Tukang Tuning Gamelan
by lokanbertepuk ~ April 23rd, 2009. Filed under: Tradisi.Dikatakan bahawa kemasukan gamelan melayu yang pertama ke tanah melayu ini lebih kurang pada tahun 1835 iaitu dalam masa pemerintahan Bendahara Seri Maharaja Tun Ali Pahang. Semasa berada di Riau Lingga Bendahara Tun Ali sangat tertarik dengan persembahan gamelan, membuatkan beliau telah membawa balik satu set gamelan berserta dengan seorang pemainnya yang bernama En. Basut ke istana Pekan dengan tujuan untuk mengajar permainan tersebut kepada orang2 Pahang.
Dalam masa pemerintahan Sultan Ahmad Pahang terdapat tiga kumpulan gamelan yang dikenali dengan nama Joget Pahang. Tetapi apabila baginda mangkat pada tahun 1914, tiada seorang pun waris baginda yang berminat untuk meneruskan usaha menghidupkan kesenian ini yang menyebabkan Joget Pahang telah mengalami zaman kemalapan.
Bagaimanapun usaha untuk memperkembangkan kesenian ini berpindah pula ke Trengganu melalui perkahwinan antara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Trengganu dengan Tengku Ampuan Mariam anak kepada Sultan Ahmad Pahang. Beberapa orang pemain muzik dari Pahang juga telah dibawa untuk melatih kumpulan gamelan Trengganu iaitu Wan Ahmad, Pak Saleh, Che Ahin dan Che Wan Namat. Diantara anak muda Trengganu yg mendapat latihan dari pemain Pahang ini yang sempat aku temui semasa mereka masih hidup dulu ialah Abdul Jabar (Pak Bar), Muhammad Ismail (Pak Mat Nobat), Tengku Cik Othman (Pak Ku Cik). Setelah mangkatnya Sultan Sulaiman pada tahun 1942 berkebetulan pula dengan penaklukan jepun di Tanah Melayu, maka kegiatan Joget Gamelan Trengganu dihentikan.
Aku bersama Pak Mat Nobat
Setelah melalui beberapa proses untuk menghidupkan balik kesenian ini, akhirnya Joget Gamelan Trengganu telah diperkenalkan di kuala lumpur sempena dengan Pesta Muzik da Drama Asia Tenggara di Universiti Malaya pada tahun 1969. Pada tahun 1970 sekali lagi Joget Gamelan Trengganu telah dibawa ke Universiti Malaya sempena dengan Temasha Seni Melayu. Di sinilah pertama kali aku menonton persembahan Joget Gamelan Trengganu kerana dalam masa yang sama aku juga menjadi perserta di dalam kumpulan Makyung Sri Temenggung dari Kelantan. Peristiwa ini pernah aku ceritakan kepada sdra Asrulfaizal yang menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti malaya semasa aku dan beliau sedang minum di sebuah kantin bersebelahan dengan Dewan Tungku Casenlor tahun lepas.
Seingat aku, sejarah kemasukan gamelan melayu peringkat yang kedua ini bermula dalam tahun 1973 lagi apabila kumpulan SUKTRA telah membeli 1 set gamelan untuk mengganti set lama yang telah dipulangkan kepada Pahang. Semasa kepulangan almarhum guru ku dari Akedami Seni Kerawitan Indonesia pada tahun 1973, almarhum telah membawa bersama 2 set gamelan yang diperbuat dari perunggu. 1 set untuk kegunaan Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan dan 1 set lagi adalah pesanan dari Universiti Malaya. Bermula dengan pendedahan inilah orang ramai telah mula sedar yang kita juga ada mempunyai set gamelan yang bercorak kemelayuan disamping gamelan jawa yang sudah pun ada di negeri Selangor dan Johor, dan masing2 telah menempah set2 tersebut dari jawa Indonesia kerana tidak ada pembuatnya di sini. Sehingga sekarang aku anggarkan sudah melebihi 100 set gamelan berada di negara kita yang dibeli oleh orang persaorangan, syarikat, agensi kerajaan dan swasta, universiti, maktab dan sekolah.
Sedang melaras bunyi tiupan tabung dan bilah slentem utk mendapatkan bunyi yg panjang
Berbalik kepada set yang ada di KKBS tadi, nada yang asalnya ialah pelog sedangkan nada yang terdapat dalam gamelan Trengganu/Pahang adalah Pentatonik. Untuk memenuhi kehendak itu maka set tersebut terpaksa di tiun balik untuk menjadi nada pentatonik. Bermula dari sinilah aku diajar oleh guruku bagaimana cara meniun peralatan gamelan. Dengan berbekalkan sedikit sebanyak ilmu yang ada, pada tahun 1975 aku diminta oleh En Ariff Ahmad (Dr) untuk meniun set kepunyaan Universiti Malaya.
