TOK JANGGUT

by lokanbertepuk ~ August 24th, 2009. Filed under: Tradisi.

 

tokjanggut 

“Bergerak riadhatun nafs bersih suci dalam diri……Terbukalah selubung menembus segala hijab yang menyelubung…..Disisinya segala anak kunci keghaiban, tidaklah gugur daun-daun melainkan dengan setahunya, tidak pula suatu biji kecil dalam kegelapan bumi….Dan tidak ada yang basah, tidak ada yang kering.  Wajibul Wujud, Yang Hidup dan Yang Tegak Teguh…..Bagi-nya seruan Haq!!…Maha luaslah kursi-nya meliputi semua langit dan bumi!….Maha Luas dalam Malakut dan Jabarut-Nya…..Tidak tercapai ke lawang langit….Tidaklah akan usak-usainya…..Maha Besar dalam Zat dan Sifatnya…

Sempena dengan Upacara Konvokesyen ke 40, Ulang Tahun ke 40 Universiti Sains Malaysia dan sempena dengan Hari Kebangsaan ke 52, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya, Pusat Pengajian Seni dan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM telah menganjurkan sebuah teater patriotik yang bertajuk Tok Janggut bertempat di Auditorium Dewan Budaya USM pada 16hb Ogos 2009. Teater arahan Senibayan ini adalah satu produksi yang menggabungkan kakitangan Pusat Pengajian Seni USM, kakitangan Dewan Budaya USM, Himpunan Anak-Anak Kelantan USM, Penggiat teater dari Kelantan Darul Naim, Wak Khalid Salleh dan Sdra Azmeer.

  1. DSC02675         tok janggut 2_0002
  2.    Tok Janggut bersama sahabatnya

Di dalam babak pertama teater Tok Janggut telah dimasukkan unsur permainan wayang kulit dengan tujuan untuk melestarikan salah satu dari permainan tradisi yang semakin pupus sekarang ini. Disamping menjadi salah satu acara hiburan pada zaman itu, melalui permainan tradisionallah juga menjadikan salah satu tempat rakyat kelantan berkumpul pada malam hari untuk melepas penat lelah setelah membanting tulang berkerja pada siangnya. Peluang inilah yang diambil oleh En. Abdul Latiff seorang District Officer Pasir Puteh yang didatangkan dari Singapura berjumpa dengan orang-orang kampung bagi tujuan memperkenalkan sistem pungutan cukai yang dikeluarkan oleh pihak British.

tok janggut 2_0001 

Hj. Mat Hassan bin Panglima Munas atau Tok Janggut anak melayu jati Kelantan diperanakkan pada sanat 1268 bersamaan dengan TM 1850. Semasa ia lahir dari kandungan ibunya oleh uri yang tebal (Tebal Tembuni). Semasa berumur tiga atau empat tahun, Mat Hassan tersangatlah buas dan jika digigit oleh anjing atau di tanduk oleh binatang, tiada meninggalkan kesan luka pada kulitnya.

Semasa berumur belasan tahun, Mat Hassan sangat suka main bertikam buah anjung dan bertikam dengan menggunakan batang bemban muda yang dicelup kunyit dengan kapur dengan kawan-kawannya. Apabila berumur lapan belas tahun, Mat Hassan telah masuk jawi (Bersunat), dan apabila sembuh khatannya, Mat Hassan telah dijamu oleh bapanya bubur yang dicampur dengan uri yang disimpan semasa beliau lahir dahulu.

Takhala umur Mat Hassan genap dua puluh lima tahun, tersangatlah berani dan handal orangnya serta menjadi kepala bagi sekelian kawan-kawannya (Kepala Pengat) dan jika ada pencuri yang masuk kampung hendak mencuri, maka dialah akan memukul atau menikam pencuri tersebut.

Ada pun sifat tubuh Mat Hassan iaitu tingginya lebih kurang enam kaki. Bentuk badannya sederhana, warna kulitnta hitam manis, matanya bulat dan tajam pula pemandangannya serta kemerah-merahan alamat ia seorang yang berani. Dahinya luas, alamat luas kira bicara. Kepalanya besar tanda berakal dan rambutnya botak menunjukkan ia kuat berfikir dan kening lebat, tanda tetap didalam membuat sesuatu keputusan.

