Tari Inai
by lokanbertepuk ~ July 31st, 2009. Filed under: Tari Inai.Sebuah lagi tarian tradisional Kelantan yang hampir pupus sekarang ini ialah Tari Inai. Bagi mereka yang tidak tahu, akan merasakan bahawa Tari Inai sama dengan Terinai. Sebenarnya antara Tari Inai dan Terinai ini mempunyai perbezaan walaupun ada kemungkinan berasal dari sebutan perkataan yang sama, cuma mengikut loghat sebutan negeri masing-masing. Terinai ialah sebuah tarian tradisi negeri Perlis sedangkan Tari Inai pula berasal dari Kelantan.

Pak Mail penari Terinai dan Tok Selampit dari negeri Perlis Indera Kayangan.
Dikatakan bahawa Tari Inai ini bermula di zaman pemerintahan sultan Muhammad l lagi yang diadaptasi dari gerak tari dalam seni silat tari, bagaimanapun ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal dari tarian mak yong. Aku sendiri berpendapat bahawa asal Tari Inai ini daripada silat tari, cuma kalau ada unsur Mak Yong pun dimasukkan dalam bahagian kedua yang ada mempunyai ciri-ciri tari ragam. Pertama, bentuk tarinya seakan-akan tari silat dan yang kedua, Tari Inai ini asalnya ditarikan oleh orang laki-laki (tp semenjak kebelakangan ini ada juga ditarikan oleh penari wanita). Begitu juga dengan nama Tari Inai itu sendiri diambil sempena dengan nama daun inai yang diguna oleh orang-orang melayu untuk ditempek pada jari tangan dan kaki sempena dengan majlis perkahwinan (Berinai pengantin). Lahirnya nama tersebut kerana didalam acara “Bekwoh” atau kenduri yang dibuat secara besar2an oleh orang Kelantan yang berada/kaya pada zaman dahulu mestilah mengandungi 3 acara yang menjadi pelengkap kepada majlis tersebut, “iaitu Berarak Inai, Tari Inai dan Pantun Inai”. Aku masih ingat lagi semasa aku kecil dahulu ada sebuah kumpulan Berarak Inai yang diketuai oleh gemulah Pak Sin Tempoyak yang pada masa itu dikenali dengan nama Hussin Tok Bageh. Diantara peralatan yang aku ingat ialah replika keris, lembing, tombak kayu dan sarung harimau yang dibuat daripada kain.
Sejarah aku mula2 mendengar lagu Tari Inai ialah semasa aku didalam kuliah pergendangan pada tahun 1968. Pada masa itu arwah guruku telah membawa balik seorang tua yang berumur dalam lingkungan “80an kerumahnya untuk diperdengarkan kepada kami lagu Tari Inai. Orang tua ini yang dipanggil Pak Muda Tegayung kerana beliau tinggal di kampung Tegayung Pauh Lima. Mengikut cerita guru aku, Pak Muda Tegayung ini adalah salah seorang peniup serunai dalam kampung Temenggung sebelum perang jepun dahulu. Maka tidak hairanlah kalau beliau boleh menceritakan kepada kami tentang lagu2 lama yang selalu dimainkan di istana pada masa dahulu. Diantara nama2 lagu yang diberitahu kepada kami ialah Itek mandi, Masuk Kuala, Raja Berangkat, Asyek siam, Kunang Bunga, Inai lekon dan Inai sasang dan ada lagi yang aku sendiri pun telah lupa tajuk lagunya. Tapi sayangnya waktu itu beliau sudah tidak dapat hendak mengingatkan balik kebanyakan lagu2 tersebut kerana berpuluh2 tahun sudah tidak memainkan nya semenjak keluar dari kampung Temenggung. Lagu yang beliau masih ingat pun sudah ditiup dengan terhenti-henti disebabkan angin tiupannya tidak segagah dahulu dan jari jemari pun sudah kaku. Bagaimanapun aku berterima kasih kepadanya kerana banyak juga pengetahuan yang aku dapat darinya, Pak Nawi Jusoh Istana Budaya mungkin ingat lagi akan peristiwa ini kerana beliau ada bersama2 kami pada waktu itu dan kalau tak silap aku, Pak Nawi lah orang pertama antara kami yang mendapat maklumat tentang Pak Muda Tegayung.