Memang menjadi lumrah kepada peralatan gamelan yang baru dibuat, lebih2 lagi yang diperbuat daripada perunggu (campuran tembaga timah) Alat ini akan berubah nadanya menjadi lebih tinggi dan tidak menentu antara satu dengan lain apabila dimainkan selama 2 atau 3 tahun atau bergantung kepada kekerapan kita bermain. Yang demikian semua peralatan ini perlu ditiun semula supaya nadanya selaras kembali. Berlainan pula dengan set gamela yang dibuat daripada besi, alat ini akan berubah nada apabila dipukul kuat kerana peralatannya lebih nipis dan harganya murah.
Meniun gong perlu berhati2 utk mengelak dari retak atau pecah.
Bagaimana pun aku sangat terhutang budi yang tidak terhingga kepada almarhum guru ku yang telah memperturunkan ilmu pengetahuan ini kepada aku yang mana kemahiran ini hanya dimiliki oleh beberapa orang sahaja di malaysia ini. Beliau juga mendapat bimbingan dari Bapak Reso Wiguno Wirun Bekonang Surakarta. Dengan sedikit sebanyak kemahiran dan pengalaman yang ada ini, aku sudah pun meniun berpuluh2 set gamelan kepunyaan sekolah, maktab dan juga Universiti di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, Pahang, Perak dan Selangor.
Jasa guru tetap ku kenang.
April 23rd, 2009 at 11:30 pm
-hambo tok pernah dengar lagi joget gamelan nih.. bagus artikel ni .. sekurang-kurang ada lagi oghe hok tahu tiun alat gamelan ni… (abih modal nok kata ggapo)
April 24th, 2009 at 6:43 am
smart weh dio jame mudo…..
April 24th, 2009 at 1:26 pm
nak tengok gamelan ko nak tgk tuan tiun ni?aaaa…
Mengikut pandangan Nik…proses pelarasan bunyi gamelan dan alat-alat berkaitan perlu orang yang ada sesuatu kepekaan yang tinggi terhadap bunyi. Deria bunyi memerlukan tahap sensitiviti yang amat tinggi. Maka sebab inilah jarang butir mata anak melayu malaysia layak mendapat sijil ini. Maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa…belajarlah wahai generasi muda…sebelum menjadi kewajipan bagi generasi kita mengusung gamelan 3 tahun sekali ke Indonesia..
April 25th, 2009 at 10:13 pm
Buleh blako deh…… Peturun sikit ilmu tu….
April 26th, 2009 at 4:53 am
hok ambo dok dgr masa kt um dulu, nk seting bunyi ni kena panggil ore indon mari seting bunyi dio… tapi rupo2nya ada jgk kt Malaysia ni hok blh seting…. ngupoh mahal plak tu nk seting goni…
April 26th, 2009 at 11:28 pm
banyak pandangan pasal gamelan lonih..tapi gak mentaliti kita payah jugok nok ubah sebab kalu sebut pasal gamelan ni..terlintas oghe indon slaluh…sebab indonesia ssohor ngan muzik2 pesen nih..
walaupun sudah menular di malaysia…gamelan tetap bergantung kemas dengan oghe indonesia..nok bekki alat pon beribu modal kena habis bawak gi ko indonesia…
April 27th, 2009 at 6:53 am
ambo biasa tengok Saudara Lokan Bertepuk tuning sambil bertinggung ajer..pejam mata pun boleh buat,bukan payah pun..naper la smpai nk antar indon kan?hekhekhek..
April 27th, 2009 at 10:03 am
1. Memanglah apabila kita sebut saja perkataan gamelan itu maka akan terbayanglah kita dgn org indonesia selalu, sbb perkataan gamel itu sendiri asal dari perkataan jawa yg bermaksud peralatan muzik yg dibunyikan dgb cara palu, ketuk, gesek, tiup dll. Kalu di kelantan kita org tua2 dulu sebut “Gong gendang”. Perkataan ini sudah cukup untuk memberitahu kpd kita bahawa bkn gong gendang sahaja, tp merangkumi semua peralatan muzik yg lain termasuk serunai n rebab.
Kadang2 org kita ni pn satu hal jgk, Malaysia nga Indonesia ni bangsa dan bahasa serumpun pun, tp apabila kita sebut perkataan gamelan maka pakat berasa Indon selalu. Tp kalu kita amik bahasa ore putih pahtu kita sebut kot melayu…demo x berasa ore putih pulak dah..
2. Alat2 ni memang dibuat di Jawa sahaja. Tempat lain takdak buat. Yg membezakan gamelan Indonesia dengan gamelan malaysia ialah tangganadanya sahaja. dari segi pandangan bentuk, oleh orang yg tak biasa dia anggap sama saja.