Pakaian yang digemarinya pula ialah dari jenis yang berwarna hijau. Senjata yang selalu ada di badannya ialah sebilah keris majapahit berhulu gigi luk sembilan iaitu keris pusaka dari bapanya. Budi bahasanya tersangat halus dan suka menolong orang yang ditimpa kemalangan dan kesusahan, tetapi beliau sangat juga sangat pembengis jika barangsiapa berbuat jahat atau zalim dan beliau pernah menikam orang yang berbuat zalim dengan kerisnya. Pernah Mat Hassan bertikam dengan seorang bernama Isa Berani dari kampung Pintu Pupuh dan akhirnya Isa Berani mati ditikam oleh Mat Hassan. Dikatakan sebelum Mat Hassan pergi ke Mekah, sebanyak lapan orang telah mati ditangannya, itu tidak termasuk yang tidak mati dibunuhnya. Beliau banyak menuntul ilmu dunia daripada guru yang bernama Dato’ Mekong Bujur di negeri Legeh.

Semasa berumur lebih kurang tiga puluh tahun, Mat Hassan telah mula menyimpan janggutnya sehingga panjang mencecah ke dada. Bermula dari situlah nama Mat Hassan lebih dikenali dengan nama panggilan “Tok Janggut”.

Tok Janggut naik haji ke Mekah pada tahun 1327H bersama sepupunya Tuan Guru Hj. Salleh kampung Alur Pasir Wakaf Berangan. Semasa di Mekah, Tok Janggut sempat berguru dengan Syekh Ahmad Al Fatani.

tok janggut 1_0003

Apabila British mengenakan cukai kepada rakyat Kelantan, ramai yang tidak berpuas hati. Tambahan pula En. Abdul Latiff iaitu Tuan Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang baru tiba dari Singapura selalu sahaja bersikap kurang ajar kepada orang-orang kampung ketika melaksanakan tugasnya untuk mengutip cukai. Lalu orang-orang kampung yang diketuai oleh Hj. Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali dengan nama Tok Janggut berserta rakan-rakannya seperti Tok Abas, Tok Hussin, Hassan Rimau, Berahim Teleng dan ramai lagi bangun dan menentang pihak British yang bersikap kuku besi. Mereka bergabung dengan Tengku Besar Tuan Ahmad iaitu pembesar di Jeram, Pasir Puteh Kelantan bersama-sama membentuk hampir tiga ribu orang dalam empat pasukan yang diketuai oleh sahabat-sahabat Tok Janggut.

Dalam peperangan itu, akhirnya Tok Janggut mati ketika sedang sedang berjuang menentang di medan perang. Mayat Tok Janggut dibawa dari pasir Puteh ke Kota Bharu dengan kereta lembu dan diarak diseluruh bandar Kota Bharu untuk tontonan rakyat jelata. Selesainya dibawa berkeliling di Padang Bank sebanyak tiga kali, mayat Tok Janggut disait (gantung songsang) di tengah Padang Bank selama satu jam. Kemudian mayatnya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan di sana.

tok janggut 1_0002

Skrip teater Tok Janggut dirujuk dari buku “Riwayat Hidup Tok Janggut” susunan Hj. Abdullah Amirah cetakan Sinaran Bros 1957. Hj Abdullah adalah  anak kepada Awang Merah, iaitu salah seorang rakan setia Tok Janggut sewaktu menentang British tahun 1915.

42 Responses to TOK JANGGUT

  1. datuk d

    panjang jugak riwayat Tok Janggut nih.. tapi yang pastinya apa orang nak kata pun ini lah antara pejuang bangsa…

  2. Ulasan Teater Tok Janggut USM – Lokanbertepuk.com | Weblog Salam Pantai Timur

    [...] 40 Universiti Sains Malaysia dan sempena dengan Hari Kebangsaan ke 52. Baca keseluruhan ulasan di blog Lokanbertepuk.com. Kongsi & Beritahu Rakan Anda [...]

  3. Rid

    Adakah “Tok Janggut” sekarang?

  4. Raja Budak

    Mintak izin dari Cikgu Mat, agar membenarkan saya Copy artikel ini, untuk disiarkan dalam blog Himpunan Anak-anak Kelantan USM http://www.haakusm.via.my/. Harap Cikgu Mat izinkan.. Terima Kasih

  5. lokanbertepuk

    silakan…hamba tiada keberatan..

  6. lokanbertepuk

    rid…kalu Tok Janggut yg dimaksudkan dgn Hj. Mat Hasaan bin Munas ni telah mati doh…kalu Tok Janggut lain ambo x tahu la pulok..

    Dlm tahun ‘70an dulu pn ada juga seorang tua di Negeri Sembilan mengaku sebagai Tok Janggut…kalu x silap masa tu Allahyarham Mat Kilau baru mengishtiharkan kpd orang ramai bahawa dialah Mat Kilau..

  7. arjunasukma

    hamba sendiri pun pernah terdengar riwayat dari seorang yg menuntut jugak la dlm bab ilmu batiniah ni..dia juga mengatakan tok janggut tidak mati..yang mati diserah kepada penjajah itu adalah sigh..bkn tok janggut.

