Tangok Dalam Kenanganku
by lokanbertepuk ~ June 24th, 2008. Filed under: Sejarah.Apabila saya balik bercuti di Kelantan, kalau ada kesempatan pasti saya akanĀ membawa anak-anak saya berkunjung ke Pantai Irama Bachok. Pantai Irama adalah tempat kenangan saya dan kawan-kawan sekampung pada sekitar tahun 1963-1966 dahulu. Di zaman inilah kami selalu berulang alik dari kampung asal saya di Jelawat ke Pantai Irama yangg jauhnya lebih kurang 7km dengan hanya berjalan kaki semata-mata untuk mandi laut.
Di Pantai Irama pada masa itu terdapat sebuah pondok kecil yang didiami oleh seorang tua dalam
lingkungan umur ’70an, semua orang menyebut dengan panggilan Tok Wi. Kalu pada hari Jumaat boleh
dikatakan rumahnya dipenuhi oleh orang-orang jauh yang datang membawa anak-anak kecil untuk diikat tangan sebagai anak angkat Tok Wi. Yang anehnya, apabila diberi duit seringgit kepadanya, beliau akan
memulang balik 50 sen, beliau akan mengambil separuh sahaja dari pemberian orang.
Pernah satu ketika apabila mendapat tahu di Pantai Irama diadakan bermacam-macam permainan sempena Puja Umur Sultan, kami terpaksa tidur di masjid Bachok kerana semata-mata nak tengok Wayang Kulit. (masa tu angin hmene ni ada dah).

Sebelah paginya kami pun memulakan perjalanan balik dengan menaiki ‘Bas Tunja’. Kami hanya bersarapan dengan air telaga yang ada di sekitar Kampung Kemudi dan Badak kerana tidak berduit. Apabila kami sampai di Kampung Tangok maka barulah kami dapat menjamu selera, iaitu dengan memakan buah kemunting yang memang banyak tumbuh di situ.
Tangok adalah sebuah kampung kecil yang terletak antara Rekang dan Rusa. Ia juga menjadi sempadan antara tanah beris dengan tanah liat. Mengikut cerita mulut orang-orang tua, Tangok juga suatu masa dulu menjadi kedai pesara tempat naik segala barangan melalui sungai untuk orang berjual beli sebelum wujudnya Kedai Jelawat. Dan tempat ini memang banyak menyimpan kenangan pahit manis kepada saya.

1. Saya hanya ingat satu peristiwa yang mana saya dibawa oleh emak saudara saya melihat orang bermain kertok kerana masa itu saya masih belum bersekolah lagi. Pada awal tahun ini saya terbaca satu catitan lama yang menerangkan bahawa pemainan kertok yang saya lihat itu ialah perlawanan kertok antara puak Tangok yang diketuai oleh Tok Penghulu Wan Seman dengan Puak Badak.
Perlawanan itu adalah perlawanan kali yang kedua, sementara perlawanan yang pertama sudahpun berlalu di Batu 19 dekat Sekolah Kebangsaan Badak.
2. Pada masa tingkatan empat, saya belajar di Sekolah Manengah Kebangsaan Bachok. Yang demikian saya terpaksa berulang alik setiap hari dengan mengayuh basikal. Pada suatu hari setelah pulang dari sekolah saya dengan Berahim (anak Umar tukang gunting Cabang Tiga Melawi). Berahim kemudiannya pulang ke rumahnya di Wakaf Mek Bunga (belakang rumah Che Amat tukang besi), tinggallah saya kesaorangan mengayuh basikal balik ke Jelawat.
Bila sampai di Tangok saya rasa suasananya tidak seperti hari-hari sebelumnya. Rumah dan kedai kopi semuanya menutup pintu. Orang yang sebelum ini selalunya lalu lalang di tepi-tepi jalan sudah tidak kelihatan lagi, dan saya mengayuh basikal perlahan-lahan sambil memerhati kiri-kanan.
Apabila saya sampai di simpang tiga saya menjadi tergamam apabila melihat seorang perempuan pertengahan umur yang duduk di atas wakaf dalam keadaan telanjang bogel menghadap ke jalanraya, Sambil memegang pisau beliau menyanyi dalam irama makyung dengan menggunakan lirik yang lucah.