3. Biasanya jika alat2 ini hendak ditiun, bukanlah alat2nya yg dihantar ke Indonesia, sebaliknya orang2 di sana akan datang ke sini utk meniun. Ini akan memudahkan lagi kerja2.
4. Tentang saya tuning belan bertinggung tu kerana belorat sikit sbb tuan dia dok tunggu nk bwa balik. Kalu nk kira cermat gak tidak cermat la kijo pesen tu. Kalu nk bui lendik gak kena dudak lah..
5. Memang sya kadang2 tuning sambil pejam mata pn kerana cara penghayatan saya mmg begitu, lagi pn dlm hal tuning ni kita byk guna telinga, bkn guna mata..hehe
April 27th, 2009 at 2:23 pm
Tuning macam tuning suara rebana ubi ko ?
April 27th, 2009 at 10:16 pm
Dari segi pelarasan bunyi mmg lebih kurang rebana ubi la jgk iaitu mesti sama nada antara satu dgn lain. Tp cara pelarasan itu tidak sama dgn rebana ubi krn alat gamelan mempunyai bermacam2 bentuk alat.
April 27th, 2009 at 11:02 pm
- lagu gamelan hok paling kita minat ialah Timang Burung heheh..
May 1st, 2009 at 1:18 am
Pak Lokan kito ni ore panggil ore 4 tapang….. Doh la smart,pandai pulok tu…..
May 3rd, 2009 at 11:53 am
Rudy kedai menanti dok cari nuh…
May 3rd, 2009 at 12:37 pm
Kenal ko ? Kakak tu loni koho smart….
May 3rd, 2009 at 8:40 pm
Bakpo tak kenal nyo!! muga anak murid kita jgk…
May 4th, 2009 at 1:10 am
ada dok seni muzik kita yang bercambah dari gamelan ni??
pah adakah rumpun cak lempong tu satu base ngan gamelan….
acu ayohmat tra hurai….nok tahu jugok…
May 4th, 2009 at 9:18 am
Jame skoloh lagi kakah tu brehi main mene….. Rjeki dio hok Tuhan buie. Lamo tok jupo kakah tu…. Buleh anok doh eh..
May 4th, 2009 at 10:18 am
Buleh anok guano nyo…bbini pn dok lagi..
May 4th, 2009 at 10:56 am
Pada pandangan saya, tak ada satu pun muzik kita yg menerima pengaruh dari gamelan ini secara khusus. Kebanyakan alat muzik tradisional kita adalah terdiri alat2 yg memainkan rentak sahaja kecuali rebab dan serunai, itu pun tidak pernah digabungkan antara kedua2 alat tersebut.
Berlainan dengan alat gamelan yg boleh dikatakan 90% alatnya boleh dibuat melodi lagu bahkan boleh dimainkan sehingga berpuluh2 orang.
Kalu nak dikirakan secara am maka kebanyakan alat muzik yg dimainkan di nusantara, nusa kencana dan nusarantang ini semuanya adalah terdiri dari alat gamelan. Saya berkata demikian kerana merujuk kpd perkataan gamelan itu sendiri yg berasal dari perkataan jawa iaitu “Gamel”, yg bemaksud sekumpulan peralatan muzik yg dimain dengan berbagai cara sprt palu, ketuk, petik, gesek, tiup dll.
Sebagai contohnya alat canang. Semua tempat2 yg saya sebutkan di atas tadi ada menggunakan canang, tp oleh kerana antara satu tempat dgn tempat yg lain itu mempunyai budaya, citarasa dan bahasa yg tersendiri maka sudah tentu bentuk canang itu agak berlainan antara satu dgn lain, bagaimana asas bentuknya tetap sama.
Kelantan = canang
Trengganu = keromong
N. 9 = caklempung
jawa = bonang
sabah = kulintangan
Ini belum termasuk Thailand, Kemboja, Burma dan Philiphine lagi yg mempunyai peralatan muzik dari keluarga canang ini juga cuma dipanggil dgn nama masing2.
Kalu demo tak berapa cerap kena tanya semula pulok lah..
May 4th, 2009 at 11:01 am
Pandai sungguh …..
May 4th, 2009 at 11:22 am
Aeh… ambo tak pandai mana… tahu hudoh2 gitu jah.
May 4th, 2009 at 12:58 pm
bila lah aki nak dapat Gamelan… cari duit lagi ni..
hari ni pegi tengok konsert Gamelan Bali di tokyo. memang berbeza pd gamelan malaysia. seronok nak dengar. Gamelan Jawa pun popular di Jepun. Gamelan m’sia je la takde lagi. hehe..