  8. Lokanbertepuk

    sigh??…sigh benggali ko??

  9. abelanun

    Hang Tuah xmati
    Tok Janggut xmati
    Sedangkan mati itu BENAR….Setiap yang hidup pasti mati….

  10. sanggupa

    tok janggut ado lagi.gi pasir puteh jupo la dekat jale nok masuk sepital tuh SMK Tok Janggut.kg ambo ado sore bejanggut ore pagil aji man janggut hehe..

    kubur sebenar tok janggut di pasir pekan

    tok janggut adalah org alim ulama

    kalu di filemkan cito ni kan bagus

  11. arjunasukma

    hehe..nk try ngail ni..mana ketahu ada anak baung nak kutih..

  12. abelanun

    haha…ambo nak tunggu tengok ikan mana hok lekat mata ngail tuh

  13. datuk d

    ada berpendapat Tok Janggut bukan pejuang bangsa.. tapi Pengkhianat..
    wallahu a’lam

  14. aki di Tokyo

    Apa khabar, Pak Mat?

    kalau teater tu satu hari awal… aki sempat tengok hari tu kan..
    aa… sedih.. tak dapat tengok :(

    bila nak buat show di Tokyo, Cikgu Mat??

  15. muslih sang saka

    ambo pon ada terdengar oghe bbaghi mayat singh ggali tuh yang dikatakan tok janggut..dengar khabarnya,sebab oghe hok bunuh ggali tuu malu tokleh bunuh tok janggut,lalu dia bunuh benggali itu….

    kemungkinan berlaku jugak kalau tok janggut tok mati lagi pada masa 70-an tu…tapi bukti kukuh tok sure jugok…

    kalu tok janggut dilabel sebagai pengkhianat,semua pejuang tanah air ni pon pengkhianat la…huhu

  16. datuk d

    tak tahu lah.. kawe lih.. kawe tidak bekecek kosong lih.. nak tahu benda2 tu kena lalu tapisan halus pegawai keselematan kerajaan ehehe.. aloh laa..

  17. datuk d

    tidak kawe yang kata..

  18. sanggupa

    tok janggut berjuang kerana agama dan negara. sbb apa pejuang2 ni berjuang toser tunduk kepada penjajah,sbb xmahu kerajaan tunduk kepada penjajah kafir.bukan tak mahu kemerdekaan tanpa pertumpahan darah,tapi tak mahu duduk bawah telunjuk kafir. UMNO mendapatkan kemerdekaan tanpa darah,tapi kena ikut penjajah.buktinya, undang-undang lord reid jadi sumber hukum bukan quran dan hadis.kita masih terikat dengan british dari segi undang-undang dan pentadbiran.

    sempena kemerdekaan ini, marilah kita cari erti merdeka…merdeka!!!merdeka!!!merdeka!!!kita susuli kemerdekaan ini dengan keamanan dan kesejahteraan dengan cara islam.

  19. sanggupa

    kes sebat pramugari (minum arak) tidak dilakukan kerana apa??

  20. sanggupa

    maah ayohmat..lari tajuk hehe…
    tok janggut dok kg. Saring ko kg.Jeram….
    ado dop tinggalan tok janggut? sbb ambo dok pasir puteh tok temu pon hok ore kato tok janggut ni dok pasir puteh.takdok kesan kecuali riwayat mulut ke mulut.kubur pon pah ko pasir pekan…hehe

  21. Lokanbertepuk

    Patut sanggupa ni kena piat dulu…

    Mengikut cerita bari orang, memang takdak apa pn peninggalan tok janggut
    kecuali cucu cicitnya saja yg masih ada. Saya difahamkan semasa teater ini dibawa ke Kelantan pada awal bln ogos baru ni, ada diantara cucu tok janggut yg datang menonton.

    Berkenaan dgn ada yg mengatakan tok janggut sebenar tidak mati, mayat yg dibawa itu ialah mayat benggali….setelah ambo perhati gambar mayat tok janggut yg terdapat dalam buku “Tok Janggut pejuang atau penderhaka” terbitan Jab. Sejarah UKM 1999, ambo sendiri lebih yakin kepada itulah mayat tok janggut yg sebenar.

    Ambo ada baca juga buku “Riwayat Hidup Tok Janggut” yg diterbit pada november 1957. Buku ini ditulis oleh Hj. Abdullah bin Awang Merah… ambo yakin bahawa riwayat ini telah diceritakan oleh Awang Merah sendiri kpd anaknya dan pada tahun 1957 tu Awang Merah masih hidup lagi dan duduk di Besut Trengganu. Awang Merah ini yg berasal dari kg. Nering juga adalah pengikut tok janggut dan ada bersama2 semasa tok janggut menikam sarjan che wan.

