Tuanamba Vs Tuan nama
by lokanbertepuk ~ May 12th, 2010. Filed under: Tradisi.Biasanya kalau dialog di dalam persembahan teater tradisional melayu seperti Bangsawan, Makyung, Wayang Kulit, Sandiwara dan purbawara, yang pernah aku dengar percakapan antara watak dengan watak lain yang tidak diketahui namanya, mereka akan menyebut “Tuan hamba’ iaitu panggilan hormat sebagai ganti nama kepada orang yang dilawan bercakap, seolah-olah darjat orang yang kita lawan bercakap itu kita tinggikan sebagai tanda hormat (Tuan) daripada kita yang merendah diri (Hamba). Di dalam teater Bangsawan contohnya, oleh kerana hampir keseluruhan dialog Bangsawan atau Purbawara memakai bahasa surat atau bahasa melayu baku, maka kita akan dapati perkataan ‘Tuan hamba’ ini disebut dengan sebutan yang jelas sekali mengikut ejaan yang sepatutnya.
Perlu dijelaskan juga bahawa dalam pemahaman orang melayu, perkataan ‘Hamba’ yang dimaksudkan di sini mempunyai dua pengertian:
1. Abdi, Budak @Orang suruhan.
2. Gantinama kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang (sebagai merendah diri). Dan ‘Hamba’ sebagai gantinama diri inilah oleh orang-orang Kelantan disebut “Amba”.
Oleh kerana dialog dalam teater Makyung menggunakan bahasa melayu loghat Kelantan sepenuhnya, maka sering kita akan mendengar perkataan ‘Amba’ ini disebut sebagai bahasa pengganti diri. Contohnya raja akan membahasakan dirinya ‘amba’ bila bercakap dengan pengasuh, tetapi pengasuh tidak boleh membahasakan dirinya ‘amba’ apabila becakap dengan raja.
Lagi pun perkataan ‘Tuan hamba’ ini berasal daripada dua perkataan yang mana setiap patah perkataan itu asalnya mempunyai mempunyai makna yang tersendiri, dan apabila dicantumkan, maka lahirlah satu makna yang lain pula.
Mengikut sebutan bahasa melayu standard: TUAN + HAMBA = TUAN HAMBA
Mengikut sebutan loghat melayu Kelantan : TUAN + AMBA = TUAN AMBA
Mengikut pendapat aku yang tidak berapa tahu sangat ilmu nahu dalam bahasa melayu ini, oleh kerana perkataan pertama (TUAN) berakhir dengan huruf N dan perkataan kedua (AMBA) di awali dengan huruf A, apabila disebut secara bersambung, maka akan jadilah TUANAMBA. Samalah juga kalau kita sebut perkataan PASAL APA secara bersambung, maka akan jadilah PASALAPA. Dan aku rasa kaedah sebutan begini bukan terdapat di dalam bahasa melayu sahaja, malah dalam bahasa lain pun.
Sahaja aku postkan topik ini untuk diperbincangkan kerana semasa aku menonton satu persembahan teater Makyung beberapa bulan yang lepas, cukup banyak sekali perkataan ‘Tuanamba’ diucapkan dengan perkataan ‘Tuan nama’ dalam dialog. Sebenarnya aku tidak tahu apakah sengaja disebut begitu atau si penyebutnya dari kalangan yang bukan fasih dalam loghat Kelantan tapi cuba menyebutnya juga, maka akan larilah tajwidnya…..
May 13th, 2010 at 12:16 am
Sengaja sebut ambo rasa..sebab masa menonton makyung di Ib tempoh hari,tuannamo jugok hok diguna..mungkn ada jugok hok ngajar suruh sebut sebgitu…huuhuh…
May 13th, 2010 at 9:17 pm
kita nak tanya ayahmat.. jika pengasuh tidak boleh nak membahasakan diri sebagai ‘amba’ kepada raja.. maka bahasa yang tepat adalah?
May 14th, 2010 at 12:11 am
pengasuh hendaklah membahasakan dirinya ‘Patik’ apabila bercakap dgn raja, permaisuri dan tuan puteri….. Tp pengasuh boleh membahasakan dirinya ‘amba’ apabila bercakap dgn orang biasa, sprt orang kampung, orang tua dll.