May 4th, 2009 at 1:20 pm
panggil orang malaysia la skali..hehe
May 4th, 2009 at 2:42 pm
Merendah diri la pulok…. Pak lokan memang ore malaysia serba boleh…. Ajar la ambo ckit2.
May 4th, 2009 at 9:39 pm
Aki = baru ni prof Tan Sooi Beng ada beli satu set melalui en. sulung, harga sekarang ini rm40,000 .00 lebih. Bln lepas dia pergi ke jepun mungkin jumpa dgn aki kot.
May 4th, 2009 at 9:46 pm
Izani = ambo kata doh ambo ni tahu sikit2 jah…hok ada di kelantan nuh pandai lagi pada ambo. Sbb itu ada di antaranya terpaksa memperlekehkan ore lain krn nk angkat bakul sendiri..hehehe
May 4th, 2009 at 10:41 pm
a’ah, Aki jumpa Prof. Tan di Okinawa (sebuah pulau terletak di paling selatan di Jepun). dia ada citer juga beli satu set gamelan.. tu yg aki rasa nak beli juga set gamelan.. tapi dia kata mungkin nak import kat jepun tu lagi mahal la sbb jepun lagi jauh.. takpe.. Aki try cari jalan.. hehe..
May 12th, 2009 at 7:49 am
adakah sama cara yang digunakan oleh pak lokan dengan cara yang digunakan oleh Mascobi yang berasal dari Russia dalam tuning gong dan canang dikir barat…boleh cerita sedikit tak persamaan dan perbezaannya…
May 12th, 2009 at 10:33 am
Tengok bakul2 pulok….. Pak lokan.
May 12th, 2009 at 6:52 pm
Sebenarnya saya belum lagi melihat bagaimana mascobi buat keja tu, jadi tak dapatlah saya nk ceritakan persamaan atau perbezaannya…
May 12th, 2009 at 8:28 pm
untuk pengetahuan mie kkebah..ryan coire maskoby menggunakan teknologi terkini utk mencari suara gong..yakni menggunakan mesin tukul lapik nga kain buruk..;.)
May 13th, 2009 at 12:28 am
Ryan Coire Mascoby Karpov juga masyhor dengan teknik gasur kulit rebana…
May 14th, 2009 at 4:30 am
Jack Sapyro pulok lagu mane ?
May 14th, 2009 at 5:37 am
kadang2 beliau juga menggunakan tapak kaki beliau sendiri sebagai salah satu alat peniunan instrumen idiofon..
May 14th, 2009 at 8:37 am
Seni tapak kaki la tu ye……
May 16th, 2009 at 1:59 am
Kalau begitulah keadaannya maka teknik beliau lebih advance dari teknik saya…haa gituh.
May 18th, 2009 at 1:23 am
Pakat2 doakan moga KDYM Sultan Kelantan cepat sembuh….
June 22nd, 2009 at 11:49 pm
Saudara boleh tiun piranti gamelan jawa? Kami orang jawa di johor pun belum pandai tuning..
June 23rd, 2009 at 1:00 am
Yg biasa saya tiun ialah gamelan laras pentatonik, iaitu yg disebut sebagai gamelan melayu… kalau laras gamelan jawa sprt pelog dan slendro saya belum pernah lagi. walaupun semua gamelan ini dibawa masuk dari jawa.
July 14th, 2009 at 12:03 am
yg sia tahu gamelan melayu pun belinya di Jawa, tepatnya di Solo, iaitu di tempat Bapak sukirman ataupun di tempat Bapak Tentrem, so yang aki tiun ni gamelan yang dibuat sendiri kah?
July 14th, 2009 at 10:29 am
Memang gamelan melayu kebanyakanya dibeli dari Solo Jawa Tengah kerana di Malaysia tidak ada pembuatnya. Di Malaysia terdapat beberapa buah syarikat yang membekalkan peralatan gamelan dari jawa jika ada pesanan. Biasanya gamelan yang dibawa masuk dari Jawa adalah terbuat dari perunggu dan besi.
Oleh kerana gamelan besi ini selalu mengalami masaalah berubah nada kerana dimainkan oleh murid2 sekolah yg tidak mempunyai pengalaman, maka gamelan jenis inilah yg saya selalu tiun..bukan gamelan yg saya buat sendiri..
p/s Bapak Sukirman sudah meninggal dunia beberapa tahun yg lepas.
July 14th, 2009 at 7:03 pm
Kasut merah ni ore jawo ke…… Ingat ayoh mat kita ni ore kemaca ko ?
July 15th, 2009 at 2:15 am
itu bahasa urang sabah bah..
August 2nd, 2009 at 7:55 am
En. Mat…. buat facebook…..