Oleh kerana aku bukan seorang penari Inai, maka tidak dapatlah aku hendak menghuraikan bentuk tari dan bunga ragamnya dengan terperinci, cuma apa yang aku tahu Tari Inai ini boleh ditarikan oleh seorang atau lebih di dalam satu masa. Mengenai pakaiannya pula, samalah seperti pakaian pak yong di dalam permainan mak yong. Tetapi mengikut cerita dari gemulah Pak Nik Man, pakaian penari inai zaman dahulu adalah terdiri dari baju, seluar, kain samping, bengkong dan setangan iseh. Perubahan pakaian ini dikatakan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Ismail. Seperkara lagi yang sudah tidak dipakai oleh penari inai sekarang ini ialah canggar, iaitu sejenis sarung kuku yang dibuat daripada logam hujungnya halus melengkung keatas sama seperti yang dipakai oleh pak sitong dalam permainan menora.
Terdapat satu keistimewaan yang ada pada Tari Inai ini ialah apabila selesai saja menari, muzik pun akan memainkan lagu “Berjalan”. Pada masa ini para hadirin atau sesiapa saja boleh meletak duit di atas lantai dengan tujuan untuk melihat kecekapan penari meliuk tubuh dan berjalan mengguna tangan dan kaki secara terbalik sambil memungut duit dengan menggunakan mulut. Apa yang pernah aku saksikan sekarang ini duit yang dipungut itu adalah duit kertas yang sudah dilipat, dan pada bahagian penjurunya dilipat supaya terpacak keatas sedikit. Lipatan demikian untuk memudahkan penari memungutnya nanti. Kalu zaman dahulu, duit yang diletakkan di atas lantai itu adalah duit syiling, ini memerlukan kemahiran yang cukup untuk mengambil duit syiling tersebut. Pernah juga diceritakan kepada ku oleh Gemulah Ayah Mat Menara (Seorang dalang wayang kulit dan penari Inai ) sesaorang penari inai akan dianggap handal apabila dapat menari sambil berjalan di atas tali rotan yang diregang.
Seorang penari Inai sedang meliuk tubuh untuk mengambil duit dengan mulut.
Mengenai muziknya pula, mengikut apa yang aku pernah belajar dengan gemulah Pakcu Abu (Wee Beng Cheng), setiap pusingan lagu Tari Inai mengandungi 6 kali gong, iaitu 3kali gong anak dan 3kali gong ibu. sehabisnya paluan gong yang ke 6 maka barulah gong anak digandakan untuk menamatkan satu pusingan lagu. Atau dalam kiraan bar muzik setiap lagu Tari Inai mengandungi 28 bar semuanya. Jumlah kiraan gong atau panjang pendek lagu yang aku terangkan di sini samalah dengan apa yang pernah dimainkan oleh Nuar Beta, gemulah Paksu Umar tua Cabang Empat dan beberapa siri rakaman tari inai dulu2 yang aku sendiri pun tidak tahu siapa pemainnya. Cuma dari segi menggayakan lagu atau bunga2 lagu sahaja mengikut cara masing2, tetapi rangka lagu tetap sama.

Pemuzik Tari Inai: Baisah, Kamarul Bahari, Anuar, Aku, dan Pak Mail .
Namun begitu ada juga yang memberitahu kepada aku bahawa setiap pusingan lagu Tari Inai ini hanya mengandungi 4 kali gong sahaja. Aku pun malas nak bertanya balik kepada mereka2 yang berkata demikian, cuma di dalam hati aku sahaja yang tertanya2 “Mengapa terjadi demikian? atau mungkin ada sesuatu yang menyebabkan terjadi demikian, atau pun lagu ini mempunyai dua versi”. padahal lagu Tari Inai pun sama juga dengan lagu2 lain yang sudah ada penetapan panjang pendeknya dari dahulu lagi. Dua bulan yang lepas, seorang pemain gendang veteran dari Pasir Mas Kelantan datang ke tempat aku kerana menghantar anaknya yang dapat masuk Universiti. Sambil berborak beliau bertanya kapada aku berapakah jumlah gong yang sebenarnya di dalam satu pusingan lagu Tari Inai, lalu aku mengatakan bahawa apa yang aku tahu ialah sebanyak 6 kali. Menurut beliau, di Kelantan sendiri pun ada yang tidak bersependapat mengenai hal ini semenjak pemain-pemain lama sudah tidak ada lagi.
Beberapa tahun yang lalu, Tari Inai ini telah dibengkelkan dengan tujuan untuk mendedahkan tarian ini kepada generasi baru. Sempena dengan bengkel tersebut Nuar Beta mengajak aku pergi ke bengkel tersebut kerana mahu berjumpa mata dengan orang2 yang didatang khas untuk itu kerana kebetulan pada hari tersebut aku berada di rumah Nuar Beta. Sepanjang pemerhatian kami di dalam bengkel tersebut, pusingan lagu yang dimainkan semasa latihan sentiasa berubah-rubah, kadang2 3kali gong, kadang2 4kali gong. Aku dan Nuar saling berpandangan tapi kami tetap membisu kerana lagu Tari Inai yang dimain oleh Nuar dan aku sama saja, iaitu 6 kali gong.
