh).
    Ada tak agaknya republishing semula album tu dalam CD atau kaset?
    Bila arwah abah meninggal segala kemahiran bermain muzik dia langsung tak diwarisi kami adik beradik…
    Tinggallah nota – nota dia dalam simpanan berharga kami sekeluarga…
    terima kasih sekali lagi atas paparan kulit album itu…
    Wassalam

  6. Lokanbertepuk

    Waalaikumsalam..
    Setahu saya piring hitam tersebut belum pernah pun dibuat dalam bentuk CD atau kaset dan pengedarannya pun sgt terhad. Kalau tidak silap dalam ingatan saya, piring hitam tersebut hanya di edar keseluruh pejabat Kebudayaan Belia dan Sukan di negeri2 seluruh Malaysia sahaja,
    kerana ianya digunakan sebagai muzik untuk mengiringi asas2 tarian rakyat malaysia yg popular pada masa itu.

    Untuk pengetahuan Ahmad Ridzuan, pada tahun 1978 sebuah lagi album piring telah dibuat, tajuknya ialah ‘Muzik Tarian Malaysia’ yg di terbitkan oleh WEA Record. Pada kulit hadapan album tersebut terdapat gambar arwah abah, Pak Lokan sendiri, Suhaimi Sohd Zain (Pak ngah) arwah Fadhil Ahmad (Raja gambus) dan beberapa orang lagi.

  7. muslih@sutrapawana

    memori lama ni lah hok mahal..takdok nilai bandingan..ayohmat tuh…adakah adik arwah tok ngoh seman tu didalm bidang yang sama dgn arwah..buleh hurai ckit?

  8. Lokanbertepuk

    Adik arwah ni saing ambo dr kecik lagi dan sama2 dok belajar bergendang. Dia ni adik beradik pok lain nga gemulah ni. pah pulok
    dia duduk nga ore lain. Kebetulan pulak yg pero dio tu memang jadi jong gendang wayang kulit.

    jadinya dia ni tidak terlibat langsung dalam dikir barat sapa hari ni pun.

  9. muslih@sutrapawana

    oooo…syahdu sungguh kalu jjupo saeng2 lamo..lagumana la kalu kita umo 60 nati…ado saeng lagi ko dok…huhuhu

  10. Lokanbertepuk

    Demo kena tunggu umor 60 tahun dulu la baru berasa..hehehe

  11. cendawan

    kenangan di masa muda lah yg x dpt dilupakan,, terutamanya rakan2 sepermainan.. sayu pilu sguh cito ayhmat ni..

    dimana bumi di pjak.. di situ langit di junjung… ko guana ayhmat??
    moral of the story,,berkawanlah biar beribu,,hehe….

  12. Lokanbertepuk

    jolo doh tu anaknda wei…
    kalau tuhan bui pnjg umur gak, akan rasalah sbagaimana yg kita rasa loni..

  13. SangGupa

    kalu ambo jupo gu2 sutra pawan skt lagi xtau nk kato…
    muslih kuruh,nuar paka pioh,pakdo jadi tok jogho…syahdu…

  14. Mohd Izani Mohd Noor

    Gmbar mcm ore oku jah….. Ha…ha…ha…ha…..

  15. Lokanbertepuk

    Dia tu bkn oku, tp dia sakit loni. cuba tgk gmbr satu lgi yg sebelah atas tu yg berdiri tengah gesek violin, dia doh tu…hehehe

  16. Lokanbertepuk

    Sanggupa;

    Peristiwa begini tidak mustahil akan terjadi kpd sapo2 sekali pn jika tuhan panjangkan umur…

    ada satu kesah yg aku x tulis di sini yg terjadi pada aku thn lepas. Sedang aku duduk minum di istana budaya bersama beberapa org kawan, tiba aku ternampak seorang tua yg sedang berjalan dlm keadaan letih menaiki tangga menuju ke kantin. Kawan aku berkata kpd ku “Cikgu **** sudah datang” (nama cikgu itu kami gelarkan pada beliau semasa sama2 belajar muzik tradisi di kampung dulu). Apabila nama beliau disebut, hati aku tiba2 tersentak krn wajah dan karektor beliau yg aku lihat pd hari tersebut cukup berbeza sekali dgn apa yg aku lihat beliau 20 thn yg lepas…..

    Pada awal thn ini aku mendapat panggilan tel dr kawan yg berkerja di istana budaya mengatakan cikgu **** telah meninggal dunia dan mayatnya akan dikebumikan selepas zohor… masih terdengar lagi di telinga ku beliau memarahi aku krn tidak pernah menjengoknya.

    Ya Allah ampunilah dosa2ku dan dosa2 kedua ibu bapa ku serta sahabat handai ku….

  17. Mohd Izani Mohd Noor

    Pak lokan main gapo dalam album tu ?

  18. Rositah Ibrahim

    Terima kasih. Banyak benda hok tak tahu jadi tahu lepah baca Lokanbertepuk.

  19. che kem

    saya dapat rasa bila yang lama terpisah bertemu. detik itu jadi detik paling gembira. apatah lagi bertempat di padang permainan suatu ketika dahulu.

  20. Lokanbertepuk

    Memang betul che kem…

  21. This is Ja Vesparado

    sayu weh! kito 2 tahun dudok jauh sero nok kelik p6 semace doh… puah ayoh mat wei dok pontian! sero baek ngaja spuro or Tg. Bala slalu dop! haha

Leave a Reply