Tiba-tiba mulut saya menyebut “Orang gila”..saya terus memecut basikal hingga kebawah tebing Tangok tanpa memandang kebelakang lagi.
3. Tahun 1970 masa cuti sekolah saya di bawa oleh Pak Sin Tempoyak pergi bermain makyung bertiket di Kampung Sungai Pinang Palekbang selama 4 malam. Kumpulan makyung masa itu bernama Makyung Appolo. Itulah pertama kali saya menggesek rebab tempat main makyung bertiket kerana mahu mencari pengalaman. Pada hari ketiganya sedang kami minum kopi dalam pukul 10 pagi, tiba-tiba ada orang yang baru balik dari Kota Bharu memberi tahu kami, semalam ada seseorang telah mati di Tangok kerana di tetak pada lehernya, beliau berkata drebar kereta plet yg beritahu.
Apabila sebelah petangnya barulah kami mendapat tahu yang menjadi mangsa pembunuhan itu ialah orang yang saya kenal kerana selalu pergi ke rumahnya untuk ‘pelepas angin’ palu gendang silat. Allahyarham seolah-olah seperti kawan saya juga kerana isterinya sekampung dengan saya, walaupun Allahyarham 4 tahun lebih tua dari saya. Saya menjadi serba salah pada malam itu kerana mengenangkan peristiwa tersebut.
Setelah sampai kerumah pada esoknya saya terus pergi ke Tangok. Yang saya dapat lihat darah yang begitu banyak tapi sudah dibakar orang untuk mengelak dari sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengikut cerita pada malam kejadian tersebut, datang dua orang kerumahnya mengajak Allahyarham pergi tengok dikir barat di Bukit Marak. Setelah keluar beliau ditetak pada lehernya, beliau jatuh dan meninggal di situ juga.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
June 24th, 2008 at 8:06 am
selepas membaca berkenaan org kena tetak ni, saya teringat dengan geng2 gedebe yang selalu berada di night club di jalan hamzah, kota bharu pada tahun 70an dahulu. (sekarang ini menjadi tapak kepada KB Mall).
ada beberapa nama ore gedebe yang sangat terkenal kerana kebabilan, skandal, komplot dan penuh dengan pergaduhan yang menyebabkan mereka ini menjadi buah mulut masyarakat kelantan.
semoga abe mat buleh menceritakan serba sedikit berkenaan hal yang saya utarakan.
terima kaseh.
June 24th, 2008 at 1:27 pm
aduh, menarik sungguh..byk kisah tangok wak di paparkan….kebetulan sy pn lahir di kg alor jeringai, sblh pantai irama tue..tp dok brapa beso mugo di besarkan di pt senok….
nak tanya ayah mat, tok wi tue dio jadikan anak angkat sbb apo eh…ikat tgn tue sbb nk berubat cacing kow gano..hehe..sero rajin dgr gemulah tokwie ni..nk balik usul ngan mak kita..sbb dio meme ore pantai irama tue……
June 24th, 2008 at 8:05 pm
[...] Tangok Dalam Kenanganku [...]
June 24th, 2008 at 10:00 pm
ale budaya orang melayu kelantan, ada beberapa kaedah tradisi utk mengubati budak2 kecik yg berpenyakitan nih. Salah satunya ialah dgn cara menyerah kanak2 tersebut utk dijadikan anak angkat kepada orang yg dikira mempunyai sekun rasi dengan kanak2, sprt tok alim, tok bomo dll.
Ibu bapa kanak2 mestilah menyerah kanak2 tersebut kpd orang tersebut dgn berkata “Ambo serahlah anak ambo ni ko pakngah utk jadi anak angkat”. Orang tersebut akan menerima serahan itu dgn mengikat tangan kanak2 dengan menggunakan benang yg dipintal.
Pada simpulan akhir utk mematikan ikatan benang itu selalunya akan dibaca Tahhayat yg berakhir dengan Assalamualaika.Kanak2 tersebut akan diserah balik kepada ibu bapanya supaya menjaga. Kanak2 tersebut mesti memanggil ayah kpd bapa angkatnya sampai bila2 sebagaimana ia memanggil nama kepada ayah kandungnya sendiri.
