Sejarah Wayang Kulit & Sejarah Watak-Watak Dalam Wayang Kulit
by lokanbertepuk ~ May 15th, 2008. Filed under: Wayang Kulit.Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.
Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje.
semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapat
lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata
Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.
June 4th, 2008 at 7:24 pm
oo..bgini sjrh woye kulitnyo…kwe ingt asl jawa nuh…:P
June 8th, 2008 at 10:03 pm
yak…mmatoh angin nih..ayoh mat..tulis gi sikit lagihhh….
June 8th, 2008 at 11:36 pm
di Kelantan kita tu ada sejenis wayang kulit yg di panggil wayang melayu (sekarang sudah pupus). Hok ni memang berasal dari jawa, kerana:
1. Cerita utamanya ialah cerita Gedog iaitu cerita pengembaraan Raden Inu Kertapati mencari Raden Galuh Cendera Kirana.
2. Dalang pertama yg bernama Demukmin telah di hantar oleh sultan ke jawa utk mempelajai selok belok permainan wayang kulit jenis ini.
Tetapi wayang kulit yang ada sekarang ini di katakan berasal dari Patani. itu makanya ia di gelar sebagai wayang siam.
June 15th, 2008 at 8:52 am
oo…kalu bleh kawe nk tahu watak ’sanggora api’…gano asl usul watok hok tu tuh?
June 15th, 2008 at 10:14 am
Sanggora api ni watak raja jahat. Dalam cerita pokok seri rama watak ni memang takdak. Tp direka oleh tok dalang utk dijadikan sebuah cerita. Hok saya biasa dengar orang panggil ratu sanggora api, dia dok bekenan kat puteri siti dewi.
June 24th, 2008 at 2:31 pm
[…] Sejarah Wayang Kulit & Sejarah Watak-Watak Dalam Wayang Kulit […]
June 25th, 2008 at 10:25 am
oo…gitu ruponyo sjroh sanggora api..br kwe th direko olh tok dalang..pt kwe cari kt google xjupo pn..timo kasih boh…gano2 pn kwe pji weblog ni..byk info ttg warisan kelate kito..
June 25th, 2008 at 8:05 pm
Dale wyg kulit kelate, cerita sprt ini kita panggil sbagai cerita tanggam,
iaitu cerita rekaan yg d kaitkan dgn raja serama.
July 2nd, 2008 at 12:14 am
saya sekarang tgh mencari bahan untuk kajian STPM saya yang bertajuk misteri wayang kulit.. ada yg nak bantu?
July 2nd, 2008 at 10:29 pm
Apa yg anda maksudkan dgn misteri wayang kulit tuh?
July 2nd, 2008 at 10:58 pm
misteri di dlm wayang kulit.. lebih kurang mcm dlm persembahan wayang kulit tu,apa yang dipanggil misteri. dan siapa tokoh nya,sejarah asal usul nya..
July 2nd, 2008 at 10:59 pm
dan apa jampi serapah nya..
July 3rd, 2008 at 12:23 am
Awak cari buku bertajuk ‘Panggung Semar’ terbitan Tempo Publishing (M) Sdn. 1992. karangan Ghulam Sarwar Yousuf.
July 30th, 2008 at 4:22 am
susah gak nk cr pasal wayang. panggung wayang tau ar
July 30th, 2008 at 4:24 am
nak cari asal usul wayang ni. ada pape cadangan tak nk cari kat mana?
September 18th, 2008 at 2:32 am
tlg bg tau watak dalam cerita,??asal usul??maklumat tambahan bg watak seri rama…
susah nye nk carik…
plz k
September 18th, 2008 at 12:02 pm
Di Malaysia kita ni cerita Sri Rama di mainkan dalam wayang kulit Kelantan. Mengikut cerita, Sri Rama adalah anak kpd Sirat Maharaja (Dasarata) dan Puteri Mandudari di negeri Sertapura.
Di dalam sayembara memanah pokok tar, Sri Rama telah berjaya dan di kahwin dgn Siti Dewi (Dewi Shinta) di negeri Wat tujuh kedi bermas. Kejayaan Sri Rama ini telah menimbul kemarahan Maharaja Rawana dari Langkapuri.