November 9th, 2009 at 4:08 am
Salam,
Boleh tuan berikan nama ukiran pada rak atau kotak alat-alat gamelan Melayu. Adakah sama motifnya dengan gamelan Jawa.
dan, rak atau kotak berkenaan diperbuat daripada kayu apa?
November 9th, 2009 at 4:12 am
Dimaklumkan ada lebih 60 buah lagu gamelan. Cuma 30 lagu sahaja yang masih dikenalpasti. Manakala hanya sebahagian daripada 30 lagu berkenaan dimainkan sehingga kini. Boleh tuan senaraikan lagu-lagu tersebut.
Dan, boleh saya tahu asal-usul lagu tersebut.
November 9th, 2009 at 9:06 am
Setakat yg diketahui rak dan kotak (pangkon dan rancak) gamelan melayu tidak terdapat ukiran, ini merujuk kpd alat yg masih ada di muzium pahang.
Kaki rancak bonang hanya berlarik dan rancak kenong pula memakai mumbong seperti pintu rumah melayu. Mengikut cerita, bentuk yg ada itu adalah dibuat oleh Sultan Sulaiman Trengganu. Munkin juga baginda membuat bentuk yg tersendiri kerana dikatakan baginda telah membawa balik 1set peralatan gamelan dari jawa.
Setelah permainan gamelan melayu berkembang di Malaysia pada awal tahun “70an, semua pesanan alat dibuat di jawa tengah iaitu di Solo Indonesia kerana kepakaran pembuatan alat ini tidak ada di Malaysia. Begitu juga dengan rancak dan pangkonnya sekali, semuanya dibuat di Solo dari kayu jati. Oleh kerana pembuatnya terdiri dari orang di sana maka sudah tentu bentuk rak dan ukirannya pun mengikut bentuk gamelan jawa kecuali satu set sahaja yang ditempah oleh kerajaan Trengganu mengikut bentuk gamelan Trengganu yang asal, iaitu pada tahun 1973 setelah gamelan yang ada di Trengganu dipulangkan ke Pahang.
Pada satu ketika terdapat juga teguran dari pemesan2 di Malaysia yang tidak mahu kepada ukiran naga yg dibuat pada tebeng rancak bonang, setelah itu motif ukiran telah ditukar menjadi bentuk bunga raya. Bagaimana pun bentuk2 yang yang lain masih mengikut tradisi gamelan jawa, sebagai contohnya kaki rancak bonang masih lagi berbentuk kaki harimau.
November 9th, 2009 at 12:53 pm
Mengikut catitan Allahyarham Ahmad Omar Hj. Ibrahim di dalam buku yang bertajuk ‘Joget Gamelan Trengganu & Pahang’, sebanyak 50 buah nama lagu gamelan melayu (Pahang/Trengganu) telah disenaraikan dan drpd 50 lagu tersebut hanya 30 buah lagu sahaja yg dapat ditulis dlm bentuk notasi angka. Yang selebihnya mungkin pemain2 tua pada masa itu sudah lupa kerana masing2 sudah berhenti bermain semenjak tahun 1942 lagi dengan kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 21 mei 1942.
Antara nama-nama lagu yang disenaraikan ialah:
1. Ayak-ayak 26. Perang
2. Lolor 27. Perang Selinan
3. Lonang 28. Manggung Mati
4. Kilas Dayung 29. Lancang Kuning
5. Togok 30. Ayak-ayak Dalam
6. Tambang Burung 31. Manggung
7. Timang Sawit 32. Sembawa Balik
8. Lantai Lima 33. Tiong Semarang
9. Anom/Nongga 34. Arak-Arak
10. Gagak Seteru 35. Serakas Tunggal
11. Ketawang 36. Rangu-Ranggu
12. Bayan Budiman 37. Bujang Emas
13. Selanting 38. Barung Atas Gunung
14. Ketam Renjong 39. Tongkang Masuk
15. Topeng 40. Seri Rama Balik
16. Perang manggung 41. Ulik Mayang
17. Wani-Wani 42. Engkuk
18. Geliong 43. Ganda Mangu/Ganda Ranggu
19. Lambang Sari 44. Damak
20. Baba Layar 45. Galuh Ganjur
21. Buyong 46. Dendang
22. Antawada 47. Perang Besar/Perang Seri Rama
23. Gambuh 48. Gandur Melati
24. Timang Inu 49. Payung Patah
25. Kunang-Kunang Mabuk 50. Baharong
Di dalam catatan yang lain pula ada menyebut beberapa nama buah lagu lagi yang tidak tersenarai di atas.
1. Gambuh Menari
2. Gambuh Menyanyi
3. Gendong Gajah Mati
4. Irap-Irap
5. Ranting Reba
Tentang asal usul lagu, saya berpendapat sesetengahnya ada yang berasal dari Riau Lingga yang dibawa masuk ke Pahang bersama gamelan dan pengajarnya dan ada juga yang mengatakan sesetengah lagu tersebut hasil ciptaan Sultan Sulaiman.