Dlm bab kanak2 cacing selalunya bukan ikat di tangan, tp dibuat tali tekok. Ada juga digantung sisek tenggiling dll utk dijadikan tangkal cacing. Sepatutnya barang2 yg masuk dlm kategori tangkal ini hendaklah kita elakkan krn agama islam melarang keras tentang memakai tangkal ini.
Selain dari cara ikat tangan, ada satu cara lagi yg selalu di amalkan oleh orang tua kita, iaitu menukar nama . Itu pasal ada orang kadang2 ada mempunyai lebih dari satu nama.
Wallahualam.
June 25th, 2008 at 12:29 am
eh eh eh…nasib baik la hok nyanyi lagu mokyg lirik lucah tu ore gilo. kalu tidok gak make tegalong doh dok raso..
nak tanya ayoh lokan..adakah masa tu lagu-lagu mkyung ni menjadi siulan ore sehingga ore gilo pon nyanyi lucah bermelodi makyung?ataupun ore gilo tu asalnya pemeran makyung?
June 25th, 2008 at 1:47 am
Sebenarnya ore gilo tu bkn ore kapong tangok, tp tak tahulah hak sesat mari dmana.
Tak tahu lagu mana ore gilo tu g nyanyi lagu makyung pulok, nk kata lagu tu menjadi suilan anak muda masa tu pun ambo rasa tidak jugak.
Kalu teringat ko lirik dio nyanyi tu gak brasa kerah perut nk ssuka. Tp masa kejadian tu mmg takut sungguh mugo dia pegang pisau, kita pulok lalu sore2, kalu baso dio g sekat tengoh jale tu gak mapuh buleh. hehehe
June 27th, 2008 at 5:18 am
Anaknda markjie tow…Ambo takleh nk royak pasal puok2 gedebe di sebelah kota bharu tu moga ambo dudok alik darat ni. Pah pulok tahun 72 tu ambo sudah keluar dari kelate doh.
Cuma ada satu saja hok buleh ambo ceritanya ialah kawasan tapak KB Mall tu pada tahun ’50 hingga ’60 dulu ada sebuah pusat hiburan. Ore kelate panggil tempat tu dgn nama ‘Dale Show.’ kalu tak silap ore luar panggil ‘Brezne Park’ kalu salah ejaan pn maaf la deh, mace2 ado pemaine dale tuh.
Pah pulok kawase tu dulu2 terkenal dengan nama Wokah Siku.
June 28th, 2008 at 3:57 am
waah, berehi sungguh saya baca cerita lamo kat klate nih.. mitok tolong abe mat crito la plok pasal jakpa tonggek nih.. femes bena jakpa tonggek nih kat klate.. kot2 ado crito lamo dari ore2 lamo pasal jakpa tonggek sedak jugok
June 29th, 2008 at 1:43 am
Jakpa tonggek mano heh?…oleh kerana ambo tak beso dengar cerita jakpa tonggek nih, payah sikit ambo nak beroyak tuh.
maaf la deh adik RinG dio….
June 29th, 2008 at 7:36 am
Masa ambo kecik2 tak skolah lagi, rasa ada gi tengok wayang kulit di padang sek jelawat. Kalu tak salah ingat, Pok Pin, Mat Jen (anak Pok Pin), CikGu Ayub ada main gendang. Betul ko? Pak Lokan ada main jugo ko?
June 29th, 2008 at 8:48 pm
pertama sekali ambo kena berusul dulu deh! adik Gobek ni asal kapong mana dan anak sapo heh dan beranak tahun berapo?…lamo kena ko gu ambo jugak masa kecik dulu. Sebabnya kalu jame Mat Jen Pok Pin tu gak adalah Sama dengan ambo doh lah.
Kalu main wayang kulit di padang sek. Jelawat tu hok adik Gobek kata tu gak, ambo rasa bukan Cikgu Ayub, tapi demo pelaga dua orang tok dalang iaitu Tuan Mat Pauh Lima (bangsal alik hilir) dengan Semail Kelerek (bangsal alik Hulu). Peristiwa ini berlaku pada tahun 1967.