Semasa Sri Rama, Laksemana dan Siti Dewi melalui sebuah hutan untuk berjalan balik ke negerinya, Rawana telah menculik Siti Dewi dan di bawa lari ke Langkapuri. Dengan pertolongan bala tentera dari keturunan kera akhirnya Sri Rama dapat membunuh Rawana dan mengambil balik Siti Dewi.
Begitulah secara ringkasnya cerita Sri Rama. Jika ada yg tidak jelas, saudara Fendi boleh kemukakan pertanyaan semula. InsyaAllah setakat mana yg saya tahu saya cuba akan menjawabnya.
December 23rd, 2008 at 2:14 pm
Dapatkan VCD Wayang Kulit : Jala Emas Jala Perak (episod 1 dan 2) di pasaran.. untuk kisah Raja Serama, Wok Yoh, Samad, Said, Sita Dewi dan lain-lain… terima kasih..
January 11th, 2009 at 9:13 am
cite dia x bape paham cite pendik sangat kot
January 17th, 2009 at 8:07 pm
adakah sejarah asal usul wayang kulit di kelantan telah dibuat kajian. saya pelajar jurusan sejarah di upsi ingin menjadikannya sebagai tajuk tesiis saya
January 18th, 2009 at 12:15 am
jika terlalu banyak cerita tanggam,adakah akan menjejaskan wayang kulit?
January 18th, 2009 at 7:51 pm
Cerita tangam sebenarnya tidak menjejas persembahan wayang kulit itu sendiri selagi mana ianya menepati aturan permainan wayang kulit itu sendiri.
January 18th, 2009 at 8:37 pm
Berkenaan dgn sejarah wayang kulit Kelantan, Izawahy boleh merujuk kpd sebuah buku yg ditulis oleh Amin Sweeney. Saya rasa inilah satu2nya buku yg lengkap mengenai kajian wayang kulit kelantan.
THE RAMAYANA AND THE MALAY SHADOW PLAY
by P.L AMIN SWEENEY.
Foreword by C.HOOYKAAS UKM 1972
January 30th, 2009 at 3:09 am
menurut buku yang pernah saya baca. cerita ramayana itu begini ceritanya. sintha dewi si culik oleh rahwana untuk di peristri oleh rahwana baginda. kemudian rahwana mengutus hanoman atau kera putih sehingga menimbulkan cerita dengan lakon anoman obong .
February 1st, 2009 at 10:12 pm
Kalau mengikut cerita ramayana melayu, yg mengutus hanuman itu buknlah
rahwana, tetapi sri rama.
February 5th, 2009 at 8:57 pm
Abe Lokan,
benarkah di kalangan tok dalang-tok dalang jame ghitu (zaman dahulu), patung watak Pak Dogol adalah sangat special pembuatannya, iaitu dari belulang kerbau balar (albino) yg mati di panah petir ?
ambo ada juga terdengar cerita, tahap pemujaan / ketaksuban kepada penghulu segala watak wayang kulit ini - Pak Dogol (betul ke penghulu?) juga disembah dan diletakkan di atas tiang seri rumah tok dalang tersebut..
harap Abe Lokan boleh bagi penerangan berdasarkan pengalaman Abe Lokan..
-Srimah, Pasir Mas-
February 9th, 2009 at 10:22 pm
Ambo pun ada dengar jgk cerita2 lagu tu..tp jame ambo ni rasanya takdak doh benda2 begitu. Pada pendapat ambo ada bebrapa sebab mengapa terjadi demikian.
1. Tok dalang yg telibat dgn hal2 begini tidak ada penegetahuan agama mungkin, bahkan mengikut cerita ore tua2 dulu pada jame Tengku Temenggung menjadi penaung w.kulit dan mak yung sebelum perang jepun dulu ada beberapa ore tok dalang telah ditangkap dan didenda kerana kesalahan memelihara makhluk halus dan mengatakan bahawa semar (Pak Dogol) itu berasal dari mani tuhan.
2. Tujuan mereka berbuat demikian utk mengagungkan watak Pak Dogol itu sendiri yg dikatakan watak yg agung sekali di dalam w.kulit dan sekaligus supaya menjadi keramat.
February 10th, 2009 at 3:12 am
sebubung dengan semar dan cemuras/cenuras/turas… kedua-dua watak ini dikatakan daripada Wayang Melayu..
kalu sudi.. mohon pak lokan hurai barang sedikit ca’to semar dan turas ini..
terima kasih.
