TEATER HIROSHIMA
by lokanbertepuk ~ September 23rd, 2008. Filed under: Teater.
Telah berakhirnya sudah sebuah teater yng bertajuk Hiroshima. Teater ini buat pertama kalinya diangkat ke pentas pada 17 & 18 ogos 2008 sempena dengan Bulan Bahasa Sastera Negara 2008 anjuran bersama USM dan DBP Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM dan Pembangunan Seni dan Budaya USM.
Teater ini mengisahkan pengalaman benar pelajar Malaysia Abdul Razak Abdul Hamid (Bapa kepada Naib Canselor USM sekarang Y. Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak) sewaktu pengeboman bom atom di bandar Hiroshima pada 6 ogos 1945.
Sinopsis.
Bermula sebagai pelajar di Tanah Melayu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Hiroshima Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun, tanpa diduga Razak terperangkap dalam tragedi pengeboman bom atom pada 6 ogos 1945. Razak bercerita tentang pengalaman penuh tragis itu dalam struktur seorang narator, membicarakan isu-isu yang sarat dengan kelopak dan mawar kemanusiaan. Razak bersama-sama Pangeran Yusof, Syed Omar, Nik Yusof dan rakan-rakan pelajar yang lain berkongsi nasib mengharungi pahit getir hidup setelah terselamat di bawah ranap runtuhan kayu.
“Hiroshima” membalut murninya nilai dua bangsa , menampilkan sejarah Dr. Hamijima yg mendermakan darahnya untuk Syed Omar yg terkena kesan radioaktif. Darah sang jepun bercantum dan bersatu dalam tubuh seorang melayu. Razak adalah simbol, lambang seorang insan terpilih, terselamat antara ratusan ribu manusia untuk memberi jawapan pada dunia bahawa perang bukanlah ‘kapsul’ menyelesaikan masaalah. Kehidupan memrlukan damai dan tenteram, bukan ganas dan kejam.
Bersama Yaakob Aziz yang memegang watak Yamashita sedang menunggu persembahan bermula.
Teater arahan Seni Bayan (Pegawai Kebudayaan USM) melibatkan kira-kira 60 orang tenaga produksi dan pelakon yang juga terdiri dari sebahagian besar pelajar serta kakitangan serta beberapa orang pelajar jepun turut ditonton oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Naib Canselor USM, Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Y. Bhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Hamid, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara Hj. Arshad Rawian dan jemputan-jemputan lain.

Razak, Syed Omar dan Pangeran Yusof sewaktu menyelamatkan Obasan.
Untuk Seorang Razak
selain jujur bercerita
di matamu ada jawapan pada dunia
pada hatimu ada sisipan bunga cintauntuk melihat dan merasa
kedamaian di mana-mana
sehelai bulu merpati putih yang gugur
lalu singgah di telapak tanganmu itu
adalah pilihan Tuhan membenarkan
untuk kau terus ke depan
membasuh duka kekalutan
dan derita peperangan
di pentas Hiroshima yang sirna wajahnya
dalam debu dan radiasi yang tetumpah
kau adalah melayu yang gagah menafsirkan makna dan menterjemah
keperitan serta sumbang lagu perang
sedang katamu masih banyak irama yang boleh digubah
menjadi lunak kasih, merdu rindu, damai syahdu yang dapat dikunyah
ditelan lazat mengalir dalam isi dan darah.
terima kasih kerana mengizinkan sejarah itu
diangkat ke pentas berlampu
dipertonton dengan bijaksana minda dan lembut jiwa
sesiapa sahaja harus mengerti tentang kehidupan dan harganya
tentang aturan bumi manusia, khalifah dalam tanggung jawabnya.
kita terlalu kerdil bernyawa di anjung dunia
menyusun aksara untuk berkata
bahawa yang hebat seluruhnya
bukan kuasa-kuasa besar atau Amerika
hanya yang maha perkasa
Dia semata.
Senibayan.
Sumber: Buku Cenderamaata Teater Hiroshima.
October 6th, 2008 at 11:33 am
Selamat Hari Raya, Pak Mat..
aa.. sedih la tak dapat tgk teater Hiroshima tuh.. tapi saya dah minta dvd citer tu kat cikgu Mat dah.. huhuhu..
October 7th, 2008 at 1:00 am
Terima kasih Aki….pasal apa aki cepat sgt nk balik jepun konvo baru ni, kalau tidak, sempat la tgk. Mcmana dengan projek nk beli gamelan yg aki bincang ngan saya baru ni…jadi tak??
Rumah aki dengan Hiroshima tu jauh ko?
October 7th, 2008 at 11:42 am
Pak Mat…
Jadi, tak jadi… nak beli set gamelan tu nak kena cari duit dulu.. huhu… aki tgh dok pk mana nak cari duit.. tadi baru jumpa kawan2 main gamelan Jawa dan Bali. kat jepun gamelan dari sana saja yg ada..
Hiroshima tu jauh dari rumah saya.. tapi mak saya berasal dr Hiroshima. nenek saya masih ingat lagi keadaan masa kena bom atom tu.. memang teruk..
October 8th, 2008 at 8:32 pm
Apa2 pun duitlah yg menjadi masaalah skrg ini. Utk nk tempah satu set gamelan melayu pun kena ada sekurang2nya rm35.000 juga tuh, belum termasuk kos penghantaran ke Tokyo lagi tu…..Aki cari sponsor la dulu.
Ataupun buat wayang kulit la dulu.hehe
February 9th, 2009 at 11:32 pm
erms theater nie adaptasi dari novel Debu Hiroshima ke? mesti best kalo dapat tgk theater nie tp sayangnya USM tidak membenarkan org luar utk turut serta. mmg bebetol sayang sekali. isk isk isk
June 27th, 2009 at 3:55 pm
salam,…
terlihat komentar penange membuatkan saya tertanya2 adakah USM ini terlalu kaku dalam membuka pintu kerna harapan dan misi vc tinggi setinggi baitul hikmah di andalusia yang kini hanya tinggal mimpi,…
June 29th, 2009 at 3:49 am
teater Hiroshima tempoh hari dipentaskan selama 2 hari berturut turut dan dibuka kepada umum melalui hebahan poster,flyers,streamers dan rtm pulau pinang. Pintu terbuka seluas-luasnya dan terus akan dibuka.