Di dalam senarai lagu di atas ada juga judul lagunya yang mempunyai persamaan judul dengan judul lagu gamelan jawa, bagaimana pun teknik permainan dan sekala lagu antara gamelan melayu dan gamelan jawa amat berbeza sekali. Mungkin penciptanya hanya meminjam judul lagunya sahaja utk diberi judul lagu dalam gamelan melayu.
Wallahua’lam..
November 9th, 2009 at 10:33 pm
Menurut orang tua-tua yang berpengalaman main gamelan. Terdapat ritual-ritual dan pantang larang yang diamalkan sebelum memulakan gamelan. Boleh saya tahu ritual dan pantang yang bagaimana. Menurut guru saya ada beberapa pemain kadang-kadang bertingkah aneh seperti menari-nari di atas bonang dan sebagainya. Benar kejadian ini berlaku?
November 9th, 2009 at 10:39 pm
Saya di fahamkan yang orang Jawa dahulu yang membawa masuk gamelan ke tanah Melayu berbanding Bendahara tun Ali yang membawanya dari Riau Lingga dan atas perkahwinan diraja Pekan – Penyengat. Saya ada “teori” sendiri mengatakan mungkin orang Jawa sudah membawa masuk gamelan setelah perkahwinan sultan melaka dengan puteri majapahit, Raden Galuh kerana alat gamelan disebut secara jelas dalam Sejarah Melayu.
November 9th, 2009 at 10:55 pm
Gendang adalah pemimpin gamelan. dalam notasi gamelan, not setiap alat gamelan adalah sama. Tetapi gendang berbeda. Bonang dengan peranannya. Kenung dan gong sebagai penanda. Saya pernah bermain gendang, tetapi saya hanya belajar satu teknik sahaja. Saya tidak belajar lebih daripada itu. boleh jelaskan teknik-teknik yang tuan tahu?
November 10th, 2009 at 11:32 pm
Sebenarnya saya sendiri belum melihat upacara ritual yg dilakukan sebelum bermain gamelan ini, cuma saya pernah mendengar dari kawan saya seorang pemain gamelan dari Trengganu yg menceritakan bahawa memang ada upacara tersebut dilakukan oleh orang tua dahulu. Tp apabila mereka2 ini sudah meninggal, upacara tersebut tidak diamal lagi oleh generasi kemudian.
Berkenaan dgn penari yg menari di atas bonang dsb itu dikatakan mmg berlaku pada zaman dahulu kerana penari mmg sudah menerima orentasi kearah itu yg mana apabila sampai ke satu peringkat, penari2 akan menjadi lupa (trance). Didalam sebuah manuskrip lama yg bertajuk “Joget Pahang” ada menyentuh tentang peristiwa ini, bahkan Frank Swettenham pun ada menceritakan perkara yg sama semasa beliau menontan persembahan tarian gamelan di istana Sultan Pahang pada tahun 1878.
November 11th, 2009 at 12:40 am
Mmg ada cerita mengatakan gamelan telah dibawa masuk oleh orang2 jawa ke Tanah Melayu sebelum Bendahara Tun Ali Pahang. Tome Pires seorang penulis Pertugis mengatakan bahawa unsur seni dan pewayangan di Melaka pada abad ke-16 adalah bercorak jawa.
Namun demikian saya berpendapat bahawa tradisi gamelan yg berasal dari Riau Lingga dan gamelan jawa sangat berbeza..Sbb itu kalau kita lihat gamelan jawa yg terdapat di Johor dan Selangor yg sermemangnya dibawa masuk oleh orang2 jawa semasa penghijrahan meraka dengan gamelan Pahang/Trengganu sgt berbeza sekali, baik dari segi komposisi alat, tangga nada dan teknik bermain.
November 11th, 2009 at 3:48 am
ada soalan lagi tuan?silakan…hehe
November 11th, 2009 at 4:06 am
Ada.. tuan masih berkhidmat di USM?
November 11th, 2009 at 10:13 am
Sebenarnya teknik bermain gendang gamelan jawa lebih banyak dari teknik gendang gamelan melayu, kerana kalau kita perhatikan irama lagu gamelan melayu yg tradisional lebih kurang sama saja antara satu dgn lain walau pn dlm sesetengah lagu ada mengandungi teknik cincang dan turun gambang.
Kecuali dlm lagu2 gubahan baru yg dibuat untuk memperbagaikan lagu2 gamelan sesuai dgn selera masakini, ada dimasukkan teknik gendang yg diambil dari rentak semasa atau saduran dari teknik gendang gamelan jawa.