Demo cuba ingat semula…kalu tak kena, demo tanya balik.
June 30th, 2008 at 3:57 am
Minta maaf, ambo tak perkenal diri sebelum ni….gi pakai masuk jah.
Rumah mak ambo di jelawat, depan rumah gemulah cikgu Ayub. Anak cikgu Hase. Mak mat Jen tu (Domek), mak sedara ambo.
Ambo rasa, lepas tahun 1967, ada lagi waye kulit kat padang sekolah jelawat. Awal 70an ambo rasa. 1st time tengok Wak Long dgn Pak Dogol. Rasa2, padang depan rumah cikgu Ayub pernah buat persembahan MakYong….ingat tak ingat ni sebab ambo kecik lagi.
Molek benar ada webpage ni, boleh tahu sikit2 pasal tradisi melayu kita
wassalam
June 30th, 2008 at 5:46 am
Hehehe….dan tahu titeh begini baru mudah nak beroyak sikit.
Kalu tak silap demo ni nama Jeri anak gemulah cikgu Hassan cek Romoh. Ayah dan mak demo tu bekas kpd cikgu ambo tahun2 60an dulu masa ambo ngaji di sek Jelawat. Kakok demo hok ttino nama Noraihan tu satu kelas nga ambo. Abang demo gemuloh cikgu Din tu saing ambo la jgk.
Kalu demo ingat ada sore budak naik basikal rajin masuk kot umoh demo g umoh mat jen alik belake umoh demo tu gak…jolo ambo doh tuh.
Berkenaan dgn wayang kulit di pdg sek jelawat tu, ada sekali lagi di main oleh gemuloh Abg Kob Kak Wan Minah. Masa tu memang ambo, cikgu Ayub, Pak Pin dan Mat Jen terlibat sama.
Hok main makyung depan rumak Cikgu Ayub tu ambo rasa tahun 1971 atau 72 kerana berubat Makyam sakit.
Kalu ada masa lepah2 ni ambo nak tulis pasal pembukaan kapong kita Jelawat pulak. Dale tu ada melibatkan tok demo jugok iaitu Tok Haji Ahmad.
July 1st, 2008 at 6:07 am
Pok Lokan
Betul lah tu….cuma, ambo adik Jeri, tahun 71 ambo baru 4 tahun, sebab tu ingat tak ingat jah. Ayoh ambo ada lagi, tak gemulah lagi…..ak lain2 tu meme betul. Nak juga dengar pasal sejarah jelawat ni…sebab tak dok dale buku.
July 1st, 2008 at 7:37 am
Alohlaaaaeh…mitok maaf la bbanyok kakmbo. Pasal ada ore royak ko ambo cikgu hase ni gemuloh doh. Bakali keno ko cikgu Hasse lain doh gamoknyo.
Pok tam nga Naim dok mmano loni? Bakali 30 tahun lebih doh tak jjupo nga dio. Mujo la ada ore kapung kita masuk dale ni, bulehla wat bbual kesoh2 lamo.
July 2nd, 2008 at 11:17 am
Ni kawe ni, abe pada gobek, abe pada jeri dan jugok abe pada Naim..tentu demo bulih agok doh sapa kawe ni..kawe pun besar ngan buah kemunting tangok jugok..harap-harap demo bulih cerita lagi pasal sejarah jelawat ni,
July 2nd, 2008 at 10:35 pm
Dok eh!! kalu abe pada pada Naim gak sah doh Poktam ni, nak kata Ari, tak menasaboh,hehehe….. Guano Tam loni, segar ko?
July 3rd, 2008 at 7:14 am
betul lah demo teka tu, alhamdullillah kawe loni buleh di katakan okay lah, segar benar pun dok tak segar benar pun dok jugok..demo guano segar ko?
July 6th, 2008 at 8:37 pm
Kawe pun supo demo jgk…kira segar lagi la jugok, tp segar kita ni gak tak serupo la nga jame umor 20′an dulu la.hehehe..
July 13th, 2008 at 11:42 pm
begitulah tuan-tuan dan puan-puan…apa yang saya harapkan ialah, pertemuan dalam rancangan jejak kasih ini akan mengeratkan lagi sillaturrahim yang ada.. yang jauh kita dekatkan dan yg dekat kita rapatkan…jumpa lagi minggu hadapan..cemin cerminkan….