February 10th, 2009 at 4:52 am
cadangan dari ambo semoga Pakcik Mat / Abe Lokan wat topik spesel berkaitan nge watak2 wayang kulit.
tepek gambar watak2 hok selalu dimainkan dlm wayang kulit ni.
sbb bg generasi ambo (20an), feel tgk wayang kulit di padang2 supo tahun 60~awal 80an memang x sempat.
lagi berinformasi dan menarik dg adonya gambar2 watak tu..
Hanuman kero putih, sanggora api, pohon budi, dll..
tgk pun dalam vcd jah..bulu roma x brapo naik mano tgk secara x live ni. heheh
trimo kasih..
February 10th, 2009 at 11:16 am
hehehe…ambo ni sebenarnya bkn tok dalang, jadi kalu nk tulis secara detail mengenai watak wayang dan gambarnya sekali rasanya payah sikit la….
pah pulak gambar watak antara satu kumpulan dgn satu kumpulan yg lain tidak sama, contohnya gambar Hanuman Kera putih. Pernah ambo dengar ada satu pihak memperlekeh gambar hanuman kepunyaan pihak yg lain kerana katanya tak comel dsbnya. Seolah2 setiap gambar wyang yg hendak dibuat mesti comel tanpa mengambil kira latar belakang dan asal usul watak itu sendiri.
Bagaimana pun secara umumnya ambo ada jugak la menulis artikel sikit sebanyak di dalam majalah Pentas keluaran Istana Budaya Kuala Lumpur mengenai bab2 begoni yg diterbitkan setiap 3 bulan sekali. Demo bulehlah beli majalah ni utk dibaca sebagai pengetahuan. Ambo tulis pun berdasarkan pandangan dan pengetahuan ambo.
March 25th, 2009 at 11:09 am
ABE DEMO NI PANDA SGT BAK WAYANG KULIT. ABE TERLIBAT SECARA LANGSUNG KO SEKADAR DARI PEMBACAAN. SAYO NI DARI GENERASI AKHIR ZAMAN KEGEMILANGAN WAYG KULIT. SEMPAT TGK MASO KECIK2 . TAPI ALHAMDULILLAH LO NI ADO VCD. TAHNIAH PADA PIHAK YG BERKENAAN. TAHNIAH PADO ABE JUGAK SEBAB DAPAT SEBARKAN PENGETAHUAN PASAL WYG KULIT NI. CUMA SATU JAH RASO ADO KEKURANGE SIKIT; PENERBITAN WYG KULIT(VCD) AGAK SLOW SIKIT: SBB MASALAH DUIT . KALU BULEH ADE PIHAK TERTENTU TOLONG SUPPORT.
TIMA KASIH. SEMOGA KLATE JADI PEJUANG BUDAYA BANGSA
March 25th, 2009 at 12:53 pm
baik wat kartun la laku…wayang kulit sungguh ore tak beli..supo dikir muzik nga dikir asli la..pah sapa pembunuh sebenarnya..adakah james bond atau the terminator yang patut dihukum atas dosa ini?hehe
March 25th, 2009 at 11:40 pm
Wat vcd tu sekodar utk hiburan cukup dah hak ada2.. Pemikiran oghe jame loni lagutula.. Setiap benda nak hok sudah doh.. Sikit pun malah amik tahu pasal proses nak menyudahkan benda2 tu… Selagi hok ni tidak diubah dari dalam diri kita, bukan setakat peminat… Penggiat pun buleh mapuh…
March 26th, 2009 at 2:41 pm
minta ceritakan kelebihan watak Pak Dogol? Fungsinya dalam kisah.
April 4th, 2009 at 2:40 pm
pok dogol penghulu segala cerita……
April 9th, 2009 at 7:44 pm
ada oghe kata pok dogol ni belulang jering jahh…
April 9th, 2009 at 9:35 pm
Ore hok tak tahu la tu……
April 15th, 2009 at 8:25 pm
Biar ko dia la dia nk kata ggapo pun…
April 16th, 2009 at 12:11 am
wat biar la tu..
takdok artikel baru ko ayoh lokan tu?
lama telajok doh tengok pauh butut nih
April 17th, 2009 at 4:14 am
Ada sibuk sikit loni, x dan nk nnulis lagi…
April 19th, 2009 at 6:33 pm
Kena tebang lamo doh pokok pauh tu………..