May 15th, 2010 at 10:45 am
nok mitok ayohmat komen hok ni…mitok maah masuk d entry hok x spatutnyo…
SithLord DarthVader: “antara nama kerajaan kelantan yg paling TERSOHOR (glamour) di masa dulu adalah SAMPUGITA…. SRI VIJAYA MALA…. MEDANG KAMULAN…. MEDANG BUMI…… MEDANG KILATAN…… Ada yg menyatakey bahawo TERENGGANU bulih namo negeri dio sabit dari melihat cahayo yg turun dari langit ko atah bukit Panau di tanah merah ( tmpt lahir Dato’ TUAH) sambil org2 terengganu menyebut ” TERANG ANU !!! TERANG ANU !!! ” maksudnya sesuatu yg terang (cahaya)…. Ado pun sejaroh BARHI (penceritaan lisan) menyatokey bahawo TUAH adolah lahir di bukit Panau ini… mengukuhkan cerito ini adolah KAPAK yg digunakn oleh ore dulu2 (dlm cerita P.ramlee HANG TUAH) yg mengamuk dan HANG BERSAUDARA pon juga menggunakan kapak… kalu ore dulu2 ore luar soho bena KENAL kelate ni nga KAPOK BUKUH (kapak bungkus)…. untuk mengetahui lebih lanjut dimanakah sebenarnya MELAKA yg disebut2 itu bulih la adik kakok cari sejaroh PELAYARAN LAKSMANA CHENG HO…. kira molek HARI perjalanan kapal demo tu dan kito akan jumpo sebenarnya MELAKA hk sohor tu dok mano….. wallahu a’lam…
http://www.facebook.com/photo.php?pid=326115&id=121610871183704&comments#!/profile.php?id=100000210105548
May 18th, 2010 at 12:16 pm
1. Utk nk pasal nama2 kelate purba, demo kena cari buku ‘KETURUNAN RAJA-RAJA KELANTAN dan PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH’ ditulis oleh Abdullah Nakula terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
2. Berkenaan dgn asal nama negeri trengganu tu hok ambo beso dengar masa ngaji sekolah dulu, cikgu oyak supo tu jgk, tp ayat ada lain sikit. Cahaya tu ‘TERANG HINGGA NU’…lama2 jadilah sebutan TRENGGANU.. wallahualam.. ada sebuah buku jawi cetakan lama yg membicarakan asal nama2 negeri di semenanjung ni, tp korek cari x jjupo eh..
3. Pasal cerita kata hang tuah ni beranak dibukit panau ambo x berani nk komen eh..tp manuskrip hikayat hang bertulis tangan yg tersimpan loni rasa2nya berasal dari kelate..
4. Masa ambo g ke Surakarta beberapa tahun dulu, ambo ada la beli buku ‘Muslim Tionghua Cheng Ho Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara’ tp baru baca sekerat jah, pahtu gak paka taroh pah ko loni…
May 23rd, 2010 at 11:32 am
napoknyo ado btul la apo hok sithlord darthvader oyak tu…nok cari buku tu maslah puloknyo…kalu x silp ayohmat ado dh oyak dlm dikirbart .net psl hg tuah asl dr klate mulo…nok cari smula x temu doh di ruangan post mn…nk kecek psl sjaroh ni tkut nya bedal ko ore sjaroh mugo kito kakah dgr ore ghoyak jah tu gak hahaha
May 24th, 2010 at 11:31 pm
Pak Lokan kena bukak satu bahagian untuk sessi bersoal jawab dengan Pak Lokan, pasti menarik dan penuh ilmu. Orang boleh bertanya di situ, dan Pak Lokan menjawab.
Tentang tuan nama, memang serius kesalahan tu sebab dah melanggar hukum tajwid mak yong. Perlulah disedari dan diperbetulkan segera.
May 25th, 2010 at 12:54 pm
aaa berat tugas tu tuan pegawai khalwat..jd mcm kounselor plak dah..
saya pun bkn alim sgt dlm bidang ni..dibuatnya x boleh jwb, kes naya..hehe