    Dalam buku tersebut ada menceritakan sifat tubuh badan tok janggut, antaranya ialah:

    1. mata bulat dan tajam penglihatannya,
    2. tidak gemuk tidak kurus,
    3. dahi luas,
    4. kepala besar

    ke empat2 sifat ini ambo tengok sama dgn mayat dlm gambr tu, sedangkan tahun 1957 tu gmbr mayat tok janggut masih belum dijumpai lagi. Pahtu muka tok janggut dlm gambr tu ialah:

    1. muka melayu, bukannya muka benggali…
    2. pakaiannya pn pakaian melayu, bukanya pakaian benggali….
    3. janggut walaupun panjang tp jarang, benggali selalunya janggut lebat.

    Tentang ada yg mengaku tok janggut pada thn ‘70an tu, ada penyelidik yg mengatakan bukan tok janggut, kalau tak silap ambo penyelidik yakin orang tu adalah dato’ siamang gagap.

    Wallahua’lam bissawab.

  22. datuk d

    hehe.. ambo oyak tu tidak hok ambo ccaya..
    derah sanggupa melopat.. hahah..

  23. juka

    Tok janggut dah mati……..
    Memang dia yg mati…
    kalau bukan dia yg mati, lepas tu dia ada lagi laa….
    Pejuang bangsaku..

  24. moka

    sang gupa ko nk belit kot politik sokmo, tok janggut xdok kena mengena dgn umno… pah ko hok sebat nyo dok kait ko dio… cari kijoan jah tu…

  25. arjunasukma

    hahaha..berjuang..baso dia dah..berjuang nga muncung pena..ko guano sanggupa..haha..tp ore xlih..xlih gotu..hahaha..ambo naik atah pagar dulu..hehe

  26. sanggupa

    mugo islam tu buke atas nikoh kawin jah abe moka dio weh.buko mato sapa tutup mato keno dok atas islam.pah ko politik pon keno islam…supo tok janggut dio nok ko islam…dok gitu???

  27. moka

    umno tu buke islam ko sang gupa weh? lim kit siang ko presiden umno?

  28. sanggupa

    dasar tidok islam boh…ore islam…selagi tidak mengatakan hukum lord reid itu lebih baik dr hukum hudud dia masih islam…nok bice politik kito gi lain la moka maroh ko ayohmat tow haha…kot facebook sedak sikit.ayohmat mitok sere wat facebook so…rama dok kumpul sano nuh

  29. abelanun

    ambo xse masuk facebook…sbb bukan islam hok cipta…takut eh..

  30. Lokanbertepuk

    Bo la dok bekekoh sini nyo.

  31. datuk d

    acu kok palo teh..

  32. arjunasukma

    hahahaha…

  33. moka

    kok palo lutut…

  34. semuthitam

    isle hok nabi suruh dok molek2… isle lo ni suko gaduh2… pilih la

  35. Lokanbertepuk

    jolo tuh…

  36. sanggupa

    xdop gaduh2…cumo kalu ore mari oyak isle gak mulo la hok tokser dgr tu akat numbok hahah…ayohmat tow maah skali lg…smeta jah

  37. Rid

    Islam Minallah xpo… kalu Islam Minan Naas baik x payoh… Isle lloni kbanyokke hok bako jah buke hok khano ime x…

  38. sanggupa

    “Bergerak riadhatun nafs bersih suci dalam diri……Terbukalah selubung menembus segala hijab yang menyelubung…..Disisinya segala anak kunci keghaiban, tidaklah gugur daun-daun melainkan dengan setahunya, tidak pula suatu biji kecil dalam kegelapan bumi….Dan tidak ada yang basah, tidak ada yang kering. Wajibul Wujud, Yang Hidup dan Yang Tegak Teguh…..Bagi-nya seruan Haq!!…Maha luaslah kursi-nya meliputi semua langit dan bumi!….Maha Luas dalam Malakut dan Jabarut-Nya…..Tidak tercapai ke lawang langit….Tidaklah akan usak-usainya…..Maha Besar dalam Zat dan Sifatnya…

    kata-kata tok janggut ko ni ayohmat

  39. Lokanbertepuk

    kata-kata penulis skrip ni…

  40. Rid

    ghaso po beso ttengok ayt 2… tp x ingat mmano…

  41. Roadshow Pementasan Teater Keliling“Tok Janggut”15-21 Oktober 2009 | Weblog Salam Pantai Timur

    [...] Ulasan Teater Tok Janggut yang dipentaskan di USM pada 16 Oktober yang lepas. Masuk adalah PERCUMA dan semua di jemput hadir [...]

  42. encikx

    ado teater jugok deh, baguh la puok2 demo ni

Leave a Reply