August 6th, 2008 at 6:24 am
jd ruangan jejak kasih plok deh
August 6th, 2008 at 8:01 pm
Jolo hok demo kata tu moka…. ore supo kito ni mujo ado begoni jah.
Kalu tidak takleh nk kesan doh saing sobat hok lamo2 tu ghaib kemana
hilang kemana. Ambo pon tak seko nyo buleh bejupo balik di sini.
August 7th, 2008 at 5:54 am
ambo pon mujur ado goni blh jgk kenal ore2 sohor dlm nih..buat satu ruangan jejak kasih la etek…tp mcm mana saing2 hok buta it?
August 7th, 2008 at 9:36 pm
Saing2 hok buta it kena pakat kelebek mata tow…
August 8th, 2008 at 2:51 am
kira org lama pndai it mmg biso dh zaman2 muda dulu2..
August 11th, 2008 at 4:42 am
Aeh takdak biso mano eh dulu2 pun. Insan biasa jah kita nih..
August 12th, 2008 at 4:26 am
yo ko..insan biasa..nk blajar ni lagu mana..nk start bilo eh..setuk angin lama dh nihh
August 12th, 2008 at 5:01 am
Mu nak belajar begapo namo gak moka hok sebenarnyo??
August 12th, 2008 at 5:51 am
nk belaJAR ilmu pikat wanita..org lama tentu ada..aci kerat jari nah,,jari ayam la…haHAHAHambo nk belajar serunai..blh dok??
August 12th, 2008 at 6:00 am
Serunai ni payoh kakloh nk belajar dio…tp mu keno pikir habih2 dulu sebelum buat keputusan…lamo ke berenti sekerat jalan. keno penyepak la dio..
August 13th, 2008 at 4:02 am
hbs pikir siang malam, tido x jenero, mandi x basah, mkn x knyang(wi sepinggang hbs sepinggang, wi dua pinggang hbs dua pinggang) lagu tu la gamoknya awe wei..ai nik bukan nk belajar sajo tp nik nk wi pndai wi blh jd ore biso supo setaro ayah lokan.. aiii berkat tanggung ayah weh..wi pulih supo sedio kalo..aiii dah ding dah ding…jaga2
August 13th, 2008 at 4:20 am
Aku bekecek doh nga serol takdi pasal mu nk belajar suna nih… aku wokil ko dio dulu ajar mu…mu kena gi ngadap dio dulu.
Jange g tengoh male sudohlah musim2 ni..:)
August 13th, 2008 at 6:13 am
ooo kemas pengurusan… nk blik kg dh eh mgu dpn dulu…cuti sek etek…lepas cti la nati..nk tempah serunai dgn dia eh sebutir
August 13th, 2008 at 8:19 pm
Kalu mu nk tempah seruna, mu suruh asrul tempah nga anuar uitm. Serunai buatan ore lain aku tak berani nk gerenti lagi.
August 14th, 2008 at 12:59 am
brp eh sebutir benda tu…
August 14th, 2008 at 2:38 am
Tak tahu eh loni berapa rega dia…asrul tahu bakali.
August 15th, 2008 at 2:37 am
jgn dok amik untung byk la ore tgh..parok nk belajar nati..ringkas2 jah rego tuh..heheh
August 15th, 2008 at 5:59 am
Aaa… kalu dari awal lagi napok mu tak ccayo doh gak mu g cari ore lain la pulok. Kita pun bkn rajin sgt nk ngaja doh. anok murid hok ado doh ni pun so keliling pening doh tak habih nk ajar.
August 15th, 2008 at 7:39 am
ahhh sudoh kijo dh la..mrh doh la ko ambo..nyo xleh wt seloro ko ore main mene ni..sensitif…
August 15th, 2008 at 12:09 pm
Tak maroh eh…koho saye lagi ado la…
August 15th, 2008 at 8:05 pm
hehehe nsb baik kta g2…kita nyo wt grau main jh
August 18th, 2008 at 11:49 am
Dekpon ni gak nya berehi mengosek ore teh..