Seminggu selepas itu, aku difahamkan bahawa terdapat juga rungutan dari peserta semasa sesi latihan tersebut. Apa tidaknya, apabila pelajar bertanyakan kepada pengajar mengapa pergerakan tarinya selalu saja berubah2, ada yang 3 kali gong, 4 kali untuk setiap pusingan. Pengajar hanya menjawab “Ikut saja apa yang saya buat” tanpa memberi penerangan mengapa terjadi demikian. Kalaulah begini jadinya secara berterusan, maka aku rasa agak susah kita hendak kembangkan kepda peringkat yang lebih tinggi lagi, apa lagi kalau menyentuh dalam hal yang berkaitan dengan teorinya.

July 31st, 2009 at 4:49 am
telan air liur gok lepas baca kisah tari inai nih…
kaya sungguh negeri kelantan..
kaya dengan seni budaya…
July 31st, 2009 at 8:41 am
ambo buleh nnari jugok..lipat pon buleh..huhuhu..
July 31st, 2009 at 10:10 am
Buleh lipat sunggoh, mugo dia bekasan pemain gimnastik ken tuh…
mlm baru ni dia meliuk kekoh taka derian nga mulut…habih 4 butir..hehe
July 31st, 2009 at 2:43 pm
aduhhh…pedihnya..hahahaa..
tari inai ni sejarah dia asal alek thailand jugok ko??
August 1st, 2009 at 11:08 am
“canggar, iaitu sejenis sarung kuku yang dibuat daripada logam hujungnya halus melengkung keatas sama seperti yang dipakai oleh pak sitong dalam permainan menora”.
canggar ko keresi ayohmat? ko sama jah. hok ambo tahunyo ore pgil keresi. tujuan pemakaiannya adalah untuk mencantikkan lagi liuk jari bila digerakkan.dale mokyong pon kalu tgok zamn dulu ado paka.dale tv nga buku maso kecik2 beso tunjuk.ko tari gapo tuh?
pakaian dio pulok supo mokyong. kalu tgok seni tari klate kbaykan pakaian supo mokyong.ini sbb pengaruh siam kalih.
tari inai ditarikan masa mjlis berkhatan anak pembesar negeri atau org2 besar…
August 2nd, 2009 at 7:05 am
- Yang ambo besa dengar nyo ore sebut canggar atau canggai, kalu keresi x besa dengar ore. takut tempat lain sebut lagu tu ambo x tahu lah pulok.
- Mana ada makyong ada pakai benda!!…mungkin tuan sanggupa tgk dlm tv tu ialah jenis taridra bakali.
- Bakpo gak demo ni berehi kata makyong ni pengaruh siam!!…makyong permainan ore melayu, asal tek sikit siam, asal tek sikit siam…acu demo gi aloh ko Bangkok nuh, ada ko tidak mokyong??..tp di Riau ada mokyong, di Deli Serdang Sumatra Utara ada mokyong..
August 2nd, 2009 at 8:07 am
so sori ayohmat..hehe..sebab slalu ada mindset seni kelantan bersadur dari Thai…hehee
August 2nd, 2009 at 11:06 pm
aaa..ajok thaksin main mok yong tow..reti ko dok..haha
ambo sediri pernah berada dalam dilema bila menyentuh pasal tari inai ini..datuk hamba memberi galakan penuh sehingga membawa hamba pergi ke rumah seorang guru tari inai di pasir mas untuk mempelajari seni ini..tapi bapa hamba menentang keras kerana ada keturunan saya telah menjadi lembut dan tidak boleh membuat kerja yang menggunakan tenaga kerana terlalu lama terlibat dlm tari inai ini..menangis hamba dipersimpangan ini..
merujuk pada cara pembelajaran muzik tari inai ini..kebanyakan tok guru klate tidak mengambil sampai tahap halusi soal ketepatan muzik..itu kesimpulan mudah bagi hamba…
August 3rd, 2009 at 12:13 am
keno doh…..kalu gitu siam ni terpengaruh nga melayu lah…
August 3rd, 2009 at 4:49 am
muslih lipat bulih tapi kot depe tupun 50^….sutuk…..
August 3rd, 2009 at 9:17 pm
gomo dohhh…aiii nak meliuk tehhh..