November 16th, 2009 at 5:14 am
ya..lokan bertepuk masih berkhidmat di USM, Penang..hehe..(tlg jawab)
November 22nd, 2009 at 3:50 am
salam….untuk satu set gamelan melayu berapa harganya
November 22nd, 2009 at 3:57 am
salam….untuk satu set gamelan melayu besi berapa harganya
November 22nd, 2009 at 11:02 am
Saya pn tak tahu harga yg sebenar sekarang ini sbb saya bkn pembekal, tp kalau tak silap saya harganya sudah memncecah belasan ribu rm jgk….
January 6th, 2010 at 5:24 pm
Salam,
Sekadar tolong menjawab, satu set Gamelan Melayu yg diperbuat drpd besi berharga sekitar RM15,000 termasuk cukai & kos pengangkutan (sampai ke KL).
Pak Lokan, siapakah “guru” yg disebut mengajar Pak Lokan kemahiran melaras alat gamelan? Arwah Pak Ayub Ismail ya?
January 8th, 2010 at 7:27 pm
lambangsari–> arwah Pak Ayub adalah salah seorang guru saya yg byk membimbing saya, selain dari dia ada, beberapa orang lagi yg sya sempat belajar dgn tidak secara formal..sprt arwah Pak Sukirman..
February 4th, 2010 at 10:35 am
saya pun nak tahu harga set gamelan yang rasa2nye sekolah mampu bayar…cadangan nak buat aktiviti gamelan untuk kelab seni budaya sekolah saya…harap dapat bantu…
April 8th, 2010 at 12:16 am
Salam,
Sekadar bertanya, pada pandangan Pak Lokan, sesuai tak murid sekolah rendah umur 10-12 diperkenalkan dengan muzik gamelan nie. Teringin rasanya nak buat Kelab gamelan untuk sekolah, tetapi pengetahuan saya dalam bidang muzik sangat terhad. Bila terbaca kos brang-barang sampai RM15K, terus hilang semangat. Untuk makluman, saya hanya cikgu muzik disalah sebuah sekolah di bandar kuala terengganu..
April 8th, 2010 at 5:45 am
Waalaikumsalam…mmg dh sesuai murid berumur 10-12 tahun kita dedahkan kpd muzik gamelan. Berkenaan dgn peralatan itu saya rasa mungkin pihak sekolah tidak mampu utk membiayainya…cuba cikgu tanya kt ppd sbb saya ada jg mendapat khabar ada set2 gamelan drpd kementerian yg diberi kpd sekolah2… sek rendah atau sek menengah saya tak pasti..
April 8th, 2010 at 12:12 pm
berperihal pasal gamelan ni, rugi sgguh ambo x amik kursus elektif maso di utm dulu. seingat adi, muzik gamelan ada dimainkan semasa tetamu kehormat memasuki dewan semasa hari penganugerahan / konvokesyen. hok jadi peliknya, raso berdiri habih bulu roma..:)
April 8th, 2010 at 1:05 pm
aaaa…. kuat sekakloh juga angin kalu setaro ni…
April 9th, 2010 at 3:19 am
diri bulu romo selaluh adi gak eh…
June 23rd, 2010 at 9:18 pm
Saya harap Cikgu Muzik janganlah patah semangat mendengar harga set gamelan yg agak tinggi… begitulah harganya, setelah dikira segala kos bahan mentah, pembuatan, pengangkutan dari Solo, Indonesia ke KL, cukai & insurans. Nak buat macam mana, saya sendiri dah 10 tahun bermain gamelan tapi masih tak mampu nak ada instrumen sendiri, hanya menumpang set gamelan orang lain yg sudi mengajak saya bermain sama.
Setahu saya, memang Kementerian Pelajaran pernah buka tender utk syarikat2 yg berminat membekalkan instrumen muzik termasuk gamelan ke sekolah2, tapi saya kurang pasti pula bagaimana sistem pemilihan sekolah mana yg layak mendapat instrumen2 tersebut. Mungkin Cikgu Muzik boleh bertanya dgn orang2 kementerian. Salah sebuah sekolah yg saya ajar di Putrajaya pula menggunakan duit PIBG sendiri utk membeli set gamelan, jadi sekolah ini dapat menempah set gamelan tersebut mengikut kemahuan mereka, contohnya menambahkan bilangan instrumen serta ukiran lencana sekolah pada bahagian kayu; yg mana tidak terdapat pada instrumen yg dibekalkan oleh kementerian.