April 19th, 2009 at 10:31 pm
Aloh la…. demo takut tebokeh umbi tumbang atas jalan bakali tuh..
April 21st, 2009 at 12:10 am
jange di tebang la..tepat ambo nnukat tuh malam2…hehee…. lakasamana….menjadi pengiring watak serama sokmo…adakah dalm cerita pokok laksamana jauh pada serama,…kalu cerita tanggam tu benar lah….banyak macam cerita….ha gituh.
April 21st, 2009 at 6:56 am
Laksemana ni tidak pernah becera tanggal dgn seram dr kecik sampai besar. Dialah yg banyak memberi nasihat kpd serama di dalam banyak hal.
Dikatakan ia tidak pernah berkahwin kerana seluruh kehidupanya diperuntukkan utk berbakti kpd abangnya…haa gituh..hehehe
April 25th, 2009 at 10:34 pm
Sayo wat lolot jah pak lokan ….. Sapo berani tebang pokok tu…..
April 25th, 2009 at 10:35 pm
Sanggorok Api ni lagu mane pulok ?
April 27th, 2009 at 10:13 am
Kedai ahad ni gak berona teh..nya kosek ambo pulok doh.. bakali ore takut nk tebang pohon pauh tu moga dia ngosek supo ni la jgk. hehe
Sanggoro api ni satu watak dlm wyg kulit kelantan la jgk. Ada setengah sebut Ratu sanggoro Api. Tp ini semua termasuk di dalam cerita tanggam dan bukan semua tok dalang yg bawa cerita ni.
April 27th, 2009 at 2:30 pm
Pokok pauh tu kiro dekat la jugak ngan umah ambo…. Ramai doh ore nak tebang,tapi tok jadi…. Takut tumbe atas jalan ko guane tok tahulah… Ore kato pokok tu ngosek… Pokok paling lama la tu… Tapi kalu nak kira lama,lama lagi pokok kat kg.kayu besar,melor. Ore kito gak mace2 nya buat,nak mitok nombor ekor la… Ambo paling x suka ore buat g2. Ado hok g soyok kulit,ambik daun,ranting…. Wat ubat… Ha3….. ganas2 ore kita ni.
April 27th, 2009 at 10:26 pm
kepercayaan lagu ni lah yg masih lagi menebal di dalam masyarakat kita sehingga ke hari ini. Dok g minta sesuatu hajat kpd pokok kayu besar, kubur keramat dll.
Ambo nasihat kpd demo supaya jange dok ikut pesen ni..buleh lari akidah kita, begitu jgk dgn main wyg kulit di tempat2 pemujaan agama lain, walaupun kita kata kita x sembah benda tu dan x makan nasi di situ tp dari segi agama kita dikira sebagai bersyubahat utk meraikan acara sprt itu. Itu pasa tok guru ambo larang….
May 25th, 2009 at 7:13 pm
gambar hak mulo2 tubik sebelum sebelum org tebeng puak2 wayang kulit tu org panggil nate apo ehh po daun..senjata ko gapo?ambo nyo tok beso mana…
May 25th, 2009 at 9:17 pm
Itu ore panggil pohon beringin atau pokok beringin. Tp oleh kerana telah menerima pengaruh dari wayang kulit jawa maka pohon beringin itu juga dipanggil sebagai Gunungan.
Buleh panggil belako hok mana2 pun..
May 26th, 2009 at 2:28 am
‘nate’ tu kalu bulih letak suku dgn soalan ni semoleknya…pasal tak brapo nak comel kalu pakai baju kot..seluar side tajam, kaki sauk slipar jepun..ko guano?
May 26th, 2009 at 3:27 am
ambo setuju ngan arjuna..
walaupun kita berada di dunia maya ni..
tuma’ninah kena jagalah semoleknya..
lagipun ni laman blog seni muzik asli dan tradisional..
biarlah tepat dengan temanya..
p/s:
“teratuk nga turuh paga wi namo turuh paga..
teratuk ngan kuba wi nama kuba”
~ wok yoh dalam satu hikayat..
May 26th, 2009 at 12:44 pm
Dalam ayat demo deh…..