August 4th, 2009 at 2:18 am
lih dikir jah la x kena dok meliuk la…..wi kore lain hok x dok mene lagi
August 4th, 2009 at 12:23 pm
hahaha..gomo atah darat doh..kot depe mengakok make tanah..menete make embun..50 riyal rela meliuk nah..
August 4th, 2009 at 10:06 pm
yo lah
August 5th, 2009 at 12:49 am
ajok abe mat maskobi getek tow meliuk..
August 5th, 2009 at 3:08 am
maskobi tu tak berapa nk buleh doh meliuk loni..
kalu meluik dia buleh lagi kot dale kebun kelapa sawit mlm2…
August 5th, 2009 at 4:29 am
tarian asyik…
http://sanggupa.wordpress.com
mitok maah amik gmbr dr lokan bertepuk…mitok halal la deh hehe
August 6th, 2009 at 11:01 pm
tlg la jange ajok…
nak blh ko ko meliuk tu lambat jugak….mongweiiiii…..sidik berkat tanggung……?%@$%@$%
August 11th, 2009 at 9:48 am
buleh dok nk tahu lebih lanjut mengenai tarian inai ni…..
August 11th, 2009 at 1:19 pm
Demo keno g cari ore hok tahu pasal ni lah…
August 11th, 2009 at 10:44 pm
aaa..sene jawab..kalu sesat tanya ore..hahaha
August 12th, 2009 at 12:32 am
kita tak berehi nk kkecek pelawok getek…hehe
August 12th, 2009 at 3:48 am
tok cha dan tparok dia pelawok…hahaha..tp mugo kita bkn tok cha dih..
August 13th, 2009 at 1:03 pm
Pada suatu hari tok cha dok berehat atas wokaf, tiba ada 2 ore heret lembu curi lalu koktu. Katanya ore ccuri tu ko tok cha “kalu ada ore mari tanya psal ada ore heret lembu lalu kokni, tok raja kata takdak deh!!”…tok cha tu pun kata “ho kita tak gojat eh”…pahtu tok tu pun akat punggong gi beralih duduk tepat lain pulok..
Lebih kure setengah jam marilah puok2 ore kapung cari lembu dia kena curi kokre. Apabila sapa di wokaf tu, ore kapung pn tanya tok cha tadi takut2 dia ada napok ore wak lalu lembu curi koktu..tok cha pun kata “selama kita duduk di sini takdak lagi napok ore heret lembu lalu kokni”
Kalu jawape tok cha lagu tu, dikira pelawok jgk ko??
August 14th, 2009 at 4:57 am
haha…pelawok tetap pelawok…xkira duk umbi mana pun…
August 14th, 2009 at 7:53 am
tidak pelawok.. manipulasi fakta.. heheh
August 17th, 2009 at 9:54 pm
takut tok cha 2 bghaleh tepak doh eh ckit..
August 20th, 2009 at 5:51 am
statement dia tu betul dari undang2….tapi kalu kira saloh meme x leh lari kalu dengan hukum…
August 21st, 2009 at 3:57 am
mudah jjatuh hukum teh…hehe
September 11th, 2009 at 12:50 am
Apakah maksud Ayahmat ..Paksu Umar Cabang 4 tu adalah PakSu Umar Cabe 4 Tok Mek Ngah..
September 11th, 2009 at 2:53 am
ya…
September 11th, 2009 at 5:35 am
Sempat jugak ambo masa budak2 dok sila dengan dio… tapi dok cerita pasal main teri jah….hok lain xdam kerana masa tu dah nak g Mekah dan ambo meninggalkan kg.
September 13th, 2009 at 1:40 pm
sapo nk g mekah??
September 14th, 2009 at 6:11 am
rasa che umar merah xdan g mmekoh…ko che umar mana ni?
September 14th, 2009 at 6:38 am
Kalu paksu umar tua jong suna tu pn xdan g mekah jgk..
Paksu umar mana chepar nih hok g mekah???
September 16th, 2009 at 4:18 am
tok selampit dari perlis tu tok wan aku…tp sayang..dek kerana saudara mara yang buta budaya…hilang suma khazanah dia..yg tggal sehelai samping ja…
September 16th, 2009 at 1:24 pm
Aduh…sayang sekali..
kadang2 beginilah budaya setengah2 orang kita, masa penggiat tu hidup, tiada sapa pn yg ambil berat. Bila dah hilang suma, barulah menyesal…
Nasib baik jgk ada abang Ramli, kalau tidak dengan awang batil pn pupus habis…