Selain itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga bekerjasama dgn Kementerian Pelajaran melalui Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB); dgn menyediakan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) utk sekolah2 yg berminat sama ada dlm bidang muzik/tari/teater/gasing. Pihak sekolah boleh meminta jurulatih yg khusus dlm instrumen muzik tertentu, seperti gamelan/cak lempong/kompang/muzik asli & lain2 (bergantung kpd jurulatih yg ada). Mana2 guru di sekolah juga boleh memohon menjadi JSBN, dgn syarat menghadiri kursus & lulus ujian. Jika sekolah tidak dpt menyediakan instrumen yg ingin dipelajari, maka murid2 boleh dihantar ke Taman Budaya negeri, jadi JSBN dpt mengajar mereka menggunakan kemudahan yg ada di situ. Apatah lagi Cikgu Muzik berada di Terengganu, sebuah negeri yg menjadi ikon sejarah gamelan Melayu, jadi cikgu sgt dekat dgn sumber2 yg boleh membantu. Mungkin cikgu boleh berhubung dgn Aseni, UDM (sekarang dah jadi UniSZA) atau Muzium Terengganu kerana mereka ini ada set gamelan sendiri.
Maaf ye, Pak Lokan… panjang lebar pula menulis di sini. Sekadar ingin membantu pihak2 yg berminat meneruskan warisan tradisi bangsa. Kepada semua peminat2 gamelan, jemput datang ke Festival Gamelan Sedunia ke-2 pada 23-25 Julai 2010 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Sebelah pagi diadakan bengkel asas gamelan Melayu/Bali/Jawa manakala acara persembahan pada sebelah malam. Lewat petang juga ada pocket show oleh kumpulan2 gamelan tertentu. Masuk percuma
June 23rd, 2010 at 9:54 pm
Terima kasih kepada Lambangsari krn sudi memberi penjelasan.
Berkenaan dgn Festival gamelan dunia ke 2 di Kuala Trengganu julai ni,
sdr Sulung sudah pun memaklumkan kpd saya dan mungkin saya
juga akan hadir Insyaallah.
June 23rd, 2010 at 11:54 pm
salam lambangsari dan pak lokan.. boleh tak mitak penganjur Festival Gamelan Dunia untuk memanjangkan jemputan kepada Bahagian Dasar Khazanah dan Warisan Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.. ?
June 23rd, 2010 at 11:59 pm
Oh. nanti saya maklumkan kpd penganjur festival, Muzium Negeri Terengganu. Perlu ke diletak sebarang nama (u.p.) dlm surat jemputan tersebut?
June 24th, 2010 at 12:03 am
boleh juga.. (u.p. Encik Mohd Dian Nais)..
July 16th, 2010 at 8:26 am
Nak tanya di mana boleh saya dapatkan pemain muzik gamelan untuk majlis ?
Harap dapat jawapan dari member menber.
Terima kasih membantu
July 18th, 2010 at 2:25 am
Azman ni ada kt mana?
July 24th, 2010 at 12:12 am
Saya salah seorang daripada cicit Pak Mat Nobat anak kepada Hashim Nasi Minyak! Harap mendapat lebih informasi berkaitan Nobat yang diceburi oleh moyang saya!
July 25th, 2010 at 3:35 am
Salam Noriza…..Nobat yg moyang sdra ceburi ialah Nobat Trengganu.
Mengikut apa yg tertulis dlm buku Lambang Sari: Tari Gamelan Trengganu (1986, ms 14) Sultan Zainal Abidin III mempunyai hubungan keluarga yg erat dgn keluarga diraja Lingga. Ia meminjam Nobat dari Lingga beberapa kali bila mengadakan kerja-kerja besar. Pada 1917 Sultan Zainal Abidin menerima alat nobat dari waris Sultan Abdul Rahman dan Tengku Muhammad membawa ahli2 pemain nobat dari Lingga untuk mengajar lagu-lagu nobat yg asal kpd pemain2 nobat Trengganu.
Dalam buku ‘Trengganu Dari Bentuk Sejarah’ tulisan Hj. Muhammad Saleh b. Awang (1978, ms 308) mengatakan dalam masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah baharulah diadakan nobat sendiri dibeli dari Riau serta dibuat sedikit pindaan pada alat2nya.
Pernah sekali saya menziarah moyang sdra awal thn ’80an dahulu (dekat kedai tanjung) tp tidak pernah bertanya pasal nobat pula. Cuma saya biasa mendengar cerita dari orang lain bahawa moyang saudara suatu masa dahulu pernah tinggal di Riau mengikuti abangnya. Tp telah dipanggil balik semula ke Trengganu bermain nobat. Kalau tidak silap saya, moyang sdra adalah pemain serunai nobat. Mungkin ada sesuatu keistimewaan yg dimiliki oleh moyang sdra sehingga beliau lebih terkenal dgn panggilan Pak Mat Nobat. Atau beliau lebih dahulu bermain nobat drpd bermain gamelan.
Maaf jika saya tersilap dlm memberi keterangan mengenai moyang sdra.
Wallahualam…